KLIK UTK BESARKAN

Renungan dari Hadith

Posted by PAS KUALA SELANGOR | 6:58 PG

Al-Hadith : Daripada Imam Tirmizi daripada Saidina Ali (R.A) yang bermaksud:
Apabila umatku telah melakukan 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka. Lalu ditanya tentang apakah itu wahai Rasulullah ? Jawab Baginda :

- Apabila hasil kekayaan Negara hanya beredar dikalangan golongan tertentu sahaja
- Apabila amanah dijadikan satu sumber dalam mengaut keuntungan
- Zakat dijadikan hutang
- Suami menurut sahaja kehendak isteri
- Anak derhaka terhadap ibunya
- Anak terlalu mementingkan kawannya
- Anak menjauhkan diri daripada ayahnya
- Pertengkaran berlaku di dalam masjid
- Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang hina dan jahil di antara mereka
- Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya
- Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata-rata tempat
- Kain sutera banyak dipakai oleh orang lelaki
- Para artis yang tidak bermoral disanjung tinggi
- Muzik banyak dimainkan
- Generasi akhir umat ini melaknat generasi pertama (para sahabat)

Maka pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah(taufan) atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi binatang

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular