KLIK UTK BESARKAN



TG Presiden menerima sumbangan dari YB Dr Dzul bagi pihak
Kompleks PAS Kuala Selangor.
Album penuh di sini.

3 May 2009 : PAS Kuala Selangor berjaya mencatat sejarah apabila sejumlah RM20,003.00 berjaya dikutip pada Majlis Pelancaran Dana Pembangunan Kompleks PAS Kuala Selangor yang diadakan di Stadium Kuala Selangor, Kuala Selangor.



Pada majlis tersebut, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang sendiri yang menerima sumbangan dari pelbagai pihak termasuk dari ketua cawangan, korporat dan orang perseorangan. Turut menyumbang ialah isteri Tuan Guru sendiri, Datin Seri Zainab Awang Ngah.

Majlis diteruskan dengan amanat Tuan Guru Presiden yang menekankan tentang keadilan pemerintahan Islam. Sejarah membuktikan bahawa kerajaan Islam yang mengamalkan Islam sebenar tidak pernah menindas rakyatnya termasuk dari kalangan bukan Islam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Selangor dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad.

Rakaman ceramah Tuan Guru akan disiarkan nanti.

2 comments
  1. pkks 4 Mei 2009 pada 10:05 PTG  

    testing komen...

  2. irah 7 Mei 2009 pada 6:49 PG  

    tahniah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular