KLIK UTK BESARKAN

Ayuh...!! Bersama Perkasakan PARTI..

Posted by PAS KUALA SELANGOR | 8:16 PTG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
2009 telah melabuhkan tirainya. Tirai 2010 dibuka dengan anak-anak telah kembali bersekolah. Senyum ceria menhiasi wajah mereka, tak kurang ada yang menangis. Tahun 2009 telah berjaya kita tempuhi dengan jayanya walaupun pelbagai cabaran dan ranjau ditempuhi khususnya bagi PAS dan Pakatan Rakyat. Mungkin 2009 boleh dikatakan tahun yang agak mencabar bagi PAS dan juga Pakatan Rakyat terutama di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga bagi PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Selangor. Pelbagai cabaran terpaksa kita hadapi terutama melalui serangan media baru yang ditunjangi oleh UMNO dan Barisan Nasional yang bertujuan untuk meruntuhkan TEMBOK Pakatan Rakyat yang utuh kita bina. Namun semua itu tidak melemahkan semangat pimpinan kita di pelbagai peringkat yang mana akhirnya kita jadikan cabaran itu sebagai penambah kekuatan kita. PAS masih dan setia bersama PAKATAN RAKYAT.. itulah pendirian pimpinan kita dari atas hinggalah ke akar umbi. Melalui Seminar Memperkasakan Pakatan Rakyat kita buktikan bahawa kita amat serius di dalam pakatan ini. Di peringkat PAS sendiri. khususnya di negeri Selangor kita telah adakan Seminar Memperkasakan PARTI. Hasil seminar tersebut, menunjukkan masih banyak kerja yang perlu kita lakukan demi memastikan kita terus mendapat tempat di hati rakyat. Ingatlah bahawa kemenangan yang kita perolehi hari ini tidak akan kekal selamanya jika kita hanya duduk goyang kaki tanpa memikirkan apa yang perlu dilakukan.. Kemenangan ini hanyalah pinjaman dari ALLAH semata-mata..

Kami di warga kerja blog ini menerima segala komen dan cadangan dari sidang pembaca budiman di ruangan chat di sebelah. Tindakan telahpun diambil oleh pimpinan PAS Kawasan terhadap cadangan dari sidang pembaca antaranya turun padang untuk bertemu dengan ahli dan pimpinan cawangan-cawangan atas dasar untuk MEMPERKASAKAN PAS KAWASAN KUALA SELANGOR. Mungkin ketika artikel ini ditulis, beberapa cawangan telahpun kami lawati dan bertemu muka dengan pimpinan dan juga ahli... dan kepada cawangan yang belum dilawati oleh kami, tunggulah kedatangan kami.. kepada ahli dan pimpinan cawangan yang tidak mendapat maklumat tarikh kunjungan Jawatankuasa PAS Kawasan ke cawangan anda, risik-risiklah dengan Ketua Cawangan ataupun Setiausaha.

Hasil kunjungan kami ke beberapa cawangan, menunjukkan kita masih lemah dari sudut urus tadbir organisasi. Perkara ini perlu segera diatasi demi ke arah memperkasakan parti yang amat kita sayangi ini. Kepada semua pimpinan PAS Kawasan dan juga cawangan teruskan bekerja membina kekuatan dengan menambah ahli, melaksanakan program untuk masyarakat setempat, bekerjasama dengan kerajaan negeri dengan niat yang ikhlas demi menegakkan agama Allah di muka bumi Malaysia ini dan demi memastikan Islam Terus Memimpin Perubahan..
Sekian.. wassalamualaikum wrt.. dan sejahtera sejahtera.. TAKBIR!!!

1 comments
  1. edparit 15 Januari 2010 8:05 PTG  

    aslkum.
    Lapang-lapang admin berkunjunglah ke edparit.blogspot.Ada beberapa program Dr Dzul dalam oldpost.

    [email protected]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular