KLIK UTK BESARKAN

SHAH ALAM, 27 Nov – Seramai 27,872 anak fakir miskin di seluruh negeri Selangor menerima bantuan kewangan berjumlah lebih RM9.6 juta dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi persiapan persekolahan awal tahun depan, lapor Bernama.

Ketua Jabatan Pembangunan Korporat LZS, Akhtar Sahari berkata daripada jumlah itu, 1,298 adalah pelajar tadika yang menerima bantuan berjumlah RM200 setiap seorang, 13,807 pelajar sekolah kebangsaan sebanyak RM250 seorang dan 12,767 pelajar sekolah menengah sebanyak RM350 seorang.

“Bantuan persekolahan ini diberikan setiap tahun bagi meringankan bebanan asnaf fakir dan miskin,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Program bantuan persekolahan anak-anak fakir miskin yang melibatkan 31 program di seluruh Selangor bermula 23 Nov lepas dan akan berakhir pada 13 Dis depan.

Pada tahun lepas, sebanyak RM5.7 juta diperuntukkan bagi membantu 15,464 anak fakir miskin di Selangor.



0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular