KLIK UTK BESARKAN



Roslan SMS semasa sedang memberikan ucapan.
Album penuh oleh Din Assam Jawa di sini.

"PAS tidak sesekali menggadai prinsip dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini", tegas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hj Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir sempena Bengkel Gerak Kerja Penerangan anjuran Lajnah Penerangan PAS Kuala Selangor di Kuala Selangor hari ini.

Beliau turut menyatakan dengan tegas bahawa Perlembagaan PAS sejak awal penubuhan mengungkapkan, "memperjuangkan cita-cita Islam di dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara". Maka itulah asas perjuangan PAS Fasal 5(1) iaitu : Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuh masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Penjelasan beliau ini bagi menjawab tuduhan dan tohmahan UMNO/BN yang mendakwa PAS khususnya di Selangor sudah lari dari perjuangan asal. Beliau menjelaskan lagi, walaupun PAS hanya memenangi 8 kerusi di negeri Selangor, parti-parti komponen Pakatan yang lain tetap menghormati PAS dalam mempertahankan prinsip untuk memartabatkan Islam.

Mengambil contoh peranan masjid dan surau di bawah Pakatan Rakyat sudah bebas daripada belenggu yang mengehadkan peranan masjid itu sendiri sebelum ini. Masjid-masjid di Selangor hari ini lebih makmur dengan program yang lebih menyeluruh bukan sekadar kuliah 'haidh dan nifas' sahaja seperti di zaman pemerintahan UMNO/BN.

Menurut beliau lagi, pengurusan masjid sebagai sebuah institusi Islam di Selangor turut mendapat pujian baginda Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj semasa pertemuan antara Badan Perhubungan PAS Selangor dengan istana baru-baru ini.

Bengkel selama sehari ini turut dihadir oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad yang turut merasmikan pelancaran Web Rasmi PAS Kuala Selangor.


2 comments
  1. hawa masjid sultan ibrahim 18 Disember 2010 pada 6:02 PTG  

    salam.. nape gambar muslimat tak de, macam tak ujud je..

  2. izali 20 Disember 2010 pada 5:32 PTG  

    lupa nak amik kot...muslimat ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular