KLIK UTK BESARKAN

KUALA SELANGOR, 1 Feb - Penduduk Kampung Ijok, Kuala Selangor bakal menarik nafas lega apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan akan memanjangkan tempoh pajakan tanah kediaman mereka.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan penantian penduduk kampung itu yang sekian lama dibelit keresahan lantaran status tanah kediaman mereka tidak diiktiraf kerajaan negeri.

Kampung Ijok, Kuala Selangor antara kawasan yang mengalami masalah penafian status tanah oleh kerajaan negeri terdahulu pimpinan UMNO Barisan Nasional.

“Saya faham. sudah sekian lama tunggu penduduk menunggu jawapan mengenai lanjutkan tempoh pajakan tanah tuan- tuan dan puan- puan. Jawapannya bulan Febuari dan Mac. Orang yang tidak isi borang pun kita akan berikan lanjutan itu. Tidak perlu ke pejabat tanah di Kuala Selangor. Kita akan datang dan selesaikan isu tanah ini.” katanya.

Beliau berkata demikian keetika menyampaikan hamper kepada penduduk sempena Tahun Baru China di Kampung Baru Ijok, baru-baru ini.

Khalid menggesa ketua kampung dan ahli jawatankuasa supaya turun padang bergiat aktif menyelesaikan permasalahan yang berlanjutan sejak sekian lama.

“Pihak kerajaan negeri akan berkerjasama dengan pejabat tanah Kuala Selangor menguruskan isu pajakan tanah Kampung Ijok ini.” katanya

Khalid berkata semua pihak terpaksa mengakui walaupun Pakatan Rakyat Selangor baru sahaja 22 bulan memerintah negeri ini, telah banyak program- program dilaksanakan demi memberdayakan ekonomi rakyat negeri ini.

“Kita nak beritahu bahawa kita buat kerja , bukan bercakap saja.”

24 Januari lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan akan memberikan geran tanah secara berkelompok kepada penduduk Selangor.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju meluluskan pemberian geran tanah melibatkan 31 kawasan kepada penduduk yang telah berpuluh-tahun menghuni tanah tersebut.

Bermula Jun 2008, kerajaan negeri telah menjalankan progran Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Antaranya seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Pemberian air 20 meter padu percuma kepada rakyat negeri ini, Tabung Anak Masuk Universiti, Khairat Kematian, Skim Usia Emas, Perkhidmatan cuci buah pinggang, Tabung Anak- anak Pekerja Ladang dan banyak lagi.

“Ini membuktikan Pakatan Rakyat Selangor bersungguh- sungguh mambantu mempertingkat kualiti semua kaum di negeri ini,” tegasnya.

Dipetik : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/9886

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular