KLIK UTK BESARKAN


Download versi penuh dalam format .pdf di sini.





Latihan kawad selepas kuliah subuh.
Lihat juga video Doa Wehdah di sini dan 'Video khas' di sini.
Video salam perpisahan di sini.




Bergambar bersama TYPD dan KP DPPKS selepas perasmian.
Album penuh di sini.


SG Tua (26 Disember 2010) : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor telah berjaya menganjurkan program Tamrin Qiadi berkonsepkan perkhemahan Hutan Lipur Sg. Tua selama dua hari satu malam pada 25 dan 26 Disember 2010.

Seramai 33 orang telah mengadiri Tamrin ini, mereka terdiri dari ahli-ahli PAS cawangan-cawangan di Kawasan Kuala Selangor, pecahannya seperti berikut; Puncak Alam 2 (3), Seri Pristana (2), Bukit Badong/Ijok (5), Bukit Cerakah (1), Bukit Hijau (2), Shah Alam 2 (4), Bandar Malawati (3), Teluk Piah (2), Sri Cahaya (10) dan Api-Api (1). Jumlah ini tidak termasuk anak-anak kecil yang turut serta memeriahkan program, yang bakal menjadi pewaris perjuangan ayah-ayah mereka dalam menegakkan Islam di muka bumi Malaysia ini.

Kehadiran beberapa individu penting dalam PAS kawasan Kuala Selangor telah menyuntik semangat para peserta Tamrin, antara yang turut serta ialah Timb. YDP PAS kaw, Setiausaha PAS Kawasan, Penolong Setiausaha PAS Kawasan dan AJK PAS Kawasan (En. Arifin Mohd Yusof - pemuda sepanjang zaman).

Program kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan YDP PAS kawasan iaitu En. Rosyam Mohamed yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan. Manakala majlis penutupnya telah disempurnakan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Diharapkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program dapat memberi kefahaman kepada para peserta peri pentingnya menegakkan agama Allah, lebih-lebih lagi secara berjamaah iaitu melalui PAS. Di samping itu, melaui program ini tautan ukhwah ahli PAS, terutamanya pemuda-pemuda PAS dapat dieratkan dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan seperti memasak, memasang khemah, tadarus, doa wehdah, latihan kawad dan seumpamanya.

Pihak Dewan Pemuda PAS kaw. memohon komentar dan pandangan terhadap program Tamrin ini, ianya bertujuan untuk memantap dan menambaik program-program akan datang.

Dewan Pemuda PAS kawasan Kuala Selangor juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Tamrin Qiyadi kali ini. Sama ada peserta, penyumbang harta, tenaga dan wang ringgit, JAKALLAHU KHAIRUN JAZA’.

Disediakan oleh:

Setiausaha
Dewan Pemuda PAS
Kuala Selangor

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat, urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang telah berjaya dengan jayanya. Konvensyen yang telah berjaya mencapai matlamatnya. Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Dis 2010 yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, Mca dan Gerakan. Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku.

Pemimpin Umno BN takut perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus.

Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR.

PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada PR dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji PR palsu atau angan-angan.

Mereka akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat. Inilah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat. Mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka. PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir negara. PAS sudah buktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir. Negeri Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.

Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukanya. Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insyaAllah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat





Rakaman video ucapan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.

PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.

PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]

Baca teks penuh ucapan Tuan Guru Presiden di sini.




Aksi Juara Sajak PASTI peringkat Kuala Selangor.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan pusat pendidikan peringkat pra-sekolah yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda PAS. Sistem pendidikan PASTI kini terbukti dengan pembelajaran seimbang dunia dan akhirat. Antara objektif sistem pendidikan PASTI ialah:

1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh/ berilmu dan mengamal.

2. Mendidik jiwa dan akal Kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

3. Membimbing Kanak-kanak supaya menghayati ibadah/ akhlak dan cenderung melakukan makruf dan meninggalkan mungkar.

4. Melatih Kanak-kanak membaca/ menghafaz dan menghayati Al-Quran/ doa dan zikir.

5. Memberi pengetahuan kepada Kanak-kanak asas-asas bahasa/ matematik dan komunikasi ke arah kebolehan dan keupayaan membaca/ mengira / menulis dan menghafaz.

Sila hubungi PASTI cawangan terdekat untuk mendaftar. Pendaftaran dibuka untuk pelajar 4, 5 dan 6 tahun.



Puan Azlin (Isteri YB Dr Dzul) menyampaikan sumbangan kepada penduduk.
Lagi gambar oleh NBCool di sini.

Yayasan Amal Selangor bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram, Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Ahli Majlis Kuala Selangor telah berganding bahu menganjurkan Program Sumbangan Kasih Sayang Pimpinan Prihatin pada 19 Disember 2010 di DUN Jeram.

Program yang dianjurkan merupakan salah satu inisiatif pihak JPD Jeram dan agensi terlibat bagi menyahut seruan kerajaan negeri untuk merakyatkan ekonomi Selangor kepada semua penduduk khususnya di DUN Jeram.

Turut hadir ke program ini sekaligus sudi menyampaikan sumbangan ialah isteri Ahli Parlimen Kuala Selangor sendiri iaitu Puan Azlin Hezri.




Roslan SMS semasa sedang memberikan ucapan.
Album penuh oleh Din Assam Jawa di sini.

"PAS tidak sesekali menggadai prinsip dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini", tegas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hj Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir sempena Bengkel Gerak Kerja Penerangan anjuran Lajnah Penerangan PAS Kuala Selangor di Kuala Selangor hari ini.

Beliau turut menyatakan dengan tegas bahawa Perlembagaan PAS sejak awal penubuhan mengungkapkan, "memperjuangkan cita-cita Islam di dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara". Maka itulah asas perjuangan PAS Fasal 5(1) iaitu : Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuh masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Penjelasan beliau ini bagi menjawab tuduhan dan tohmahan UMNO/BN yang mendakwa PAS khususnya di Selangor sudah lari dari perjuangan asal. Beliau menjelaskan lagi, walaupun PAS hanya memenangi 8 kerusi di negeri Selangor, parti-parti komponen Pakatan yang lain tetap menghormati PAS dalam mempertahankan prinsip untuk memartabatkan Islam.

Mengambil contoh peranan masjid dan surau di bawah Pakatan Rakyat sudah bebas daripada belenggu yang mengehadkan peranan masjid itu sendiri sebelum ini. Masjid-masjid di Selangor hari ini lebih makmur dengan program yang lebih menyeluruh bukan sekadar kuliah 'haidh dan nifas' sahaja seperti di zaman pemerintahan UMNO/BN.

Menurut beliau lagi, pengurusan masjid sebagai sebuah institusi Islam di Selangor turut mendapat pujian baginda Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj semasa pertemuan antara Badan Perhubungan PAS Selangor dengan istana baru-baru ini.

Bengkel selama sehari ini turut dihadir oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad yang turut merasmikan pelancaran Web Rasmi PAS Kuala Selangor.


Pelbagai tempat menarik ada di bukit itu. Ketika kami sampai, pelbagai jenis manusia sudah berada di atas bukit itu. Tetapi yang paling menarik adalah hubungan harmoni antara pengunjung dengan sejenis monyet yang berambut punk di puncak bukit itu. Tempat-tempat sejarah tidak lagi menarik perhatian tetapi bermain dengan monyet berambut punk yang jinak itu lagi mengujakan para pengunjungnya.

Yang menariknya juga, kerana ramai yang berminat dengan monyet yang manja itu, perniagaan barang yang menjadi makanan monyet juga menjadi satu perniagaan yang lumayan.

Menurut salah seorang peniaga makanan monyet itu, Anand, pada hujung minggu dan hari cuti umum beliau boleh menjual sehingga RM80 - RM100 makanan monyet itu. Ia hanya bermodalkan kacang panjang yang dipotong, pisang, kerepek dan lain-lain makanan monyet. Ketika kami sampai, sekumpulan pelajar sekolah tadika berebut-rebut membeli kacang dari Anand untuk diberikan kepada monyet berambut punk itu.

Ditulis oleh Zulkifli Sulong. Baca catatan perjalanan penuh beliau di sini.



Setiausaha Perhubungan PAS Selangor memberi penerangan
dalam sesi dialog bersama peserta. Lihat album penuh di sini.

PAS Kuala Selangor turut menghantar wakil sempena Konvensyen PAS Kuala Selangor yang diadakan di Sabak Bernam baru-baru ini. Antara objektif utama penganjuran konvensyen ini ialah untuk mempergiatkan lagi kempen-kempen penerangan terutamanya tentang berita-berita Kerajaan Negeri Selangor kepada seluruh rakyat.



Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor menyampaikan sumbangan mangsa banjir
kepada YB Ustaz Nasir. (Gambar oleh Abu Amsyar)

"Kita wajib pertahankan kemenangan" begitulah antara ucapan YB Ustaz Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap sempena Liqa' haraki yang diadakan di Puncak Alam, Kuala Selangor baru-baru ini.

Menurut beliau kewajipan mempertahankan kemenangan bukan sahaja terletak dibahu pemimpin dan wakil-wakil rakyat tetapi melibatkan semua jentera dan akar umbi. Beliau juga mengingatkan supaya jangan selesa dengan kemenangan yang dikecapi kerana perjuangan masih jauh.

Mengambil contoh Perang Hunain pada zaman Rasulullah, umat Islam pada masa itu diarahkan untuk berperang sedangkan pada masa itu mereka sedang mengecapi kemakmuran di kota Madinah al-Munawarrah. Tetapi arahan perang dibuat kerana menerima ancaman daripada kuasa besar Rom, dan menjadi kewajipan umat Islam mempertahankan kemenangan Islam di Kota Madinah pada waktu itu.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor, yang sudi menyampaikan sumbangan mangsa banjir kepada YB Ustaz Nasir mewakili Pemuda PAS Kuala Selangor.




Team pilihan Dr Dzul tewas 1-2 kepada pasukan Belia Taman Seri Indah.
Lihat album penuh di sini.

Belia Taman Seri Indah telah berjaya menundukkan pilihan Ahli Parlimen Kuala Selangor dengan kemenangan tipis 2-1 dalam satu perlawanan bolas sepak persahabatan di Bestari Jaya baru-baru ini. Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut memberi sokongan dan sudi menaja bola sepak pada perlawanan tersebut.



YB Dr Dzul mendapatkan maklumat daripada mangsa dan orang kampung.
Lagi gambar oleh Sdr Ahmeng di sini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Yb Dzulkefly Ahmad diiringi pegawai-pegawai beliau sempat melakukan lawatan ringkas mangsa kebakaran di Kampung Rantau Panjang, Ijok. Difahamkan bahawa pada malam tersebut juga diadakan derma kilat bagi membantu meringankan beban mangsa. Tidak ketinggalan juga Pejabat Dato' Menteri Besar turut memberi sumbangan.



Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi perlawanan ini.




Tamrin Qiyadi Pemuda PAS Kuala Selangor akan di adakan pada 25 dan 26 Disember 2010 (Sabtu dan Ahad) di Hutan Lipur Taman Negeri Sungai Tua. Yuran RM20 sahaja. Terbuka kepada semua AJK pemuda perinkat kawasan dan cawangan.

Sila sahkan penyertaan kpd Ust Helmi (0136772301) atau Ustaz Hisamudin (0142589246) Ahli PAS Kawasan yg berminat akan dipertimbangkan.


Ini adalah keratan akhbar Kosmo bertarikh 3 November 2010.




Ini pula kenaikan harga 4 dalam 1 yang diumumkan oleh Kerajaan UMNO/BN
berkuatkuasa 4 Disember 2010.

Persoalannya, sampai bila rakyat harus ditipu dan ditindas?

KATAKAN TIDAK KEPADA BN!!!



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia(PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Maal Hijrah 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi. Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam. Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah SAW telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.

Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini. Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas. Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan maal hijrah ini tidak disuruh oleh Nabi SAW, tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi SAW dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
1 Muharam 1432 H bersamaan 7 Disember 2010

[admin] Pihak PAS Kuala Selangor juga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun baru Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat. Yang penting ialah penghayatan hijrah Rasulullah itu sendiri bukan sambutan secara besar-besaran tapi dalam masa yang sama Sunnah Rasulullah diabaikan. Tiada guna jika kita bermarhaban seluruh kampung memuji Rasulullah sedang kan Sunnah dan ajaran Nabi Muhammad kita tolak dan pertikaikan.




Sebahagian peserta demonstrasi dari PAS Kuala Selangor
yang diketuai oleh YDP PAS Kawasan. Album penuh di sini.




Lagi video di sini.

PAS Kuala Selangor mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat terutama pserta dari PAS Kuala Selangor yang menjayakan demonstrasi ini sehingga memaksa pihak SYABAS membuka ruang rundingan dengan kerajaan negeri. Baca berita lanjut di sini.



CERAMAH ISU SEMASA

Penceramah :
YBhg Tuan Haji Mohamad bin Sabu (AJK PAS Pusat)
YB Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
YB Ir Muthiah Maria Pillay (ADUN Bukit Melawati)

Balai Raya Kg Api-Api, Kuala Selangor
12 Disember 2010 (Ahad) / 9.00 malam

Semua dijemput hadir.

CERAMAH INI DITUNDA PADA 19 DISEMBER 2010.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular