KLIK UTK BESARKAN


Barisan komando sedia berjuang.
Lihat album penuh di sini.

20 Jan 2011 (Kuala Selangor) : Unit Amal Kuala Selangor yang diketuai oleh Sdr. Hakim, telah berjaya menganjurkan pertandingan Paintball di Pusat Paintball Kuala Selangor, bersebelahan Stadium Kuala Selangor. Pertandingan ini anjuran bersama PeBT Kuala Selangor, ianya bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang.

Kehadiran YDP PAS Kawasan Kuala Selangor Tn. Hj. Mohd Rashid b. Kassim merasmikan pertandingan kali ini telah menaikkan semangat para peserta untuk berjuang mendapatkan hadiah yang ditawarkan, selain itu semangat ukhwah, kerjasama dan ketahanan fizikal yang tinggi penting dalam mengharungi cabaran sukan extreme ini. Sukan diharap dapat melahir pemuda-pemuda Islam yang aktif dan berkarisma.

Kegembiraan para peserta turut dikongsi bersama orang lama dalam PAS kaw, antaranya yang turut hadir ialah Tn. Hj. Yusuf Bagan, Tn. Hj. Misnan dan Abg Arifin Yusuf. Disamping itu tuntutan syariat tidak ditinggalkan apabila para peserta sama-sama solat Zohor berjamaah di atas padang di tapak Paintball tersebut.

Pasukan JIHAD dari Kg. Assam Jawa (Sri Cahaya) Kuala Selangor, yang dianggotai Arbaei, Duan, Ust Ismail, Akram, Suhail dan Us. Helmi telah berjaya menjadi juara. Tempat kedua disandang oleh pasukan BRAVO B dari Bestari Jaya dan Tempat ke-3 dirangkul oleh pasukan AL-JABAR dari Bdr. Malawati. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Us. Hisamudin, Naib Ketua Pemuda PAS kawasan Kuala Selangor.

Harapan penganjur, program ini dapat menarik minat pemuda-pemuda untuk meningkatkan kualiti diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, lebih-lebih lagi dalam mengharungi cabaran dunia yang begitu hebat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan Paintball kali ini, TAHNIAH bagi yang berjaya.

Dilaporkan oleh
Setiausaha Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular