KLIK UTK BESARKAN


Pemuda Kuala Selangor bergambar sebelum bergerak hampir 2 kilometer ke tapak program.
Lihat album penuh di sini.


Alor Setar, 19 Febr 2011. Himpunan 30 ribu (H30K) pemuda PAS yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar telah berjaya direalisasikan dengan jayanya, ia turut dihadiri oleh pemuda-pemuda PAS dari Kuala Selangor.

Seramai 34 orang pemuda telah bertolak dari lokasi Pejabat Pemuda PAS Kuala Selangor, Ijok dan Puncak Alam secara konvoi. Sasaran awalnya dianggarkan 50 orang pemuda Kuala Selangor akan turut menyertai H30K. Perjalanan yang bermula pada pukul 12 tengah malam itu diiringi cahaya terang bulan purnama 16 Rabiulawal 1432H, konvoi kontijen Kuala Selangor telah sampai ke rumah Ustaz Azril, Penolong SU PAS kawasan Kuala Selangor pada pukul 5 pagi. Terima kasih pihak Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor ucapkan kepada keluarga Ustaz Azril yang menyambut kedatangan konvoi Pemuda PAS Kuala Selangor dengan penuh kemesraan.

H30K begitu bermakna bagi kontijen Kuala Selangor, dari sinilah keakraban ahli-ahli pemuda PAS kawasan terus dijalinkan. Teguhnya peserta H30K termasuk dari kontijen Kuala Selangor mendengar amanat pemimpin PAS di tengah panas terik matahari, menjadikan pemuda-pemuda PAS lebih istiqamah dalam menegakkan Islam di atas muka bumi Allah ini.

Antara pemimpin yang memberi ucapan pada kemucak H30K ialah Ustaz Nasarudin Hassan, Ustaz Abu Bakar Chik, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Sdr. Salehuddin Ayub. Program H30K telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Pada sebelah petangnya diadakan sesi temubual dengan artis-artis yang telah menyatakan sokongan mereka kepada PAS. Selepas solat asar, satu perlawanan bolasepak antara pemain pilihan pemuda-pemuda PAS dengan veteran bolasepak negeri Kedah. Di sebelah malamnya diadakan solat hajat perdana dan ceramah umum perdana.

Antara acara tidak rasmi yang diatur oleh konvoi Pemuda PAS Kuala Selangor ialah lawatan ke Perkampungan Shuhada’ Memali, Muassasah Darul Ulum dan kubur al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor di Pokok Sena.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada pada peserta yang meluangkan masa, wang ringgit dan tenaga untuk hadir ke program H30K tersebut. Kepada para penyumbang dan penaja peserta H30K sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada tuan/puan sekalian. Semoga segala usaha kita diberkati Allah....

TAKBIR... TAKBIR...TAKBIR.

Dilaporkan oleh:
SU DPPK KS

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular