KLIK UTK BESARKAN



Semua anak muda dijemput hadir beramai-ramai.









Pelajar Pelajar Madrasah At-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat menyampaikan nasyid sbg selingan kuliah Dato' Hj Ahmad di Puncak Alam satu masa dulu

PAS Kuala Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa pelajar dan anak yatim Madrasah At-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat yang terkorban akibat kejadian tanah runtuh yang meranapkan bangunan yang didiami mereka baru-baru ini.

Rakaman ini dirakam oleh salah seorang krew IT PKKS semasa sesi kuliah bulanan pengasas sekolah berkenaan iaitu Dato' Hj Ahmad.

Al-Fatihah



Dato' Seri YB Nizar Jamaludin menyampaikan ceramah sambil diperhatikan oleh YB Ng Sue Lime dan Tn Haji Rashid Kassim, YDP PAS Kuala Selangor.
Album penuh di sini.



Saksikan sedutan pantun jawa oleh YB Ng Sue Lim.

Parit Mahang, 23 Mei 2011 : "Kita adalah kuda....." demikian jawapan sinis ADUN Sekinchan YB Ng Sue Lim yang menjawab tuduhan UMNO yang mengatakan bahawa gabungan PAS sering diperkudakan oleh DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat. YB Lim yang petah berbahasa jawa berucap sempena ceramah di Kg Parit Mahang, Jeram semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah mantan Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang turut mengupas fitnah jahat UMNO dan Barisan Nasional terhadap Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sambil manyatakan bahawa video seks itu adalah fitnah, beliau dengan tegas berkata bahawa tuduhan yang berat ini mesti ditangani dengan sistem perundangan Islam yang lebih adil dan telus. Dalam Islam, pertuduhan zina adalah berat dan pihak yang bertuduh wajib membawa 4 orang saksi untuk membuktikan pertuduhan tersebut.

Sistem perundangan Islam adalah jalan penyelesaian terbaik kerana ialah berdasarkan wahyu daripada Allah sambil menempelak kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyatakan sistem 4 orang saksi tidak masuk akal. Beliau mempersoalkan siapa Tun Dr Mahathir untuk mempersoalkan sistem 4 saksi yang telah diperintahkan oleh Allah sebagai tidak masuk akal.

Turut sama menyampaikan ucapan ialah Yang diPertua PAS Kawasan Kuala Selangor, Haji Muhd Rashid Kassim yang juga merangkap Penyelia DUN Jeram. Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Khalid Ibrahim yang sepatutnya hadir, terpaksa membatalkan ceramah kerana terpaksa ke tempat kejadian tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.



Semua dijemput hadir.


Lihat album penuh di sini.

17 Mei 2011, Kuala Selangor. Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Selangor 2011 telah berjaya diadakan di Stadium Tertutup, Komplek Sukan Kuala Selangor. Seramai 220 orang guru mewakili 22 kawasan di negeri Selangor telah diraikan.

Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor. Beliau antara lain mengucapkan Tahniah kepada semua guru-guru PASTI Negeri Selangor yang menjadi tonggak utama dalam mendidik anak-anak sehingga menjadikan PASTI dikenali sebagai salah satu contoh sistem Pra-sekolah yang disegani dan dihormati. Beliau juga memberi semangat agar kecemerlangan dan kehebatan PASTI ini bukan sahaja dikekalkan malahan dipertingkatkan ke satu satu tahap yang lebih baik.

Turut hadir Ust Hasbullah B. Mohd Ridzwan Pengarah PASTI merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga dalam ucapannya kejayaan yang dinikmati selama ini menjadi perangsang untuk bekerja lebih kuat bagi memastikan PASTI relevan di Negeri Selangor.

Ustzh Wan Haslina Bt. Wan Hasan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor turut mengingatkan bahawa bekas-bekas pelajar PASTI yang awal rata-ratanya telah mencapai umur bagi layak mengundi dan berharap mereka-mereka ini akan menjadi mata rantai perjuangan menegak Syariah Islam pada masa hadapan.

Turut diserikan dengan persembahan nasyid kumpulan Fazs.

Hadiah disampaikan kepada 22 orang guru cemerlang daripada 22 kawasan. Puan Siti Nor Ai'dah Bt Sukaimi daripada kawasan Sepang dipilih menerima anugerah Guru Khidmat Setia, manakala Puan Nor Jaswati Bt. Ismail dipilih sebagai Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor. Anugerah Tokoh PASTI Negeri Selangor dianugerahkan kepada Saudara Mohd Aslam B. Mohd Khanani. Beliau merupakan Setiausaha PASTI Negeri Selangor dari tahun 1997 sehingga sekarang.

Bagi peringkat PASTI Kawasan Kuala Selangor Guru Cemerlang bagi PASTI Kawasan 2010 telah dianugerahkan kepada Puan Sharifah Noorani Binti Ahmad.

Syabas dan Tahniah juga diberikan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor dan Unit Amal Kuala Selangor yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan program ini.

Laporan oleh :
Ketua Penerangan DPPKS




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya mewakili PAS Kawasan Kuala Selangor dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua pendidik sama ada yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia , di bawah Kerajaan Negeri mahupun swasta. 16 Mei merupakan tarikh yang amat bermakna kepada para pendidik di seluruh negara kerana setiap
sekolah mengadakan pelbagai acara bagi menyambut Hari Guru ini.

Semua guru diraikan tanda menghargai jasa dan pengorbanan guru yang secara istiqamah membina generasi idaman yang akan mencorakkan negara yang tercinta ini menjadi sebuah negara yang mendaulatkan kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan berkebajikan. Inilah harapan rakyat Malaysia semenjak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Guru adalah jurutera yang mampu menjadi agen perubahan kepada rakyat dan negara. Justeru itu,menjadi tanggungjawab parta pendidik membuat persiapan diri bagi menunaikan harapan rakyat ini. Persiapan yang utama perlu ada kepada guru ialah bersedia untuk menambah ilmu pengetahuan bagi mengatur langkah bagi membangunkan akal , hati, jasmani, emosi dan sosial yang sememangnya sudah tercipta dalam diri setiap manusia. Jadi,,hanya para pendidik yang matang ilmunya akan mampu membangunkan manusia yang bernama murid agar mereka mampu menjadi generasi yang sejahtera dalam semua aspek kehidupannya yang akhirnya mereka bukan sahaja berbahagia di dunia bahkan di akhirat yang pasti menyusul.

Saya berdoa agar para pendidik akan terus mencurahkan bakti kepada rakyat pelbagai status quo, agama,ras dan keupayaan. Mudah-mudahan para pendidik yang budiman seperti anda mampu memikul amanah yang diberi, bertanggungjawab sebagai pemimpin yang berintergriti dan pemakmur bumi Malaysia.

Sekian terima kasih.

Mohd Rashid Kassim
Yang diPertua
PAS Kawasan Kuala Selangor
13 Mei 2011
P

Selamat Hari Guru

Posted by izali | 8:06 PTG






Forum Buku Jingga- PAS Kwsn Kuala Selangor-Part 1
Ahli Panel : YB Dr. Dzulkefly Ahmad dan Sdr Rafizi Ramli (Pengarah strategik PKR)
Tarikh : 8 Mei 2011, Rumah Kelab Saujana Utama.


YBhg Hj Mohamad bin Sabu sedang menyampaikan ceramah.
Album penuh di sini.



Sesi fotografi bersama Pengarah Jabatan Amal Malaysia Selangor. Turut bersama ialah mantan Ketua Pemuda, Sdr Sazali Turiman dan mantan Timbalan Ketua Pemuda iaitu Sdr Rosham Muhammad.

3 April 2011. Satu majlis pelancaran Jabatan Amal Zon 3, Jeram telah berjaya disempurnakan di Balai Masyarakat, Saujana Utama. Pelancaran ini di sempurnakan oleh Tn Hj Aszmi Anuar, Pengarah Jabatan Amal Selangor. Zon 3, Jeram tediri dari kawasan perumahan Puncak Alam dan Saujana Utama yang mempunyai 8 cawangan PAS. Dalam ucapan Tn Hj Aszmi, beliau menekan peri pentingnya usaha kebajikan yang dijalankan oleh Jabatan Amal yang memberi impak yang besar kepada konsep memasyarakatkan PAS. Beliau juga menerangkan Misi, visi dan aktiviti yang dijalan oleh Jabatan Amal.

Majlis dihadiri oleh lebih 50 orang ahli Jabatan Amal dan juga diserikan ucapan oleh Sdr Mohd Fadzli Abdul Jabar, Ketua Jabatan Amal Zon 3 dan Sdr Mohd Azham Abdul Rahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor.

Sebagai simbolik, Sdr Mohd Fadzli Abdul Jabar telah menyampaikan borang baru ahli unit amal kepda Tn Hj Aszmi Anuar dan dibalas dengan menyarung bere/topi Jabatan Amal kepada ketua Jabatan Amal Zon 3, Jeram.

Laporan oleh Penerangan DPPKS.


YDP, TYDP dan petugas dari Kuala Selangor di sebuah perkampungan Iban di DUN Sadong Jaya. Album penuh di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular