KLIK UTK BESARKAN



Dato' Seri YB Nizar Jamaludin menyampaikan ceramah sambil diperhatikan oleh YB Ng Sue Lime dan Tn Haji Rashid Kassim, YDP PAS Kuala Selangor.
Album penuh di sini.



Saksikan sedutan pantun jawa oleh YB Ng Sue Lim.

Parit Mahang, 23 Mei 2011 : "Kita adalah kuda....." demikian jawapan sinis ADUN Sekinchan YB Ng Sue Lim yang menjawab tuduhan UMNO yang mengatakan bahawa gabungan PAS sering diperkudakan oleh DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat. YB Lim yang petah berbahasa jawa berucap sempena ceramah di Kg Parit Mahang, Jeram semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah mantan Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang turut mengupas fitnah jahat UMNO dan Barisan Nasional terhadap Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sambil manyatakan bahawa video seks itu adalah fitnah, beliau dengan tegas berkata bahawa tuduhan yang berat ini mesti ditangani dengan sistem perundangan Islam yang lebih adil dan telus. Dalam Islam, pertuduhan zina adalah berat dan pihak yang bertuduh wajib membawa 4 orang saksi untuk membuktikan pertuduhan tersebut.

Sistem perundangan Islam adalah jalan penyelesaian terbaik kerana ialah berdasarkan wahyu daripada Allah sambil menempelak kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyatakan sistem 4 orang saksi tidak masuk akal. Beliau mempersoalkan siapa Tun Dr Mahathir untuk mempersoalkan sistem 4 saksi yang telah diperintahkan oleh Allah sebagai tidak masuk akal.

Turut sama menyampaikan ucapan ialah Yang diPertua PAS Kawasan Kuala Selangor, Haji Muhd Rashid Kassim yang juga merangkap Penyelia DUN Jeram. Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Khalid Ibrahim yang sepatutnya hadir, terpaksa membatalkan ceramah kerana terpaksa ke tempat kejadian tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular