KLIK UTK BESARKAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya mewakili PAS Kawasan Kuala Selangor dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua pendidik sama ada yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia , di bawah Kerajaan Negeri mahupun swasta. 16 Mei merupakan tarikh yang amat bermakna kepada para pendidik di seluruh negara kerana setiap
sekolah mengadakan pelbagai acara bagi menyambut Hari Guru ini.

Semua guru diraikan tanda menghargai jasa dan pengorbanan guru yang secara istiqamah membina generasi idaman yang akan mencorakkan negara yang tercinta ini menjadi sebuah negara yang mendaulatkan kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan berkebajikan. Inilah harapan rakyat Malaysia semenjak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Guru adalah jurutera yang mampu menjadi agen perubahan kepada rakyat dan negara. Justeru itu,menjadi tanggungjawab parta pendidik membuat persiapan diri bagi menunaikan harapan rakyat ini. Persiapan yang utama perlu ada kepada guru ialah bersedia untuk menambah ilmu pengetahuan bagi mengatur langkah bagi membangunkan akal , hati, jasmani, emosi dan sosial yang sememangnya sudah tercipta dalam diri setiap manusia. Jadi,,hanya para pendidik yang matang ilmunya akan mampu membangunkan manusia yang bernama murid agar mereka mampu menjadi generasi yang sejahtera dalam semua aspek kehidupannya yang akhirnya mereka bukan sahaja berbahagia di dunia bahkan di akhirat yang pasti menyusul.

Saya berdoa agar para pendidik akan terus mencurahkan bakti kepada rakyat pelbagai status quo, agama,ras dan keupayaan. Mudah-mudahan para pendidik yang budiman seperti anda mampu memikul amanah yang diberi, bertanggungjawab sebagai pemimpin yang berintergriti dan pemakmur bumi Malaysia.

Sekian terima kasih.

Mohd Rashid Kassim
Yang diPertua
PAS Kawasan Kuala Selangor
13 Mei 2011
P

1 comments
  1. Ketua Penerangan DPPKKS 19 Mei 2011 pada 12:19 PG  

    Tahniah Guru-Guru, Pihak kami akan terus membela kebajikan guru yang selama ini tertangguh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular