KLIK UTK BESARKAN


Lihat album penuh di sini.

17 Mei 2011, Kuala Selangor. Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Selangor 2011 telah berjaya diadakan di Stadium Tertutup, Komplek Sukan Kuala Selangor. Seramai 220 orang guru mewakili 22 kawasan di negeri Selangor telah diraikan.

Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat YB Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor. Beliau antara lain mengucapkan Tahniah kepada semua guru-guru PASTI Negeri Selangor yang menjadi tonggak utama dalam mendidik anak-anak sehingga menjadikan PASTI dikenali sebagai salah satu contoh sistem Pra-sekolah yang disegani dan dihormati. Beliau juga memberi semangat agar kecemerlangan dan kehebatan PASTI ini bukan sahaja dikekalkan malahan dipertingkatkan ke satu satu tahap yang lebih baik.

Turut hadir Ust Hasbullah B. Mohd Ridzwan Pengarah PASTI merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga dalam ucapannya kejayaan yang dinikmati selama ini menjadi perangsang untuk bekerja lebih kuat bagi memastikan PASTI relevan di Negeri Selangor.

Ustzh Wan Haslina Bt. Wan Hasan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor turut mengingatkan bahawa bekas-bekas pelajar PASTI yang awal rata-ratanya telah mencapai umur bagi layak mengundi dan berharap mereka-mereka ini akan menjadi mata rantai perjuangan menegak Syariah Islam pada masa hadapan.

Turut diserikan dengan persembahan nasyid kumpulan Fazs.

Hadiah disampaikan kepada 22 orang guru cemerlang daripada 22 kawasan. Puan Siti Nor Ai'dah Bt Sukaimi daripada kawasan Sepang dipilih menerima anugerah Guru Khidmat Setia, manakala Puan Nor Jaswati Bt. Ismail dipilih sebagai Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor. Anugerah Tokoh PASTI Negeri Selangor dianugerahkan kepada Saudara Mohd Aslam B. Mohd Khanani. Beliau merupakan Setiausaha PASTI Negeri Selangor dari tahun 1997 sehingga sekarang.

Bagi peringkat PASTI Kawasan Kuala Selangor Guru Cemerlang bagi PASTI Kawasan 2010 telah dianugerahkan kepada Puan Sharifah Noorani Binti Ahmad.

Syabas dan Tahniah juga diberikan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor dan Unit Amal Kuala Selangor yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan program ini.

Laporan oleh :
Ketua Penerangan DPPKS


1 comments
  1. Tanpa Nama 19 Mei 2011 pada 12:17 PG  

    Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor, kami ingin mengucapkan jutaan Tahniah kepada petugas yang bertungkus lumus terutamanya Pengarah PASTI Kawasan, Ustaz Hakimi, AJK DPPKKS, dan Unit Amal Kuala Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular