PAS Kuala Selangor membantah sekerasnya Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada malam ini.
Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah.
Kami juga kecewa dan kesal kerana usaha Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk menemui Menteri Besar Selangor untuk menyampaikan memorandum bantahan gagal.
PAS tidak menghalang atau menentang hiburan, tapi biarlah hiburan itu bukan hiburan melalmpau yang boleh merosakkan anak muda dikala masyarakat dilanda masalah sosial yang kronik.

i-CTY DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TIDAK PEDULIKAN PENCEMARAN BUNYI DAN KETENTERAMAN AWAM PENDUDUK SEKITAR JALAN PLUMBUM 7/101- KAWASAN RUMAH 10 METER DARI PENTAS.
i-City dan kerajaan negeri Selangor tidak pedulikan pencemaran bunyi dan ketenteraman awam yang disebabkan oleh konsert2 yang dianjurkan di i-City. Jarak Kawasan rumah hanya 10 meter dari pentas, bayangkan bunyi bising setiap hari. Sekarang sedang diadakan MTV World stage 2011. Bayi saya setiap hari tidak dapat tidur lena, sekarang sudah hampir jam 12 malam masih majlis tersebut belum habis lagi. Saya hairan bagaimana MBSA boleh memberi permit untuk pentas yang terlalu hampir dengan rumah. Saya percaya banyak komplen yang telah dihantar tapi tidak dipedulikan. Bagaimana jika rumah MB atau Dato Bandar dekat belakang pentas I-City ni...Lampu pentas yang panas juga memberi kesan kepada suhu sekitar lebih panas dari biasa. Tolong fikir hak masyarakat sebelum memberikan permit/kebenaran. Jika diambil tindakan undang-undang sudah pasti I-City dan kerajaan negeri juga yang susah sebab menafikan hak rakyat untuk hidup selesa. TOLONG HENTIKAN SEGERA....Perlukah kami mengadu didalam parlimen baru hendak didengari...ini bukan isu politik, tapi hanya hendak kerajaan dengar rintihan penduduk disini di Jalan Plumbum 7/101...SIAPAKAH YANG AKAN MEMBANTU KAMI JIKA BUKAN KERAJAAN NEGERI??? KEPENTINGAN RAKYAT ATAU BERSEKONGKOL DENGAN BANGSA YANG HANYA MEMENTINGKAN UNTUNG??? Saya benar- benar bimbang dengan keadaan ini jika berterusan. Disyaki punca keretakan rumah di Jalan Plumbum 7/101A juga berkaitan dengan dengan pembinaan i-City, minta kerajaan negeri siasat dengan telus...