KLIK UTK BESARKAN





Dengar penjelasan ringkas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tentang negera berkebajikan yang selari dengan ajaran Islam. Negara berkebajikan ialah negara yang tidak membebankan rakyat sekaligus menerapkan nilai-nilai Islam di dalamnya seperti terkandung di dalam perlembagaan PAS.



Assalamualaikum

Satu program Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram serta dibantu oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Kawasan Kuala Selangor akan mengadakan program Semarak Hijau DUN Jeram seperti dibawah

Tarikh : 26 Jun 2011
Masa : 5.00 pagi sehingga 12.00 malam
Tempat : Sekitar Bukit Kuching Hilir, Bukit Kuching Tengah, Bukit Hijau dan Parit Mahang

Semua ahli PAS dan AJK PAS diharap dapat bersama menyemarakkan lagi program ini.
JOM KERJA KUAT UNTUK RAMPAS PRU13 YANG AKAN DATANG

Sila rujuk 2 banner yang dilampirkan bagi keterangan lanjut.

Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor

Pengumuman !

Posted by pkks | 1:44 PG









Program Semarak Hijau Dun Jeram yang akan diadakan pada 26 Jun 2011(bermula 9.00 pagi ingá 12.00 malam) telah dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang pada 13 Jun 2011 sempena sesi pernerangan beliau di Saujana Utama. Program ini anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor serta Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jeram adalah bertujuan bagi memasyarakatkan PAS serta mengempur DUN Jeram untuk merampas kerusi tersebut dari UMNO.

Berbagai aktiviti yang akan diadakan seperti Program Treasure Hunt, Klinik Motosikal Yasir Said, Juara Cup Prix, perlawanan bolasepak, Sembang Santai bersama Mel Wings.

Bagi pihak muslimat pula pelbagai juga acara yang diatur seperti sukaneka, make-up simplysity, kejohanan ping pong, senamrobik, gusti lengan dan bermacam lagi

Semua dijemput hadir.



Ceramah Presiden dihadiri oleh ribuan rakyat.
Album penuh di sini.

Ceramah Umum tentang Negara Berkebajikan oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang telah diadakan pada 13 Jun 2011 di Saujana Utama. Ia diadakan sempena Tema Muktamar PAS 2011 iaitu Membangun Negara Berkebajikan. Dianggarkan lebih dari 1000 orang yang hadir bagi mendengar sendiri Visi TGHH dalam membicarakan tema tersebut.

Antara lain Tuan Guru menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang dibawa oleh Pas dipandu oleh Al Quran dan Sunnah serta ada sejarahnya dalam kepimpinan yang ditunjukkan oleh Nabi2 seperti Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Muhammad serta khulafa' arrasyidin dan lain-lain. Kebajikan yang makro juga melibatkan kebajikan fizikal dan kebajikan spiritual rakyat. Negara Berkebajikan juga wajib menolak kemungkaran dalam pemerintahan.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP PAS Kuala Selangor, Tuan Ají Rashid dan diikuti oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan YB Mohd Firdaus Jaafar , Ahli Parlimen Jerai.

Ramai yang hadir berpuashati berhubung dengan penjelasan tersebut.



Semua dijemput hadir.



Senarai Ahli Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Selangor sesi 2011/2013:

Pesuruhjaya : YB Dr Abd Rani Osman
Timb Pesuruhjaya 1 : YB Iskandar Samad,
Timb Pesuruhjaya 2 : YBhg Ust Solehin Mukhyi
Timb Pesuruhjaya 3 : YB Khalid Samad
Setiausaha : YBhg Khairudin Othman
Bendahari : YBhg Ir Izham Hashim
Ketua Penerangan : YB Shaari Sungib
Pengarah Pilihanraya : Ybhg Jaafar Samsudin

Allahu Akbar!





Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching sedang mengupas isu perbahasan sambil diperhatikan oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS Selangor, Puan Noraini Hussein dan isteri Ahli Parlimen Kuala Selangor, Puan Azlin Hezri dalam Hi Team "Pemimpin Wanita dan Cabaran" yang dianjurkan oleh cawangan Rumah Murah Ijok, Kuala Selangor pada 18 Jun baru-baru ini. Lihat album penuh di sini.

Talk Show Bersama Artis Razis Ismail anjuran PAS Cawangan Sri Pristana telah dia...dakan dengan jayanya di Balai Raya, Saujana Utama. Program ini telah di Pengerusikan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz yang dihadiri oleh kira-kira lebih 200orang.

Kebanyakan mereka yang datang adalah dari peminat-peminat beliau di zaman 80an.Razis Ismail yang seangkatan dengan Shidee, Ibnor Riza, Zamri, Azlina Aziz dan Mazuin Hamzah telah berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang artis serta pengalamannya yang boleh dikatakan sebagai telah kembali ke pangkal jalan dan beliaukan merasakan cukup tenang buat masa ini. Beliau menambah “"Lagipun anak-anak sudah besar. Ada yang dah masuk universiti pun," katanya.

Program di selang seli dengan penerangan ringkas oleh Ustaz Hishamuddin tentang Hukum Fekah Nyayian, Nyayian-nyanyian yang haram, penggunaan alat-alat muzik dan bermacam lagi.

Razis yang dikenali dengan lagu Hadir Mu Membawa Sinaran, Katakan Aku Pun Begitu, Kepulangan, Mawar Bukan Milikku, Perjuangan menyatakan bahawa ‘jika kita ingin kembali ke pangkal jalan, biarlah konsisten dan istiqamah’Atas permintaan Ustaz Hishamuddin, Sdr Razis Ismail menutup Talk Show dengan menyanyi beberapa rangkap buah lagu lamanya iaitu Penawar Rindu.

Tak akan boleh kirimanmu
Menghiburkan hatiku nan pilu
Jika diRENUNGKAN BULAN
Terbayang peristiwa dahulu



KUALA SELANGOR 4 JUN - Kawasan terminal bas di pekan baru, di sini kini berwajah baru selepas kerja membaik pulih giat dijalankan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan peruntukan lebih RM15,000 meliputi keseluruhan kawasan dan kemudahan awam.

Penolong Pegawai Tadbir, Unit Aduan, Perhubungan Awam dan Korporat MDKS, Zurzana Bajuri berkata, MDKS sentiasa mencari jalan bagi menyelesaikan permasalahan penduduk termasuk kemudahan awam lapor Sinar Harian.

Menurutnya, sebelum ini keadaan terminal bas itu serba kekurangan apabila pasar raya yang beroperasi di bahagian atas ditutup selepas gagal dalam perniagaan. Tindakan itu menyebabkan keadaan terminal terbabit agak hambar.

“Jadi, selepas melihat keadaan itu, MDKS mengambil inisiatif membaik pulih kerosakan di bahagian atas yang terbiar dan mencantikkan tandas kerana terminal itu adalah satu-satunya terminal bas yang menghubungkan Kuala Lumpur – Kuala Selangor-Sabak Bernam.

“Kini, terminal terbabit berwajah baru dan memu­dahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan yang disediakan tanpa sebarang rungutan lagi,” katanya.

Zurzana berkata, peniaga dan bakal peniaga juga boleh menyewa kawasan atas terminal bas terbabit kerana MDKS mahu kawasan terminal itu dihidupkan seiring pembangunan sekitar kawasan ini yang dilihat sudah membangun.“Sewa yang dikenakan juga berpatutan dan kemudahan tandas juga di bawah kerja penyelenggaraan MDKS. Jika berminat, boleh merujuk kepada kami untuk urusan lanjut.

“Saya juga lihat pemaju di daerah itu turut mengambil pendekatan memajukan pekan ini dengan projek pembinaan premis perniagaan kerana jika dibandingkan dua tahun lalu, keadaan pekan ini amat berbeza,” katanya

Terdahulu, tinjauan ke terminal itu mendapati kawasan terbabit menjadi tumpuan pengguna kemudahan bas awam untuk ke luar daerah seperti Sabak Bernam, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Pengguna, K Krisnan, 18, berkata, dia gembira kerana pihak bertanggungjawab mengambil pendekatan sewajarnya dan hasilnya, keadaan terminal bas itu lebih menarik berbanding dahulu selain keadaan tandas lebih bersih kerana diselenggarakan dengan baik.

“Saya juga sudah tidak takut jika keseorangan kerana keadaan di sini sudah selamat jika dibandingkan dahulu. Sebelum ini keadaan atas bangunan agak menakutkan kerana terbiar kosong dan sering kelihatan individu tidak dikenali merayau disitu.

“Saya berterima kasih kepada pihak bertanggungjawab yang memberi kemudahan sempurna kepada penduduk dan juga pengguna kemudahan bas di sini serta berharap usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sumber : SelangorKini Online



YDP Kuala Selangor, Tn Haji Muhd Rashid Kassim menerima hadiah yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden sendiri.

Kuala Lumpur, 4 Jun 2011 : Laman sesawang PAS Kuala Selangor (www.kualaselangor.pas.org.my) diiktiraf apabila memenangi tempat pertama Pertandingan Laman Web/Blog Terbaik 2010 bagi kategori PAS kawasan anjuran Jabatan IT PAS Pusat (JITP).

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan sendiri Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersempena Muktamar PAS Pusat kali ke 57 di Dewan Dato' Fadzil Mohd Noor, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM), Gombak baru-baru ini.

Pihak admin dan tenaga kerja laman sesawang PAS Kuala Selangor mengucapkan terima kasih kepada Jabatan IT PAS Pusat atas pengiktirafan ini dan semoga ianya menjadi perangsang buat kami untuk terus melaporkan berita-berita khususnya dari kawasan Kuala Selangor.

Admin



Fiesta Orang Muda Meriah

Posted by izali | 7:31 PG



Aksi YDP Kuala Selangor, Hj Mohd Rashid Kassim meyepak bola.
Lagi gambar di sini.

Bukit Kuching Tengah, Jeram. 29 May 2011. Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor telah berjaya mengadakan program Fiesta Orang Muda Geng Kita. Kemuncak bagi program tersebut adalah menonton pertandingan akhir Piala Juara-Juara di antara Manchester United dan Barcelona dengan menggunakan skrin besar iaitu 8x8 kaki di kampung tersebut. Program tersebut bermula pada jam 12.00 pagi dengan pelbagai aktiviti seperti ScoreGoal, Timbang Bola dan cabutan bertuah dan pendaftaran telah dibuat 2 jam sebelum program bermula. Sambutan amat menggalakkan terutamanya dari mereka dari golongan belia. Salah seorang dari peserta yang bernama Halim, mengatakan ini adalah kali pertama program seumpama ini diadakan dan beliau mengusulkan agar ia diteruskan bagi perlawanan-perlawanan utama bolasepak yang akan datang.

Program ini diserikan lagi dengan kedatangan YB Dr Dzulkefli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor serta YDP Kawasan PKKS, Cikgu Rashid. YB juga telah membuat sepakan perasmian pada program tersebut.

Hadiah dan Cabutan bertuah telah diadakan pada rehat separuh masa kedua. Dianggarkan lebih dari 80 orang belia yang hadir bagi bersama-sama dalam program tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh Mohd Azham (KP Kuala Selangor), IR Ghani (TYDP PKKS), En Rahman (Ketua Cawangan) dan Sdr Azmi, Ketua Majlis Pemuda DUN(MPD).

Program ini juga inisiatif bersama DPPKKS, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jeram, Majlis Pemuda DUN DACS DPPKKS dan Unit Amal Kuala Selangor.

Laporan oleh Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular