KLIK UTK BESARKAN





Para tetamu turut bergambar mesra bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad dan YDP PAS Kuala Selangor, Tn Hj Muhd Rashid Kassim. Turut kelihatan Pengarah JPrD Jeram, Tn Hj Razali Tumirin dan Ketua Cawangan Sdr Rosham Muhammad.

Lihat album penuh di sini.
Video rakaman ucapan YDP PAS Kuala Selangor di sini.



YDP, Tn Hj Muhd Rashid Kassim turut bersama dalam sesi pendengaran awam.

22 Sept 2011 (Khamis) - Kuala Selangor : Sessi mendengar bantahan senarai pemilih suruhanjaya pilihanraya (SPR) Selangor telah diadakan di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor. Sessi tersebut juga melibatkan bantahan dari Parlimen Kuala Selangor, Sabak Bernam dan juga Tanjung Karang. Untuk Parlimen Kuala Selangor, pihak JPrK telah membuat sebanyak 15 bantahan telah ke atas senarai pengundi terkini yang telah dipamerkan oleh SPR pada bulan Julai lepas. Sebanyak 12 nama pengundi baru dari jumlah tersebut berjaya dibantah dan diterima oleh pihak SPR untuk dikeluarkan dari senarai pemilih, kecuali 3 pengundi yang hadir sendiri ke SPR Selangor untuk membuktikan mereka berdaftar secara sah.

Pihak JPrk akan menyiasat mengenai 3 pengundi tersebut dan akan membuat rayuan atas keputusan tersebut. Senarai nama yang diterima untuk dibuang dari senarai pemilih baru tersebut rata-ratanya adalah pemegang kad pengenalan merah yang berstatus penduduk tetap (PR). Antara senarai pemilih yang dikesan kebanyakkannya dimasukkan di DUN Jeram ialah pengundi baru di Saujana Utama yang menempatkan 7 pengundi baru dalam satu rumah. ‘

Ini menunjukkan, ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk memasukkan pengundi hantu dalam senarai pemilih terkini, terutamanya di Selangor’ Ulas Tn Hj. Muhd Rashid Kassim, YDP PAS Kawasan Kuala Selangor yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada ahli-ahli PAS Kawasan Kuala Selangor yang terlibat dalam sessi mendengar bantahan tersbut. Beliau juga bersyukur kepada Allah kerana usaha-usaha membuat bantahan senarai pemilih ini berjaya menyekat pengundi-pengundi hantu ini mengundi untuk PRU yang akan datang. Ini juga membuktikan dakwaan Bersih 2.0 untuk membersihkan senarai pemilih adalah amat relevan dan amat perlu untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.



Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor, Sdr Azham yang perihatin.

Malam tadi ana bersama Sdr Azham, KP Kuala Selangor menghadiri Jamuan Hari Raya Unit Amal Zon 3 Kuala Selangor di Puncak Alam. Setelah kami makan-makan dan berbual-bual terutama program dan projek yang akan datang bersama unit amal di situ, kami pun ingin pulang kerana beliau pun agak penat ke sana ke mari dari pagi sampai ke petang pada hari ini terutamanya menghadiri jemputan hari raya.

Bila kami menghampiri sahaja kereta, kami terdengar beberapa budak Cina Sabah lelaki dan perempuan sedang bercakap secara kuat, kami ingat ada pergaduhan. Maka KP pun terus ke tempat mereka, bersama pemuda lain, takut-takut ada pergaduhan. Rupa-rupanya tayar kereta mereka pancit. Ana pun kata kata KP, "Ok kot, diaorang boleh settle, ni". Tapi KP dengan nada yang sederhana bertanya kepada bebudak tu "korang tahu tak nak tukar tayar ni ?" Salah seorang dari mereka pun jawab "Tulah masalahnya abang, kami tak pandai nak tukar tayar".

KP pun datang kat ana tanya, "anta tahu tak nak tukar tayar ni", ana pun jawab "dalam hidup ana, sekali jer tukar tayar tu pun berjam-jam, yang lain ana panggil tow truck jer".

KP dengan nada yakin, berkata "ana ni agak penat ni, tapi anta kena tolong ana pusing jek kereta ni'...Ana pun berkata dalam hati "Aduh, dah lah baru lepas melantak ni, nak kena pusing binatang ni pulak" Oleh kerana ana nampak kegigihan dan kesungguhan pada wajah KP, ana pun tolonglah beliau walaupun sebenarnya ana tolong hanya 10% sahaja.

Akhirnya semuanya siap, setelah berpeluh2 dalam hujan rintik-rintik di tempat tersebut. Mereka pun berterima kasih banyak kali kat KP. KP hanya menjawab 'bila orang susah, kita orang mesti tolong sama-sama". Ana pun dengan tanpa segan silu memperkenal Azham selaku KP PAS kat mereka, daripada riak muka mereka, mereka nampak puashati.

Sebelum kami beredar, kami bersalaman, dan ana seperti biasa cakap, dengan nada selamba "nanti Pilihanraya jangan lupa undi Bulan tau". Mereka pun jawab "OK Boss"

Ana berharap agar niat murni dan ikhlas KP Kuala Selangor akan membuka hati-hati mereka agar menyokong kita di Pilihanraya ke 13.

Selepas itu KP pun mendapat berita banjir dikawasan antara Puncak Alam dan Ijok, dan beliau terus bergegas ke tempat tersebut. Ikutilah kisah selanjutnya di sini.

Admin : Coretan ini ditulis oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor..



YDP PAS Kuala Selangor, Tn Haji Muhd Rashid Kassim sibuk melayani tetamu yang hadir.
Album penuh di sini.



Semua dijemput hadir.

SHAH ALAM 10 SEPTEMBER : Negeri Selangor mencatatkan pelaburan berjumlah RM5.2 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Dalam satu kenyataan , pejabat Menteri Besar Selangor berkata dalam tempoh ini, Selangor menerima pelaburan asing sebanyak RM3.1 bilion dan pelaburan tempatan sebanyak RM2.1 bilion.

“Sebanyak 135 projek telah diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini dan membuka 9,847 peluang pekerjaan.

“Daripada 135 projek ini, 89 adalah pelaburan baharu manakala 46 adalah mengembangkan pelaburan sedia ada,” katanya.

Mengikut pecahan sektor, industri pembuatan elektronik mencatatkan pelaburan tertinggi dengan RM1.3 bilion daripada 18 projek yang diluluskan membabitkan RM110 juta pelaburan tempatan dan RM1,149 bilion pelaburan asing.

Jepun menjadi pelabur terbesar di Selangor dengan 13 projek membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM1.136 bilion, diikuti Korea Selatan sebanyak RM652 juta (tiga projek) dan Singapura dengan RM510 juta (8 projek).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jumlah ini menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi pelabur asing dan tempatan terhadap kerajaan negeri.

“Selangor mencatatkan pelaburan tempatan dan asing yang seimbang dengan mencatatkan 135 projek berbanding negeri-negeri lain yang merekodkan antara 2 hingga 93 projek sahaja,” katanya.

Baca lanjut di : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/34450





Follow us on Twitter at http://twitter.com/usrahpkks




Download di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular