Pelbagai aktiviti diadakan bagi menyahut cabaran Allahyarham Dato Fadhil Noor satu ketika dahulu iaitu memasyarakatkan PAS di setiap sudut muka bumi Malaysia ini.
Amal Nisa menjalankan Program “Make Over’ iaitu membantu membersihkan beberapa buah rumah di sekitar Bukit Kuching Tengah. Sebanyak 5 buah rumah telah dikemaskan dan diperindahkan dengan kerja-kerja membersihkan tingkap, mop lantai, memotong rumput dan bermacam lagi.
Sebagai tanda ingatan, sepohon anak pokok rambutan telah ditanam di kawasan rumah yang telah dijalankan aktiviti ‘Make Over’.
Program ‘Sayonara’ iaitu program Pengurusan Jenazah diadakan di Surau Taman Pekerti juga menarik penduduk wanita sekitar kerana program ini adalah program julung-julung kali diadakan di situ. Hasil daripada program ‘Sayonara’ ini, beberapa muslimat telah dikenalpasti untuk menjadi tenaga pengurusan jenazah wanita jika tenaga mereka diperlukan kelak. Program susulan akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Muslimat DMPKS, Ustazah Kalsom menyatakan kejayaan muslimat dalam mengendalikan program-program yang di adakan menyuntik motivasi yang tinggi untuk DMPKS bekerja lebih kuat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Beliau juga berharap agar kesemua muslimat dan wanita Kawasan Kuala Selangor terus menyokong aktiviti yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menjurus ke arah Negara Berkebajikan
Catat Ulasan