KLIK UTK BESARKAN





Ladang Bukit Cherakah. Jeram. KUALA SELANGOR. Program 'Kami Prihatin' diteruskan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Jeram di SRJK Tamil Ladang Bukit Cerakah. Penyampaian beg sekolah kepada sebanyak lebih kurang 32 orang pelajar tahun satu sekolah berkenaan diadakan di sekolah tersebut yang kebanyakkan anak pekerja ladang dari keluarga berpendapatan rendah. Murid-murid ini cukup gembira menerima beg-beg baru ini yang dapat mengantikan beg-beg mereka yang lama.
Sumbangan ini disaksikan oleh guru-guru dan guru besar sekolah tersebut. Beg-beg ini adalah sumbangan kerajaan negeri Selangor dengan bermotivasikan Hasil Negeri Untuk Rakyat.

Tn Hj Rashid Kassim dalam ucapannya berharap semua murid-murid ini supaya dapat belajar bersungguh-sungguh dan berjaya di masa hadapan, Kejayaan-kejayaan ini akan dapat mengubah nasib keluarga di masa hadapan. En Kuna, Ketua Pemuda, Dewan Himpunan Penyokong PAS turut hadir dalam majlis tersebut.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular