Kg Baru Ijok, Kuala Selangor. Pada 11 Februari 2012 baru-baru ini. YB Dr Dzulkefly Ahmad telah meluangkan masanya melawat serta menyampaikan sumbangan katil kepada seorang penduduk Orang Kurang Upaya (OKU) di kawasan parlimennya iaitu Kuala Selangor. Penduduk ini mengalami masalah stroke dan terlantar selama 4 tahun di rumahnya di Jalan Bukit Robinson.
Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor telah mengusahakan untuk mendapatkan katil ini melalui Cik Amanda Ling, Pegawai Penyelaras, Pejabat Kerja Menteri Besar Ijok.
Katil ini cukup bermakna kepada En Lee Hock, penduduk OKU ini kerana dengan adanya katil ini, keadaan beliau akan lebih selesa dan teratur. Pihak keluarga berasa berbangga dengan bantuan yang diterimanya.
Ziarah ini juga dituruti oleh En Yun Hong Hoi, Pengerusi JKKK Kg Sri Bestari Jaya serta rombongan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor. Dengan semangat ini, impian menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara Berkebajikan akan tercapai satu hari nanti.

Catat Ulasan