KLIK UTK BESARKAN







dipetik dari www.saujanautama.net


Saujana Utama. KUALA SELANGOR. Kesesakan lalulintas terutamanya di jalan keluar Saujana Utama ke jalan Kuala Selangor semakin membimbangkan terutamanya di waktu puncak antara 6.30 pagi - 7.30 pagi. Ini kerana ramai penduduk Saujana Utama mengejar masa bagi memastikan sampai ke destinasi yang di tetapkan. Oleh yang demikian satu inisiatif yang dinamakan Dialog Rakyat telah diadakan Tuan Haji Fakaruddin Ismail selaku Ahli Majlis Kuala Selangor bertempat di Dewan serbaguna Masjid Saujana Utama. Di awal perbincangan, beliau telah menerangkan secara komprehensif terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk. Perbincangan yang lebih bersifat kreativiti dan persefahaman telah dapat dijalankan dengan baik. Antara badan-badan yang hadir ialah wakil dari Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Daerah Kuala Selangor, IPD Kuala selangor, Polis Trafik Petaling Jaya, wakil-wakil persatuan penduduk di sekitar Saujana Utama, Wakil Pemaju perumahan serta Ketua Kampung Merbau Sempak.

Ustazah Mariam, Ahli Majlis MBSA berkata perbincangan secara profesional sebegini dapat menyelesaikan masalah-masalah rakyat perlu kerap dilakukan oleh semua pihak. Jesturu itu beberapa pendekatan akan dibuat dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana kebanyakan masalah terletak di kawasan Zon MBSA. Wakil pemaju perumahan Glomac berkata, mereka akan terus cuba mendapatkan tanah baru untuk jalan keluar baru bagi penduduk Saujana Utama dan berharap mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri.

YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dalam ucapan penutup perbincangan ini antara lain mengatakan bahawa penduduk di negara-negara maju mementing 'quality of life'/kualiti kehidupan. Semua badan perlu menitik beratkan kaedah penyelesaian yang baik termasuklah dalam hal-hal keceriaan dan juga keselamatan dalam satu-satu bandar. Kita tidak perlu menunggu pendapatan perkapita yang tinggi jika masalah sebegini dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik untuk menjadi negara maju.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular