KLIK UTK BESARKAN




Batu 7, Ijok. Kuala Selangor. Surau Nurul Ehsan, Ijok turut menyambut Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Pelbagai acara yang diadakan bagi memeriahkan majlis. Sdr Mohd Zamri Bandi selaku AJK JKKK Kg Ijok memulakan acara dengan membaca doa. Bermula jam 9 pagi lagi dari Dataran Surau Nurul Ehsan, perarakan Maulidur Rasul dijalankan sejauh lebih kurang 1 km dan diselang selikan dengan bacaan selawat yang dipimpinkan oleh Ustaz Syamsul Taslin.

Perarakan ini disertai oleh seluruh ahli kariah Surau Nurul Ehsan dan juga pelajar2 Maahad Tahfiz Bkt Belimbing.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Hj Rahman Moharam, Penaung Surau Nurul Ehsan dan Ucapan Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor. Ceramah Maulidur Rasul juga telah disampaikan oleh Ustaz Rashid Abdul Samat.



Tuan Hj Mohd Arif Damanhuri, Ketua Kampung Batu 7, Ijok serta Ustaz Ahmad Azraimi Jamaludin, Imam Masjid Nurul Iman Bt 8 Ijok juga hadir bagi menjayakanprogram ini.

Persembahan Alunan Nasyid telah di adakan bagi mengingati Nabi Muhammad dan perjuangannya.

Program seumpama ini secara tidak langsung mengeratkan dan memperkukuhkan silaturahim antara penduduk dan pemimpin setempat.


0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular