KLIK UTK BESARKAN




KG. KUANTAN, Kuala Selangor. 12 Rabiul Awal jatuh pada 5 Feb 2012 baru-baru ini adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sempena Hari yang mulia ini penduduk Kg. Kuantan turut meraikannya dengan mengadakan program sambutan Maulid Nabi. Majlis ini dianjurkan oleh gabungan tiga Cawangan PAS iaitu PAS Cawangan Kg Kuantan, PAS Cawangan Kg Teluk Penyamun dan PAS Cawangan Kg Asahan bersama JKKK tiga kampung tersebut. Pelbagai pengisian yang telah diadakan iaitu Bacaan Berzanji yang dialunkan oleh Tok Mohsen b Md Mukri, Ketua Kampung, Kg Asahan.

Majlis sambutan juga diserikan dengan bacaan Marhaban dan Salawat oleh penduduk kampung dan murid-murid Maahad Islamiah Al-ansar. Tidak ketinggalan ucapan yang diberikan oleh Tuan Mohd Yusof B Mat Diah, Ketua Kampung, Kg Kuantan, serta Ustaz Osman bin Hamzah, Ketua Cawangan PAS Kg Kuantan dan Ucap Utama telah disampaikan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.



0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular