KLIK UTK BESARKAN




Pekan Jeram. KUALA SELANGOR. Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram dengan moto 'kami prihatin' menyatuni pelajar-pelajar SJK China Pui Teh, Pekan Jeram. Sedikit sumbangan berupa beg sekolah diberikan kepada 20 pelajar-pelajar dari pelbagai kaum. Walaupun sekolahnya kecil tetapi guru-guru di sini menyambut rombongan dari PKM DUN Jeram dengan senyuman manis. Rombongan ini disertai oleh En Phua, Pengerusi JKKK Kg Jeram dan En. Uthayakumaran, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS. Sumbangan ini adalah salah satu manifestasi kerajaan negeri bagi merealisasikan 'Hasil Negeri Untuk Rakyat"

Tuan Hj Rashid, Pengarah PKM Jeram berharap agar semua pelajar dapat menumpukan perhatian dalam kelas bagi memahami segala ilmu yang diajar. Beliau cukup menitikberatkan pelajaran disebab beliau pernah menjadi seorang Guru Besar yang berjaya sebelum ini.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular