KLIK UTK BESARKAN





Bekas YDP PAS Kuala Selangor, Cikgu Awang b. Ahmad atau dikenali juga sebagai Cikgu Awang Ansori telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Bukit Cerakah pada hari Isnin 12 Mac 2012. Usia beliau ketika kembali ke Rahmatullah adalah pada umurnya 92 tahun.

Beliau boleh dikategorikan orang-orang awal yang berjuang atas dakwah PAS di Kuala Selangor. Allahyarham juga pernah bertanding dalam pilihanraya atas tiket PAS di Dun Jeram satu masa dahulu.


Bekerja keras untuk menguatkan PAS, di Cawangan PAS Sri Alam yang mana Alllahyarham di lantik sebagai Ketua Cawangannya. Ramai sahabat-sahabat seperjuangannya seperti Allahyarham Hj Mohd Yusof, Tn Hj Nurhadi(Shah Alam), Tn Hj Muhsinun (Banting)


Allahyarham juga menerima anugerah Veteran PAS Selangor dari Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS semasa Majlis Sumbangan Komplek PAS 2011.


Allahyarham yang meninggalkan 20 orang anak dan lebih 70 orang cucu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Simpang Parit Mahang selepas solat Zohor semalam dan ia turut dihadiri oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor YB Dr Dzulkefly Ahmad antara yang menziarahi jenazah Allahyarham.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular