KLIK UTK BESARKAN








Jeram, Kuala Selangor 3/3/2012. Seramai lebih daripada 20 buah keluarga telah terlibat dalam mangsa banjir semalam.

Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Bukit Kuching, Kampung Bukit Hijau, Kg Bukit Kuching Tengah dan Kg Bukit Cerakah, Jeram, Kuala Selangor serta Kg berhampiran.

Banjir adalah di sebabkan limpahan air dari kawasan Puncak Alam ke dalam parit-parit laluan air bagi pertanian di kawasan kampung berikutan hujan lebat yang berterusan.

YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor bersama Tuan Hj Muhd Rashid Kasim, Pengarah, Pusat Khidmat Masyarakat telah menziarahi mangsa-mangsa banjir yang mana rumah mereka sudah dimasuki air serta menyampaikan sedikit sumbangan. Beberapa nasihat juga telah diberikan seperti berhati-hati dalam penggunaan perkakasan elektrik, penyimpanan dokumen-dokumen penting serta menyimpan air bersih untuk minuman.

Menurut kenyataan Sdr Saharudin, Ketua Kampung, walaupun air semakin surut tetapi semua agensi perlu bersiap sedia kerana cuaca yang tidak menentu serta hujan yang berterusan boleh mengakibat keadaan semakin teruk.



Satu tindakan pro-aktif yang dilancar oleh Pusat Khidmat Masyarakat bersama Jabatan Amal Malaysia Kuala Selangor bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang diberi nama Ops Banjir.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular