KLIK UTK BESARKAN

.
Saujana Utama 22April2012
Jelajah Bolasepak anjuran Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor YB Dr. Dzulkefly Ahmad untuk edisi ke 14 telah diadakan di Padang Anggerik Saujana Utama 1 dengan kerjasama Ahli Majlis MDKS Zon 6D, Sdr. Mohd. Fakaruddin Ismail.

Tujuan utama perlawanan persahabatan ini ialah merapatkan hubungan diantara penduduk dengan pemimpin terutamanya di kawasan Parlimen Kuala Selangor.

Untuk kali ini adalah giliran penduduk Saujana Utama yang diwakili oleh gabungan penduduk di Saujana Utama yang diwakili oleh pasukan ‘Saujana Utama All Star’ untuk menyambut cabaran dari pasukan yang mewakili Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Turut hadir pada petang tersebut ialah penduduk-penduduk dari komuniti Saujana Utama 2, 3, Sungai Buloh Country Resorts dan Seri Pristana.

Dr. Dzulkefly juga sempat bersama dengan Saujana Utama Football Club (SUFC) yang membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab yang lain untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 dan 10 tahun di kawasan padang yang berhampiran.

YB Dr Dzulkefly dalam ucapan ringkas sebelum perlawanan bermula mengucapkan terimakasih kepada yang hadir dan berharap perlawanan persahabatan seperti ini dapat merapatkan hubungan penduduk dengan pejabat Ahli Parlimen terutama dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan kebajikan penduduk.

Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah selepas perlawanan tersebut telah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Jeram yang juga YDP PAS Kawasan Kuala Selangor Tn Hj Mohd Rashid Kassim.




0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular