Bagi meningkatkan motivasi Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor di semua peringkat, satu program telah dijalankan di Bukit Kuching, Jeram baru-baru ini. Program ini adalah untuk menguatkan lagi semangat dan mengukuhkan ukhwah di kalangan semua ahli-ahli pemuda cawangan bagi menghadapi persaingan yang dijangka sengit dalam PRU 13 yang akan datang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Al-Anfal (60) "Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kalian sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya."
Tuan Hj Muhd Rashid Kassim selaku YDP PAS Kuala Selangor menguatkan lagi semangat para pemuda dengan berkata "Saya cukup yakin dengan kemampuan pemuda, teruskan bekerja dan bekerja dengan lebih kuat dan jangan merasa letih kerana kerja kamu ini akan menjadi saksi di akhirat nanti"
Pada sebelah pagi beberapa kertas kerja telah dibentangkan bagi mempertajamkan pemikiran serta memperkukuhkan hujah untuk para pemuda Kuala Selangor. Antara pembentang kertas kerja adalah Dr Osman Hj Sabran, Dr Mohd Zuhdi Marzuki (Penyelidikan PAS Pusat) dan Ustaz Husni Zaim (DPPSA). Pelbagai strategi terakhir telah diperketengahkan dalam membincangkan pelan taktikal dalam menghadapi PRU yang akan datang.
Pada sebelah petangnya pula, diadakan perlawanan 'paintball' di antara kumpulan-kumpulan dari kalangan pemuda bagi mempraktikalkan input-input yang telah diberikan seperti kerja kumpulan, patuh arahan ketua, kreativiti dan bermacam lagi.
Nisa' juga turut bersama dalam program ini.
Sdr Azham, Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor antara lain berkata "With the spirit shown and a strong bond among the Pemuda Kuala Selangor at all level, I am very confident we can succeed and will be the winning team. Insyallah."
Catat Ulasan