KLIK UTK BESARKAN


Kuala Selangor. 24 November 2012. Program Jelajah Selangorku peringkat Parlimen Kuala Selangor meliputi DUN Ijok, Jeram dan Bukit Melawati telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat. 


Pelbagai program amal dan kemasyarakatan dijalankan dari pagi sehingga ke malam. Program dimulakan dengan bersama penduduk setempat menikmati sarapan dan sesi penerangan di Dataran Pejabat Menteri Besar Selangor oleh  YB Dr Dzulkefli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, YB Tuan Muthiah, ADUN Bukit Melawati serta pimpinan tempatan. Majlis diakhiri dengan simbolik perlancaran t-Shirt Anak Muda Kuala Selangor yang telah disarungkan kepada kesemua pimpinan anak muda dari kalangan Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor, Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY.

Para petugas kemudian berpecah mengikut DUN, menjalankan kerja-kerja amal serta mengedarkan edaran penerangan di setiap kawasan DUN masing-masing.



Di DUN Jeram aktiviti penghantaran barangan keperluan telah dihantar kepada penduduk yang memerlukan bantuan. Bantuan telah diberikan di Kg Parit Mahang, Kg Bukit Kuching, Kg Bukit Kuching Tengah, Kg Bukit Cherakah, Kg Baru Sungai Buloh, Kg Nelayan Sg Buloh, Rumah Murah Bukit Jeram, Rantau Panjang. Program amal telah diadakan bagi membaik pulih sebuah gerai di Tambak Jawa dan mengecat tembok di Jalan Suara. Gotong royong membersihkan padang di Sungai Buloh turut diadakan.


Di DUN Ijok aktiviti penghantaran barangan keperluan turut diadakan di telah dihantar ke penduduk yang memerlukan iaitu Rantau Panjang, Taman Purnama dan Taman Seri Indah.
Dewan Muslimat PAS serta Wanita Keadilan turut sama membuat pengedaran Bubur Asyura serta Maruku ke kawasan bandar Ijok dan sekitarnya
Kerja amal-amal seperti membaiki kerosakkan rumah serta pembaikan bumbung dijalankan di kawasan Kg Pecah Batu, Sungai Darah dan di Rantau Panjang yang dipimpin oleh anak muda.

Di DUN Bukit Melawati telah diadakan aktiviti santai sarapan pagi bersama penduduk di kawasan DUN di Kedai Ramli Hj Yusop. Permainan Indoor Games seperti Dam AJi, Karom turut diadakan dari pagi sehingga ke petang yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dari yang muda sehingga ke peringkat veteran. Pelbagai hadiah juga diadakan di semua kategori.

Di sebelah petang, selepas pengedaran maklumat penerangan di sekitar Kg Parit Mahang, Kg Bukit Hijau, Kg Bukit Cerakah, Bukit Kuching, Bukit Kuching Hilir, Bukit Cerakah, Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor bersama Angkatan Muda Keadilan telah mengadakan Jamuan Teh serta makan durian bersama anak muda kawasan setempat di tepi Padang Bukit Kuching Hilir. Sesi penerangan tawaran Kerajaan Negeri Selangor seperti TAWAS, MUE, Hadiah IPT serta SKIMSEL turut diadakan serta mendapat maklumbalas yang positif dari anak muda-anak muda tersebut.

Program Jelajah Selangorku Kuala Selangor turut menganjurkan Minum petang dan dialog kaum India di Dewan JKKK Pekan BB serta di Dewan Simpang 3 Jeram. Pelbagai penerangan yang dipimpin oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad turut dijalankan.

Program bersama Kaum Cina turut diadakan di Tokong Tian Seng Keng Jalan Sasaran, Jeram.

Program Jelajah Selangorku Kuala Selangor diakhiri dengan Ceramah Penerangan Isu Semasa oleh YDP Kawasan Tuan Hj Muhd Rashid Kassim, YB Dr Rani, Prof Dr Aziz Bari dan Dr Dzul.

Tuan Haji Fakarudin selaku pengarah Jelajah Selangorku menyatakan program ini amat berjaya dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada jentera yang terlibat dalam mengendalikannya.


1 comments
  1. IBU TUTI TKI SINGAPUR 19 Julai 2016 pada 9:43 PTG  

    saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular