KLIK UTK BESARKAN


TG. MALIM, Jambori Jabatan Amal Negeri Selangor telah diadakan di Lubuk Kawah, Tg. Malim, bermula dari 29 Jun hingga 1 Julai 2012 (3 hari). Jabatan Amal Kuala Selangor tidak ketinggalan menyertai Jambori yang 'sempoi habis' ini dengan menghantar seramai 7  orang peserta yang diketuai oleh komander kawasan Kuala Selangor iaitu Ustaz Nooraziz, beserta Pak Kiyai 'Aidiham' yang merupakan Bendahari Jabatan Amal Pusat.


Jambori yang hebat ini diadakan di dalam hutan di mana peserta mengambil masa setengah jam untuk sampai ke lokasi perkemahan dengan berjalan kaki dari 'parkir' kenderaan. Laluannya hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan empat roda 4x4, skramler' dan motorsikal sahaja. Perkemahan diadakan di tepi sungai, yang airnya amat menyejukkan. Pelbagai program tealah diadakan seperti membina gajet-gajet, 'jungle tracking', menjaring ikan, memasak, malam kebudayaan, taaruf, solat berjamaah dan bermacam lagi.
Bak kata salah seorang peserta Jabatan Amal Kuala Selangor "peh.. syok giler.... rugi sape-sape yang tak pegi" dan ini mengambarkan keseronokan Jambori Jabatan Amal kali ini.
 

Harapan dari Jabatan Amal Kuala Selangor agar program seperti ini diterus pada masa-masa akan datang kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim, tolong menolong dan menilai kehebatan apabila kita sentiasa bersama Allah.... Subhanallah, SYOK GILER. Itulah hebat alam semula jadi ciptaan Allah SWT yang diadun dengan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan diri kita kepada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular