KLIK UTK BESARKAN


Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melancarkan dua buah Dataran Anak Muda di Bestari Jaya di Dun Ijok dan di Puncak Alam di Dun Jeram yang berada dalam Parlimen Kuala Selangor pada 6 dan 7 Oktober 2012.  Perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Dataran ini memuatkan gelanggang bola keranjang, futsal serta pentas untuk-untuk program anak muda. Dataran ini dibina dengan kos RM200,000 setiap dataran dibiayai daripada peruntukkan RM 20 juta Geran Selangorku untuk kemudahan generasi muda. Selain daripada itu kemudahan seperti tandas dan tempat persalinan pakaian juga dibina bagi memudahkan urusan persalinan sebelum dan selepas beriadah.

Dalam ucapan Tan Sr Khalid, beliau menekankan akan melaksanakan aktiviti pembangunan generasi muda yang lebih bermanfaat seperti kiosk untuk aktiviti keusahawanan generasi muda dan menyediakan kemudahan internet wifi percuma di masa hadapan. Beliau juga berharap agar pihak berkuasa tempatan agar dapat memberikan peluang kepada semua anak muda dari pelbagai latarbelakang untuk menikmati kemudahan ini serta menyediakan peruntukkan untuk penjagaan dan penyelenggaraan dataran ini.

Kebanyakkan anak muda menunjukkan rasa gembira mereka dengan kemudahan yang disediakan. Amin, salah seorang daripada anak muda yang hadir mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan nerajaan negeri atas pembangunan fizikal dan kerohanian anak-anak muda ini.


Sementara itu, Exco Belia dan Sukan, YB Dr Yunus Hairi, Exco Negeri Selangor, berharap Penggerak Belia Tempatan (Pebt) akan mengadakan aktiviti sukan bagi memanfaatkan gelanggang tersebut serta sama-sama menjaganya dengan baik dan tiada vendalism yang akan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Turut hadir dalam majlis itu, MP PAS Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Misri Idris.


Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana menyediakan kemudahan anak muda ini dan memberikan tumpuan kepada ‘value for money’ dalam melaksanakan projek serta membuat pemantauan teliti bagi mengelakkan ketirisan dalam pengurusan kewangan.

LAGI GAMBAR DI
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.398912443507366.90920.100001658414390&type=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular