KLIK UTK BESARKAN

.
Saujana Utama 22April2012
Jelajah Bolasepak anjuran Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor YB Dr. Dzulkefly Ahmad untuk edisi ke 14 telah diadakan di Padang Anggerik Saujana Utama 1 dengan kerjasama Ahli Majlis MDKS Zon 6D, Sdr. Mohd. Fakaruddin Ismail.

Tujuan utama perlawanan persahabatan ini ialah merapatkan hubungan diantara penduduk dengan pemimpin terutamanya di kawasan Parlimen Kuala Selangor.

Untuk kali ini adalah giliran penduduk Saujana Utama yang diwakili oleh gabungan penduduk di Saujana Utama yang diwakili oleh pasukan ‘Saujana Utama All Star’ untuk menyambut cabaran dari pasukan yang mewakili Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Turut hadir pada petang tersebut ialah penduduk-penduduk dari komuniti Saujana Utama 2, 3, Sungai Buloh Country Resorts dan Seri Pristana.

Dr. Dzulkefly juga sempat bersama dengan Saujana Utama Football Club (SUFC) yang membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab yang lain untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 dan 10 tahun di kawasan padang yang berhampiran.

YB Dr Dzulkefly dalam ucapan ringkas sebelum perlawanan bermula mengucapkan terimakasih kepada yang hadir dan berharap perlawanan persahabatan seperti ini dapat merapatkan hubungan penduduk dengan pejabat Ahli Parlimen terutama dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan kebajikan penduduk.

Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah selepas perlawanan tersebut telah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Jeram yang juga YDP PAS Kawasan Kuala Selangor Tn Hj Mohd Rashid Kassim.






Kuala Selangor, 15 April : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Selangor kali ke-24 telah dirasmikan oleh Ustaz Solehin Mukhyi, Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Selangor yang telah berlangsung di Inpens Kuala Selangor. Mesyuarat Agung kali ini dihadiri lebih dari 190 orang perwakilan termasuk 4 perwakilan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Selangor.

Majlis telah dimulakan dengan doa serta nyayian lagu rasmi PAS oleh seluruh pimpinan dan perwakilan PAS Cawangan-cawangan. Kemudian diikuti oleh ucapan aluan Sdr Said Asri Said Sohor, Pengerusi Tetap dan Ucapan pembukaan oleh Tn Hj Rashid Kassim, YDP PAS Kuala Selangor dan meneruskan agenda Mesyuarat Agung Tahunan.
Ucapan perasmian dilakukan lewat disebabkan Ustaz Solehin Mukhyi tidak dapat hadir pada waktu pagi kerana beliau juga merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan lain pada pagi itu juga.
 
Di dalam ucapannya, Ustaz Solehin Mukhyi  meminta PAS menumpukan perhatian kepada PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang. Dan ahli perlu fokus jangan diganggu dengan isu-isu sampingan seperti penubuhan JATI dan lain-lain. Beliau juga mengingatkan tentang mendokong satu-satu keputusan secara syura dan mengambil Perang Badar sebagai contoh.
 
Pelbagai isu yang telah dibahaskan bagi menambahbaikkan prestasi PAS Kuala Selangor. Ucapan Penggulungan telah disempurnakan oleh Sdr Ir Ghani selakuTimbalan YDP PAS Kuala Selangor.


Siri Ceramah Penerangan terus di perhebat di sekitar kawasan DUN Jeram dan DUN Ijok. Objektif utama adalah memberi penerangan tentang isu-isu semasa yang hangat diperkatakan. Bukan setakat memberi penerangan malahan menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepada pakatan.

Di Balai JKKK Kg Baru Ijok -Penceramah Y.B. Tuan Ng Suee Lim, Sdr Rafzi Ramli dan YB Dr Dzulkefly Ahmad.

Di Bukit Hijau, Jeram Ust Hj Abdul Ghani Shamsuddin dan YB YB Khalid Samad.


Pelbagai masyarakat dilihat semakin rasional dalam mendengar sendiri hujah-hujah yang diberikan oleh penceramah ini dan sokongan kepada Barisan Nasional kelihatan semakin lemah.  




Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Satu program meningkatkan kesedaran muda-mudi ke atas tanggungjawab dan adab-adab di pantai telah diadakan di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor baru-baru ini. Program ini adalah anjuran Pengerak Belia Tempatan Zon 5B, Daerah Kuala Selangor yang dipimpin oleh Sdr Mohd Salleh Bin Shaari, Ketua PEBT Zon 5B dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor, Jabatan Amal Kuala Selangor serta Nisa Kuala Selangor. Program kesedaran ini adalah bertujuan memberi maklumat kepada muda-mudi terhadap program-program kerajaan negeri Selangor, adab-adab bergaul dan bermacam lagi. Program ini juga disertai oleh sebuah sekolah Maahad Tahfiz berdekatan.


Setelah selesai bertemu muda-mudi serta memberi penerangan, berinteraksi dan bertemu, anak-anak muda ini. mereka telah diberikan motivasi oleh Ustaz Nasrul Hadi Bin Rohani (Pegawai Takbir Agama PAID Kuala Selangor) serta jamuan ringkas.


Tuan Hj Ahmad Alang selaku Ahli Majlis Zon 5B berkata aktiviti seumpama ini akan dibuat dari masa ke masa untuk memastikan anak-anak muda mendapat maklumat terkini tentang program-program yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor.


Turut hadir dalam majlis adalah Tn Haji Muhd Rashid Kassim, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram, Tuan Haji Ismail bin Putih, Ketua Kampung Sg Sembilang, Sdr Mohd Azham Abdul Rahim, Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor.





Kg Bukit Cherakah, Jeram, Kuala Selangor. : Bagi memperkuatkan lagi usaha untuk merampas DUN Jeram dari tangan UMNO, program penerangan terus dijalankan dengan Majlis Hi-Tea & Ceramah Isu Semasa bersama YB Khalid Samad dan YB Zuraidah. Dengan adanya program ini Ahli parlimen di semua peringkat dapat memperjelaskan lagi isu-isu semasa di kawasan kampung-kampung tradisional terutamanya di DUN Jeram. Pelbagai lapisan masyarakat sudah tidak takut lagi utuk menghadiri program seumpama ini bagi mendengar sendiri hujah-hujah ynag diberikan oleh penceramah-peceramah dari kalangan Pakatan Rakyat.



Ceramah berkenaan yang diadakan di Jalan Parit Haji Deraman yang berjaya menarik kehadiran lebih 400 orang.


Menurut Tuan Haji Rashid Kasim YDP PAS Kuala Selangor sejak kalahnya PAS pada pilihanraya umum ke 12 lalu di DUN Jeram, PAS dan Pakatan Rakyat terus berusaha secara bersungguh-sungguh menambah Cawangan PAS di kawasan Jeram terutamanya di kubu kuat umno.






Bagi meningkatkan motivasi Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor di semua peringkat, satu program telah dijalankan di Bukit Kuching, Jeram baru-baru ini. Program ini adalah untuk menguatkan lagi semangat dan mengukuhkan ukhwah di kalangan semua ahli-ahli pemuda cawangan bagi menghadapi persaingan yang dijangka sengit dalam PRU 13 yang akan datang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Al-Anfal (60) "Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kalian sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya."

Tuan Hj Muhd Rashid Kassim selaku YDP PAS Kuala Selangor menguatkan lagi semangat para pemuda dengan berkata "Saya cukup yakin dengan kemampuan pemuda, teruskan bekerja dan bekerja dengan lebih kuat dan jangan merasa letih kerana kerja kamu ini akan menjadi saksi di akhirat nanti"


Pada sebelah pagi beberapa kertas kerja telah dibentangkan bagi mempertajamkan pemikiran serta memperkukuhkan hujah untuk para pemuda Kuala Selangor. Antara pembentang kertas kerja adalah Dr Osman Hj Sabran, Dr Mohd Zuhdi Marzuki (Penyelidikan PAS Pusat) dan Ustaz Husni Zaim (DPPSA). Pelbagai strategi terakhir telah diperketengahkan dalam membincangkan pelan taktikal dalam menghadapi PRU yang akan datang.


Pada sebelah petangnya pula, diadakan perlawanan 'paintball' di antara kumpulan-kumpulan dari kalangan pemuda bagi mempraktikalkan input-input yang telah diberikan seperti kerja kumpulan, patuh arahan ketua, kreativiti dan bermacam lagi.


Nisa' juga turut bersama dalam program ini.

Sdr Azham, Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor antara lain berkata "With the spirit shown and a strong bond among the Pemuda Kuala Selangor at all level, I am very confident we can succeed and will be the winning team. Insyallah."

Tuan Haji Muhd Rashid Kassim, selaku pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram merangkap YDP PAS Kawasan Kuala Selangor, sentiasa turun menemui masayarakat di sekitar DUN Jeram tidak mengira agama ataupun bangsa. Atas sifat keperihatinannya ini, beliau amat digemari dan disenangi untuk didekati terutamanya oleh mereka yang mempunyai masalah kehidupan, berpendapatan rendah malahan beliau juga disenangi oleh kaum-kaum muda belia. Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Rashid, yang berpengalaman sebagai seorang Guru Besar amat mahir dalam memahami masayarakat setempat. Beliau amat tertarik dengan konsep yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tuan Guru Fadzil bin Mohd Noor, bekas Presiden PAS iaitu Memasyarakatkan PAS di semua peringkat.




Turun padang berjumpa rakyat marhaen di Kg Bukit Kuching bersama-sama dengan JKKK Kg Bukit Kuching. Cikgu Rashid dan Ahli Parlimen Kuala Selangor.YB Dr Dzulkifly Ahmad telah menziarahi 15 keluarga dari rumah ke rumah untuk melihat kehidupan rakyat. Seorang doktor juga menyertai program ini untuk memberi khidmat nasihat kepada rakyat yang sakit.



Ziarah warga emas yang sakit di kg bukit kucing hilir. Aktiviti yang dibuat ialah pemeriksaan kesihatan dan sampaikan sumbangan


Melawat ke SJK Tamil Ladang Bukit Cheraka yang telah menerima sumbangan tanah merah untuk ditambakkan ke padang sekolah yang tidak rata. Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan penyelaras DUN Jeram telah menyumbangkan tanah merah ini demi kebaikan murid-murid sekolah ini.

Menziarahi keluarga mualaf, En Khairul Bin Abdullah yang telah kematian isteri di Hospital Sungai Buluh akibat sakit jantung. Pusat khidmat Jeram sering membantu keluarga beliau kerana kesempitan hidup dan kali terakhir membantu beliau menghidupkan lesen memandu lori supaya beliau boleh berdikari untuk menyara keluarga. Cikgu Rashid bersama-sama dengan jkkk Kg Simpang 3 Jeram dan Lembaga zakat telah menyembahyangkan jenazah.



Menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang psra dalam majlis mesyuarat agung pibg KAFA Kg Parit Mahang. Cikgu Rashid diiringi oleh Ketua Kampung, Hj Baharum Hussin mrrangkap ketua PAS Cawangan Kg Parit Mahang. Seramai 150 orang telah hadir.




Menziarahi keluarga Lee Ah Eng yang kematian suami tersayang Low Lam Yong akibat sakit barah usus. Cikgu Rashid tiba di rumah mendiang di pasir tuntong dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.




Menyampaikan sumbangan kepada Low Yew Chai yang sakit saraf. PKM Jeram telah memohonkan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau tinggal di Jalan Sasaran Bukit Kucing.



Menziarahi dan mengucapkan takziah kepada En Tusiapman B Johari yang telah kematian isteri tersayang, Salmah bt Samad akibat barah otak. YDP PAS, Cikgu Rashid Kassim merangkap Penyelaras DUN Jeram diiringi Ketu Kg Bukit Cheraka, Hj Arifin Kasarawi tiba pada pukul 8.30 pagi. Seramai 200 orang telah hadir, bersama-sama bertahlil dan berdoa.








Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor telah menyempurnakan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Majlis Guru-Guru PASTI Kuala Selangor. Majlis ini telah diadakan di Balai JKKK Kg Bukit Kuching. Dr Dzul dalam ucapannya mengiktiraf sumbangan-sumbangan yang tidak ternilai iaitu kegigihan para guru mendidik pelajar-pelajar pra-sekolah. Ini kerana hasil didikan mereka, pelbagai masyarakat menghormati PASTI yang berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Beliau juga mengimpikan satu hari nanti PASTI ini juga menjadi pilihan kepada bangsa-bangsa lain.


Beliau juga telah menyampaikan sumbangan dana yang diterima oleh Sdr Hakimi selaku Pengarah PASTI kawasan Kuala Selangor.





Program Jelajah Bolasepak Parlimen Kuala Selangor telah diatur oleh Pejabat Parlimen Kuala Selangor yang dipimpin oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad. Sebanyak 15 perlawanan (friendly games) yang akan diadakan di tempat-tempat yang terpilih. Sebagai perlawanan yang pertama Desa Coalfiled telah dipilih untuk menentang pasukan pilihan Pejabat Parlimen. Perlawanan ini berkesudahan pasukan coalfiled mengalahkan pasukan pilihan pejabat parlimen dengan 2-0.


Tujuan program ini adalah untuk merapatkan hubungan pemimpin setempat terutamanya YB dengan golongan belia dan penggiat sukan bolasepak. Pihak parlimen juga telah dan akan menyumbang bola untuk pasukan pilihan. Menurut En Maskor, Pegawai Pejabat Parlimen Kuala Selangor "Pelbagai lagi program sampingan yang akan diadakan semasa perlawanan 'friendly' seperti kaunter-kaunter Memasyarakat Ekonomi Selangor, cabutan-cabutan bertuah, minum teh bersama YB dan banyak lagi, dan Pejabat Parlimen juga mengharapkan penglibatan yang menyeluruh dari pihak penduduk setempat."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular