KLIK UTK BESARKAN


YB Dr Dzul sedang menyampaikan wacaba beliau sambil diperhatikan
oleh Dr Badrulamin dan Ustaz Kamil.
Lihat album penuh di sini.

Pihak JKKK Kdengan kerjsama PAS Cawangan Bukit Hijau telah menganjurkan Forum Maulidur Rasul di Dataran JKKK Kg BUkit Hijau, Jeram. Turut menjadi panelis ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Badrulamin Bahron, Ketua Penerangan Negeri Selangor. Forum yang dipengerusikan oleh Ustaz Kamil Abdul Rahman turut mengadakan cabutan bertuah kepada para pengunjung yang hadir.



Pemuda Kuala Selangor bergambar sebelum bergerak hampir 2 kilometer ke tapak program.
Lihat album penuh di sini.


Alor Setar, 19 Febr 2011. Himpunan 30 ribu (H30K) pemuda PAS yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar telah berjaya direalisasikan dengan jayanya, ia turut dihadiri oleh pemuda-pemuda PAS dari Kuala Selangor.

Seramai 34 orang pemuda telah bertolak dari lokasi Pejabat Pemuda PAS Kuala Selangor, Ijok dan Puncak Alam secara konvoi. Sasaran awalnya dianggarkan 50 orang pemuda Kuala Selangor akan turut menyertai H30K. Perjalanan yang bermula pada pukul 12 tengah malam itu diiringi cahaya terang bulan purnama 16 Rabiulawal 1432H, konvoi kontijen Kuala Selangor telah sampai ke rumah Ustaz Azril, Penolong SU PAS kawasan Kuala Selangor pada pukul 5 pagi. Terima kasih pihak Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor ucapkan kepada keluarga Ustaz Azril yang menyambut kedatangan konvoi Pemuda PAS Kuala Selangor dengan penuh kemesraan.

H30K begitu bermakna bagi kontijen Kuala Selangor, dari sinilah keakraban ahli-ahli pemuda PAS kawasan terus dijalinkan. Teguhnya peserta H30K termasuk dari kontijen Kuala Selangor mendengar amanat pemimpin PAS di tengah panas terik matahari, menjadikan pemuda-pemuda PAS lebih istiqamah dalam menegakkan Islam di atas muka bumi Allah ini.

Antara pemimpin yang memberi ucapan pada kemucak H30K ialah Ustaz Nasarudin Hassan, Ustaz Abu Bakar Chik, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Sdr. Salehuddin Ayub. Program H30K telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Pada sebelah petangnya diadakan sesi temubual dengan artis-artis yang telah menyatakan sokongan mereka kepada PAS. Selepas solat asar, satu perlawanan bolasepak antara pemain pilihan pemuda-pemuda PAS dengan veteran bolasepak negeri Kedah. Di sebelah malamnya diadakan solat hajat perdana dan ceramah umum perdana.

Antara acara tidak rasmi yang diatur oleh konvoi Pemuda PAS Kuala Selangor ialah lawatan ke Perkampungan Shuhada’ Memali, Muassasah Darul Ulum dan kubur al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor di Pokok Sena.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada pada peserta yang meluangkan masa, wang ringgit dan tenaga untuk hadir ke program H30K tersebut. Kepada para penyumbang dan penaja peserta H30K sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada tuan/puan sekalian. Semoga segala usaha kita diberkati Allah....

TAKBIR... TAKBIR...TAKBIR.

Dilaporkan oleh:
SU DPPK KS


Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyampaikan ceramah.
Lihat album penuh di sini.


SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” kata Khalid.




Lihat album penuh di sini.




Lihat album penuh di sini.


YB Dr Dzul menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Lihat album penuh di sini.





Abg Ipin dikasari dan anak beliau ditahan.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.

Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu ‘makan besar’ yang merapatkan semangat kekeluargaan.

Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.

Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.

Selamat Tahun Baru Cina.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Forum Politik & Isu Semasa
6 Februari 2011 (Ahad) 9.00 malam
Dewan Assam Jawa, Kuala Selangor

Panelis: YB Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja)
YB Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian)

Perasmi: YB Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)

Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kuala Selangor

Semua dijemput hadir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular