KLIK UTK BESARKAN



27 November 2010 : YB Dr Hj Abd Rani Hj Osman telah di jemput untuk merasmikan Pertandingan Kompang Berirama di Festival Jalanan 2010 yang di adakan di Kuala Selangor.

Turut hadir ialah YDH Dato Mohd Yaacob bin Hj Ismail, Orang Besar Daerah Kuala Selangor dan Dato Samad bin Maharudin, YDP Majlis Kebudayaan Negeri Selangor.

Beberapa persembahan dari kaum Cina dan India juga telah di adakan bagi memperlihatkan kepelbagaian kebudayaan yang wujud di negara kita ini. Antaranya persembahan Tarian Cina Tadika Perpaduan, Silambam dari kaum India, Kuda Kepang, Gamelan, Kumpulan Dabus, Silat Selendang Merah dan beberapa persembahan kebudayaan yang lain.

Dalam ucapan nya, YB Dr Rani menekankan betapa perlunya seni kebudayaan ini di hidupkan dan di beri nafas baru untuk menjadikan nya lebih menarik kepada golongan muda menyertainya.

Lagi gambar dan berita di Laman Facebook ADUN PAS Selangor

SHAH ALAM, 27 Nov – Seramai 27,872 anak fakir miskin di seluruh negeri Selangor menerima bantuan kewangan berjumlah lebih RM9.6 juta dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi persiapan persekolahan awal tahun depan, lapor Bernama.

Ketua Jabatan Pembangunan Korporat LZS, Akhtar Sahari berkata daripada jumlah itu, 1,298 adalah pelajar tadika yang menerima bantuan berjumlah RM200 setiap seorang, 13,807 pelajar sekolah kebangsaan sebanyak RM250 seorang dan 12,767 pelajar sekolah menengah sebanyak RM350 seorang.

“Bantuan persekolahan ini diberikan setiap tahun bagi meringankan bebanan asnaf fakir dan miskin,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Program bantuan persekolahan anak-anak fakir miskin yang melibatkan 31 program di seluruh Selangor bermula 23 Nov lepas dan akan berakhir pada 13 Dis depan.

Pada tahun lepas, sebanyak RM5.7 juta diperuntukkan bagi membantu 15,464 anak fakir miskin di Selangor.



SHAH ALAM, 27 Nov – Kerajaan Selangor perlu membelanjakan hampir RM120 juta untuk mengambil alih tanah seluas 900 ekar di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor, susulan kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan itu sejak tahun 2000.

Kos itu melibatkan pengambilalihan 392 ekar tanah bernilai RM52juta untuk pembinaan 2,500 unit rumah kos rendah (KRK), tanah untuk pembinaan kolam tadahan air hujan (tangki air) seluas 294 ekar bernilai RM39.1 juta dan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Kumbahan seluas 214 ekar bernilai RM28.4 juta. Kesemua kos berjumlah RM120 juta ini terkandung dalam cadangan penyelesaian oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor juga perlu mengeluarkan sejumlah peruntukan lain untuk membina infrastruktur bagi kemudahan dan menjamin keselesaan penduduk. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek perumahan terbengkalai bukan saja menyusahkan pembeli tetapi juga menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kerugian.

Oleh kerana inilah, Kerajaan Negeri Selangor lebih berhati-hati dalam meluluskan sebarang projek perumahan bagi mengelak masalah ini terus berlaku. Kita hanya meluluskan projek perumahan jika pemaju mempunyai rekod baik. Pemaju perumahan yang bermasalah disenarai hitam dan tidak dibenarkan terlibat dalam projek pembangunan di Selangor,” katanya selepas mengadakan dialog dengan hampir 500 pembeli rumah Bandar Alam Perdana di Stadium Tertutup Kuala Selangor, semalam.

Menteri Besar berkata, pengambilalihan tanah dari pemaju terpaksa dilakukan kerana pemilik tanah telah menyerahkan secara sah untuk dibangunkan dengan projek perumahan Projek Bandar Alam Perdana melibatkan projek pembangunan rumah kos rendah dan rumah teres telah terbengkalai sejak tahun 2002.

Walaupun projek ini diluluskan Kerajaan Negeri ketika itu, status tanah belum ditukar dari tanah pertanian kepada pembangunan. Kerajaan Selangor pada 24 Ogos 2009 telah bersetuju memberi kelulusan dasar kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengambil alih projek terbengkalai itu tetapi urusan dan kos pengambilan tanah perlu ditanggung Kerajaan Negeri.

Projek pemulihan rumah terbengkalai ini dijangka siap pada Oktober tahun depan.

Berita selanjutnya di http://www.selangorkini.com.my



Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYM Yang diPertuan Agong pada 15 Disember 2010 (Ahad), jam 12.00 tengahari di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut di http://www.airuntukrakyat.net/main/


Nama : Dr Hj Dzulkefly bin Ahmad
Asal : Rembau, Negeri Sembilan
Kediaman : 12, Jalan Topaz,7/4, Shah Alam, Selangor
Umur : 53 tahun
Status: Berkahwin, seorang isteri Puan Azlin Hj Hezri. Dikurniakan 7 orang anak dan 4 orang cucu.

Latar belakang Pendidikan:

Mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Imperial College (St. Mary‟s Hospital Medical School), Universiti London (1993) dalam bidang Sains Perubatan (Toksikologi) dan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama. Mengikuti kursus dalam Ekonomi dan Kewangan Islam dalam tahun 1998-99.

(Gambar : YB Dr Dzul pernah ditahan kerana memperjuangkan hak rakyat membantah kenaikan harga minyak pada 2008.)

Peranan Beliau Di Pentas Masyarakat Sivil dan Politik:

Bekas pemimpin Pergerakan Mahasiswa di United Kingdom (70an dan 80an).

Bekas Aktivis Masyarakat dalam sebuah badan bukan-kerajaan (JIM) 1997-1998).

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (1998-2009)

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2004 sehingga kini)

Ahli Jawantankuasa Lajnah Politik PAS Pusat (2004 sehingga kini)

Ahli Jawatankuasa Pemandu Gabungann Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH, 2006 se-hingga kini).

Penganalisis Politik dan Penulis di halaman media (sehinggakini) dan juga diundang membentang kerta kerja di peringkat nasional dan antarabangsa (pembangunan ekonomi, perhubungan kaum dan pertembungan tamadun Islam-Barat, Political Islam dll).

Menerbit sebuah buku himpunan analisis politik berjudul”BLIND SPOT” – 2008.

Kolumnis utk Harakah English, The Malaysianinsiders and The Edge Financial Daily




MB Tan Sri Khalid turun dari pentas untuk menyampaikan ceramah.
Lihat album penuh di sini.

Penduduk Bukit Badong pelbagai kaum membanjiri Dewan Orang Ramai Bukit Badong, Ijok untuk mendengar penjelasan 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' oleh Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Ceramah turut disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulekefly Ahmad dan ADUN Bukit Melawati, YB Sdr. Muthiah a/l Maria Pillay.

Kemuncak acara ceramah ini ialah penyerahan memorandum yang mengandungi tandatangan penduduk untuk diserahkan kepada Yang Dipetuan Agong di Masjid Negara pada 5 Disember 2010 ini.



Seminar Keusahawanan Peringkat Daerah Kuala Selangor anjuran Kerajaan Negeri Selangor akan di adakan di INPENS pada 2 Disember 2010 (Khamis) mulai 9.00 pagi - 6.00 petang. Peserta akan di anugerah sijil oleh penganjur - Kerajaan Negeri Selangor.

Tarikh akhir hantar borang penyertaan pada 29 November (Isnin) di Pejabat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor atau Pusat Khidmat Masyarakat di DUN masing2. Peserta yg perlu hadir adalah:

1. Org yg sudah meniaga - Gerai/IKS
2. Mereka yg baru memulakan perniagaan
3. Peniaga Pasar Malam/Pasar Tani/Up Town
4. Kontraktor kecil
5. Org yg berminat dan merancang utk meniaga tetapi belum meniaga

Segala permasalahan berbangkit sila hubungi talian 013-6283979 atau emel [email protected]

Sila muat turun borang penyertaan di sini.




YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin bersemangat menyampaikan ceramah.
Album penuh oleh DAP Bestari Jaya di sini.




Penceramah:
YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim
YBhg Tn Hj Mohamad bin Sabu
YB Dr Dzulkefly Ahmad

26 November 2010 / 8.30 malam
Kg Bukit Badong, Bestari Jaya,
Kuala Selangor

Semua dijemput hadir untuk mendengar penjelasan tentang isu air
dan pencabulan oleh kerajaan UMNO/BN terdahulu
terhadap rakyat.



Pertandingan memasak turut diadakan oleh penganjur.
Lagi gambar di sini.




Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor. Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat. Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.

Berikan sokongan anda dengan menandatangangi petisyen http://www.airuntukrakyat.net/main/petition.php






Rakyat Selangor menjadi mangsa kebobrokan Kerajaan BN sebelum ini yang menyerahkan pengurusan air kepada syarikat konsesi yang mangaut keuntungan berlipat kali ganda.

Perjanjian antara syarikat konsesi air telah dibuat dengan kerajaan BN untuk menaikkan tarif air seperti berikut:

2009 - 37%
2012 - 25%
2015 - 20%
2018 - 15%
2021 - 10%

Kerajaan negeri prihatin dan memberikan 20 meter padu percuma kepada rakyat Selangor walaupun terpaksa membelanjakan lebih RM234 juta sehingga Jun 2009.

Saksikan video dan penjelasan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.



Para peserta berikrar sebelum konvensen berakhir.
Lagi gambar di sini.

21 November 2010 : Ahli PAS Kuala Selangor berikrar dan berjanji taat setia untuk mempertahankan Parlimen Kuala Selangor dan cuba merampas DUN Jeram hari ini sekaligus mempertahankan Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

Ikrar taat setia itu dibuat dibuat di hadapan Yang Dipertua PAS Kawasan dan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor sempena Konvensyen Pilihanraya peringkat parlimen Kuala Selangor.

Menurut Pengarah JPrN Selangor, para petugas harus bekerja lebih kuat kerana UMNO/BN sudah memulakan gerak kerja mereka lebih awal lagi. Ini dibuktikan penambahan bilangan pengundi yang didaftarkan oleh UMNO/BN menunjukkan mereka serius untuk merampas negeri Selangor.

Turut membentangkan kertas kerja ialah Ahli Parlimen, YB Dr Dzulkefly sendiri sambil menekankan pemantapan gerak kerja pilihanraya jika mahu mempertahankan kerusi parlimen ini.



YB Dr Dzul sedang menyembelih binatang korban.
Foto oleh Izzat's Photography. Lagi gambar di sini.

19 November 2010 : Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad terkenal dengan sifat mesranya dan berjiwa rakyat. Baru-baru ini beliau turut sama-sama turun padang bersama para muslimin di Kuala Selangor ini untuk menyambut Aidil Adha dengan menyembelih sendiri binatang korban.

YB Dr Dzul turut hadir dan menyembelih di Majlis Ibadah Korban Kuala Selangor (4 ekor lembu) dan Taman Melawati (8 ekor lembu).

Pihak PAS Kuala Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan ibadah korban tahun tanpa mengira ideologi politik masing-masing.

Salam Aidil Adha dari kami.




PAS Kawasan Kuala Selangor dengan kerjasama Pejabat Parlimen Kuala Selangor dan Jabatan Pengurusan DUN Jeram akan mengelolakan majlis ibadah korban seperti butiran berikut:

Tarikh : 18 November 2010 (11 Zulhijah 1431)
Tempat : Tambak Tengah, Jalan Andak Daum, Off Jalan Hj Joned, Jeram.
Masa : 8 pagi.

Justeru, tuan/puan/dato'/datin dijemput untuk menyerikan majlis. Sila hubungi Pengurus JPD, En Haris 019-2058557 untuk maklumat lanjut.





PAS Kuala Selangor mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada muslimin muslimat khususnya di Kuala Selangor. Selamat menjalani ibadah qurban, dan semoga qurban kita tahun ini diterima Allah.

Rasanya tidak terlewat bagi kami juga mendoakan kepada semua jemaah haji dipermudahkan segala urusan semasa menunaikan ibadah di kota suci Mekah/Madinah dan semoga mendapat haji mabrur.

TaqabbalaLlahu minkum...


Parti Islam Se-Malaysia PAS menolak pelawaan Datuk Ahmad Maslan untuk menyertai BN. PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan PAS akan berusaha supaya ahli-ahli Umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan PAS.

PAS tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti. Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi. Perjuangan yang hanya mementingkan ” perutism” sahaja. Menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu Wang, jentera kerajaan dan media. Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika Umno tidak ada 3 M maka Umno akan berkubur begitu sahaja.

PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda. Umno dengan kekuatan media perdana ynag berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan PAS yang telah disumbangkan melalui Pakatan Rakyat, kes banjir di Kedah adalah satu contoh. PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai idelologi yang jelas dan mempunyai kepimpinan yang berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara kedepan bagi membentuk lanskap baru dalam politik negara.

PAS menganggap cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad. Apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang?. Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa. Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air. PAS tidak akan izinkan Umno ,mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula. PAS wajib ganti Umno.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat




Rakaman Video Perasmian TG Presiden
[Bahagian 1][Bahagian 2][Bahagian 3][Bahagian 4][Bahagian 5]

SHAH ALAM, 13 November 2010 : PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.

"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.

"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.

Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,

Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.

Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.

Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.

"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.

Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.

"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.

"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.

Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.

Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.

Baca seterusnya di Harakahdaily.net

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengalu-ngalukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat 15 kes berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara 2009, termasuk yang melibatkan di Kementerian Pertahanan sebanyak RM310, 000 untuk persiapan bilik VVIP di bawah Pakej Ransangan Ekonomi. Antara pembeliannya set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.

Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita. Kita tentu masih ingat bagaimana pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (KBN) .Ramai terkejut bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Lebih menarik lagi apabila pihak Audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan. Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?

PAS berpendapat apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan. Sebab itu dalam laporan audit negara 2008 melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion. PAS mengharapkan supaya SPRM perlu bertegas dan mengharapkan supaya mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti diheret ke pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri. Pegawai tidak akan berani buat tanpa arahan orang atasan.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

KENYATAAN AKHBAR

9 NOV 2010

MENTERI BESAR TIDAK SOKONG PEMBINAAN WARISAN MERDEKA

Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong projek membangunkan Lembah Klang menerusi projek The Greater Kuala Lumpur and Klang Valley.

Menteri Besar berpendapat, pembangunan semula Lembah Klang menerusi projek The Greater Kuala Lumpur and Klang Valley itu mampu merangsang pertumbuhan ekonomi dan penyediaan kemudahan infrastruktur yang lebih maju kepada penduduk di Lembah Klang.

Bagaimanapun, kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan The Greater Kuala Lumpur and Klang Valley tidak bermaksud beliau menyokong pembinaan menara 100 tingkat yang bakal dikenali sebagai Warisan Merdeka yang terkandung dalam projek tersebut,

Menteri Besar berkata, pembinaan menara 100 tingkat perlu dibahaskan dan diteliti untuk mendapat pandangan pelbagai pihak dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) perlu menjelaskan sumber pembiayaan projek ini dan juga bagaimana ia boleh memberi kebaikan ekonomi, sosial dan infrastruktur kepada rakyat.

“ Kita perlu bincang jika bangunan ini benar-benar akan memberi kebaikan kepada rakyat. Jika bangunan ini dibina hanya kerana ianya mahu dibina, saya rasa kita tidak perlu. PNB perlu nyatakan secara terperinci bagaimana mereka boleh menjayakan pembangunan bangunan 100 tingkat ini,” kata Tan Sri Abdul Khalid.

“Oleh itu berita yang mengatakan saya menyokong pembinaan bangunan 100 tingkat tersebut adalah tidak tepat” katanya ketika diminta menjelaskan berita yang melaporkan Menteri Besar menyokong pembinaan Warisan Merdeka ketika berucap di Dewan Negeri Selangor pagi ini.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Sumber : Facebook Khalid Ibrahim

Tan Sri Muhyidin Yasin menggesa semua pimpinan parti komponen BN diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa Bn merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat. PAS berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali, dekat dengan rakyat apabila hampir dengan pilihanraya, apabila lepas pilihanraya muka tidak nampak. Sepatutnya mereka menjadi pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia. Perlu diingat bahawa menjadi pemimpin bukan satu kemulian tetapi satu tanggungjawab.

PAS berpandangan pemimpin BN hanya memperkudakan rakyat untuk dapat undi sahaja. Selepas pilihanraya penderitaan rakyat tiada siapa yang peduli. Tekanan hidup rakyat semakin teruk , kerana kuasa membeli semakin berkurangan. Belanjawan 2011 sebagai bukti, menunjukkan bahawa pemimpin masih berbelanja seolah-olah macam berada di dalam lubuk emas. Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion, ketika masih ramai rakyat yang tidak ada rumah, walaupun dibantah ia tidak dipedulikan. Mereka buat tuli sahaja, kerana mereka memiliki media untuk mempropagandakan kepada rakyat. Peruntukan Sekolah Agama Rakyat hanya RM 95 juta berbanding dengan Permata milik isteri tersayang RM111 juta. Begitu juga peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Maka tidak peliklah komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat. Tambahnya lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

Persoalannya adakah pemimpin negara ini mengambil berat hal ini? Apakah mereka hanya hendak berlakon menjadi pemimpin yang cakna rakyat apabila dekat musim pilihanraya. PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


YB Ust Nasharudin Mat Isa menerima sumbangan tabung Kompaks sambil diperhatikan
oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Foto penuh oleh Sdr Azwa di sini.

7 Novermber 2010 : Jawatankuasa Komplek PAS Kuala Selangor hari ini telah berjaya mengutip sejumlah RM6610.45 dalam satu siri ceramah perdana isu semasa sempena rayuan sumbangan terhadap tabung Kompleks tersebut.

Ceramah perdana yang dijayakan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa telah berjaya menarik kehadiran penduduk setempat yang ingin mendengar penjelasan isu semasa terkini sekaligus menarik minat penyumbang yang terdiri dari badan korporat, cawangan-cawangan tempatan dan juga individu perseorangan yang hadir untuk menyumbang.

Dalam ceramah tersebut, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim banyak menjelaskan isu semasa yang berlaku di dalam kerajaan negeri. Dengan prinsip mudah 'harta-harta negeri mesti kembali kepada rakyat', kerajaan negeri Selangor menerima pujian daripada Ketua Audit Negara di atas kecermelangan pengurusan kewangan kerajaan negeri.

YB Ust Nasharuddin Mat Isa juga ada menyebut jika PAS berjaya merampas Putrajaya sekalipun, PAS program derma tetap akan diteruskan kerana ianya memupuk pengorbanan dikalangan ahli PAS itu sendiri.

Pihak Jawatankuasa Kompaks mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.


Shah Alam, 30 Okt. -Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor melancarkan program Fasa ke 2 Pendemokrasian Rakyat Selangor bagi memperkukuhkan lagi keanggotaan (PR) selain meningkatkan pendaftaran pemilih baru.

Pelancaran program diadakan di Bangunan Jubli Perak, Shah Alam dan diaktifkan di seluruh negara yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut Sekratariat Program Pendemokrasian rakyat (Analisa Gerakkerja Operasi Pendemokrasian Rakyat & Takllimat Operasi Fasa Kedua), Ust. Abd Halim Abd Rahman Ahli Parlimen Pangkalan Chepa, Y.B tuan Tan Kok Wai Ahli Parlimen Segambut, Y.B Tuan Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang.

Misi diadakan program ini adalah untuk meletakkan satu fokus dan suasana kerja kefahaman diperingkat akar umbi seluruh negeri.

Baca lanjut di http://selangor.pas.org.my


Dengan wujudnya Facebook ini, semoga kami dapat berinteraksi dengan lebih mesra antara pengunjung website ini, khususnya warga Kuala Selangor.

Facebook ini juga diharapkan dapat menjadi medan terbaik kepada ahli, penyokong PAS dan Pakatan Rakyat untuk menyampaikan luahan dan komentar demi sama-sama membangunkan dan memajukan PAS di Kuala Selangor.

Anda juga boleh emel kami di [email protected] jika ada maklumat yang ingin dikongsi bersama.

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kekalahan di Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi Pilihanraya ke 13. PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manik Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.

Insya Allah PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.
Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat. PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.

Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bermula dengan kebakaran gereja di Kuala Lumpur, kemudian surau di Seremban yang disimbah cat. Kemudian kenyataan “rasis” Hajjah Siti Inshah Mansor Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulai Johor. Ini diikuti dengan video klip Namewee yang mengkritik tindakan Siti Inshah dengan senikata dan aksi lucah dan biadap.

Ini diikuti lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah BTN yang menghina kaum tertentu ditambah dengan pendedahan video klip seorang paderi di Sarawak yang menghina Islam dan umat Islam. Apa nak jadi dengan hubungan antara kaum dalan Negara kita yang berbilang kaum dan agama ini?

Beratus tahun kaum-kaum terbesar di tanah air kita, Melayu, Cina dan India dapat hidup dengan aman, rukun dan damai, hormat-menghormati serta saling faham-memahami antara satu sama lain. Tanah Melayu beratus tahun lalu berubah menjadi Malaya dan kini Malaysia lantaran hubungan harmonis ini.

Hari ini ada antara kita yang tidak menghargai apa yang telah dibina dan sedia terjalin sejak zaman berzaman. Ada di antara kita sudah berani mencabar kehalusan hubungan intim ini.

Apabila ini berlaku, tercetuslah ketegangan, masing-masing akan bangkit mempertahankan kelompok masing-masing. Punah hancurlah persefahaman yang kita warisi.

Bahaya.........

Tanah air ini milik semua. Tiada lagi Negara Cina untuk orang Cina Malaysia kembali atau Tanah India untuk orang India Malaysia, inilah bumi kita, inilah tanahair kita untuk orang Melayu, Cina dan India warga Malaysia.

Kerana itu kita wajar memelihara dan cemburu dengan apa yang telah dibina oleh datuk nenek kita ini. Tak perlulah orang Cina bangkit apabila mereka dihina atau dinista, atau umat Islam sahaja bangkit apabila agam mereka dipersenda. Semua kita perlu bangkit dan pertahankan bersama.

Tidak perlulah juga “juara” yang mahu mempertahankan mana-mana pihak yang tidak sayang pada bina keharmonian ini. Kalau Siti Inshah bersalah kita hukum dia begitu juga Namawee. Kalau yang bakar gerja dihumban ke penjara begitu juga patutnya yang menyimbah cat ke surau.

Jangan politikkan orang yang rosakkan kesejahteraan antara kaum dalam Negara tercinta kita ini. Tak kiralah dia Siti Inshah atau Namawee atau orang BTN atau Paderi Benjamin, semua mereka ini tiada tempat dalam masyarakat kita. Mereka samada diajar untuk menghargai kehadiran kita semua atau dirihatkan biar tidak menggugat masyarakat.

Malaysia ini milik kita semua, itulah hakikatnya. Bersatu teguh bercerai roboh.

- Roslan Shahir

Nota Admin : Sdr Roslan Shahir Datuk Md Shahrir adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Dipetik dari Buletin PAS Selangor (Bil 01).




Buletin PAS Negeri Selangor : Isu 001

Terbitan : Lajnah Penerangan PAS Negeri Selangor



Turut bersama menjayakan ialah Dr Badrulamin Bahron
dan Sdr Mohd Fakaruddin Ismail, Ahli Majlis Kuala Selangor.

Kerajaan Selangor kini menggunakan pendekatan baru yang menggabungkan tayangan video penerangan dasar kerajaan negeri dengan kaunter Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menyampaikan maklumat mengenai produk MES kepada orang ramai.

Penayangan video di atas layar putih mengenai dasar kerajaan negeri, membuka kaunter pendaftaran serta penerangan program Merakyatkan Ekonomi Selangor, khususnya Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas dan Hadiah Anak Masuk IPT.

Program Layar Rakyat telah diadakan di Pasar Malam Saujana Utama pada Rabu lepas bertarikh 27/10/10.

sumber : www.saujanautama.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular