KLIK UTK BESARKAN

PERUTUSAN RAMADHAN AL-MUBARAK YDP PAS KUALA SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia dan diberi peluang untuk bertemu sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini..Rata-rata masyarakat Islam di seluruh Negara pasti menunggu-nunggu kedatangan bulan yang mulia ini namun tak kurang juga ada yang gelisah akan kedatangannya.

Tahniah bagi yang menunggu-nunggu kedatangan bulan Ramadhan ini dan yang gelisah, bersihkan diri anda sebelum menjengah madrasah Ramadhan ini kerana kita belum pasti diberi peluang oleh Allah untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan.

Ramadhan terkandung pelbagai hikmah dan matlamatnya seperti firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ".

Ayat tersebut mengungkapkan matlamat Ramadhan dan juga matlamat penghidupan yang sebenar adalah untuk melahirkan Insan yang bertakwa.. Namun adakah kita benar-benar mencapai matlamat Ramadhan yang telah ditetapkan oleh Allah melalui firmannya tersebut? Tepuk dada tanya iman. Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi apa yang diperolehi mereka hanyalah lapar dan dahaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulallah melalui sabdanya itu.

Puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi madrasah ini mengajar kita erti yang lebih besar untuk menjadi insan bertakwa di sisi Allah. Mata, telinga, tangan, kaki, lisan malah seluruh anggota perlu berpuasa dari melakukan kemungkaran di sisi Allah. Jauhilah mata dari melihat kemungkaran, jauhkan telinga dari mendengar kemungkaran, jauhkan tangan melakukan kemungkaran, jauhkan kaki melangkah ke tempat maksiat, jauhilah diri dari nafsu yang cintakan duniawi.

Gunakanlah peluang dan ruang yang diberi oleh Allah ini untuk kita mencari bekalan akhirat dengan memenuhi rumah-rumah Allah (masjid), perbanyakkan mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran, bersihkan hati kita dari sifat hasad dengki, fitnah dan umpat mengumpat, hulurkan sedekah dan zakat kepada mereka yang memerlukan. Suburkanlah kawasan perumahan kita perasaan mahabbah dengan bertukar-tukar juadah, bantu-menbantu, tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan darjat keturunan.

Seterusnya, amalan ini bukan hanya sekadar dilaksanakan di bulan Ramadhan sahaja tetapi ianya wajib diteruskan pada bila-bila masa. Jadikan Ramdhan sebagai tapak untuk kita berhijrah ke suatu tahap yang lebih baik. Berhijrahlah dari sudut minda, berhijrahlah dari sudut amal ibadah, berhijrahlah ke arah yang lebih baik dalam segenap sudut kehidupan bermula dari madrasah Ramadhan ini.

Sekiranya madrasah Ramadhan ini dihayati dan diamalkan, nescaya kita pasti akan dapat mengapai matlamat akhir tarbiyyah Ramadhan ini, menjadi Insan yang bertakwa di sisi Allah. Saya doakan kita semua tergolong di kalangan orang yang bertakwa di sisi Allah SWT.

Sekian, Selamat Menyambut

Bulan Ramadhan, Selamat Beribadah Di Bulan Yang Mulia Ini..

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muhd Rashid Kassim
Yang diPertua
PAS Kawasan Kuala Selangor
http://www.facebook.com/cgu.rashid



PAS Kuala Selangor membantah sekerasnya Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada malam ini.

Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah.

Kami juga kecewa dan kesal kerana usaha Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk menemui Menteri Besar Selangor untuk menyampaikan memorandum bantahan gagal.

PAS tidak menghalang atau menentang hiburan, tapi biarlah hiburan itu bukan hiburan melalmpau yang boleh merosakkan anak muda dikala masyarakat dilanda masalah sosial yang kronik.



Sekitar Hari Bakat PASTI peringkat Kuala Selangor yang diadakan pada 17 Julai 2011 di Komplek PKNS Kuala Selangor. Lagi gambar di sini.







Saksikan video kebenaran yang tidak disiarkan dimana-mana tv Malaysia.

Kuala Lumpur -9 July 11. Perhimpunan Bersih 2.0 yang berjaya menghimpun ratusan ribu rakyat di ibu kota dari seluruh Negara dari berbagai bangsa untuk menuntut pilihanraya yang lebih adil dan bersih.

Kejayaan menghimpun ratusan ribu rakyat ini menunjukkan satu indikator bahawa rakyat tidak lagi takut dengan segala momokkan pihak media yang dikuasai BN tentang demonstrasi haram ini akan menyebabkan keadaan huru hara dan juga rusuhan kaum.

Gelombang kebangkitan rakyat tidak dapat lagi dibendung walaupun segala usaha telah dibuat oleh kerajaan BN dengan mengarahkan pihak PDRM membuat berpuluh sekatan di jalan-jalan yang menuju ke ibu kota.

Ahli-ahli PAS Kawasan Kuala Selangor yang turut serta dalam perhimpunan tersebut telah berada sekitar ibu kota sekitar dari awal pagi menunggu arahan seterusnya dari pihak pimpinan atasan.

‘ Kami menaiki LRT menuju ke stesen Pasar Seni dari Kelana Jaya dan sampai ke KL seawal 8 pagi dan berkumpul di Pasar Seni untuk mengelakkan sekatan jalan oleh pihak Polis’ kata sdr Rosli dari Puncak Alam’
Arahan yang diterima ialah supaya berkumpul di KL sentral dan solat Zohor di Masjid Negara sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

Walaupun ramai pemimpin termasuk Tuan Guru Presiden telah ditahan di KL Sentral, orang ramai meneruskan perjalanan ke Masjid Negara untuk berarak ke Stadium Merdeka seperti yang diarahkan.

Hujan lebat yang turun pada waktu zohor bagaikan satu rahmat dan tidak mematahkan semangat ratusan ribu peserta demonstrasi Bersih yang telah memenuhi setiap inci jalan2 utama di KL seperti Jalan Pudu, Jalan Petaling, Jalan Hang Tuah, Jalan TAR dan bebberapa lagi jalan yang menuju ke Stadium Merdeka.

3.30ptg – Polis menggunakan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan, tetapi gelombang kebangkitan Rakyat ini tidak boleh lagi dibendung dengan ugutan dan kekangan oleh Kerajaan UMNO/BN dan rakyat terus bersemangat untuk berhimpun menuntut hak mereka.

Salah seorang ahli PAS dari Bukit Hijau di tahan oleh pihak polis berhampiran masjid India. Beliau telah dibawa kePusat tahan Jalan Semarak . Pihak PAS kawasan telah menghubungi pihak peguam Dewan Pemuda PAS Pusat yang bertugas di situ. Setelah ditahan selama 4 jam, Sdr Salleh telah dibebaskan pukul 6.45 petang itu juga.

YDP PAS Kawasan, Tn Hj Muhd Rashid Kassim melalui facebook beliau , mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-Ahli PAS Kawasan Kuala Selangor termasuk dari semua cawangan-cawangan yang hadir pada perhimpunan Bersih 2.0 kali ini dan semuga momentum kebangkitan rakyat ini dapat dikekalkan sehingga PRU 13.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular