KLIK UTK BESARKAN






Saksikan video kebenaran yang tidak disiarkan dimana-mana tv Malaysia.

Kuala Lumpur -9 July 11. Perhimpunan Bersih 2.0 yang berjaya menghimpun ratusan ribu rakyat di ibu kota dari seluruh Negara dari berbagai bangsa untuk menuntut pilihanraya yang lebih adil dan bersih.

Kejayaan menghimpun ratusan ribu rakyat ini menunjukkan satu indikator bahawa rakyat tidak lagi takut dengan segala momokkan pihak media yang dikuasai BN tentang demonstrasi haram ini akan menyebabkan keadaan huru hara dan juga rusuhan kaum.

Gelombang kebangkitan rakyat tidak dapat lagi dibendung walaupun segala usaha telah dibuat oleh kerajaan BN dengan mengarahkan pihak PDRM membuat berpuluh sekatan di jalan-jalan yang menuju ke ibu kota.

Ahli-ahli PAS Kawasan Kuala Selangor yang turut serta dalam perhimpunan tersebut telah berada sekitar ibu kota sekitar dari awal pagi menunggu arahan seterusnya dari pihak pimpinan atasan.

‘ Kami menaiki LRT menuju ke stesen Pasar Seni dari Kelana Jaya dan sampai ke KL seawal 8 pagi dan berkumpul di Pasar Seni untuk mengelakkan sekatan jalan oleh pihak Polis’ kata sdr Rosli dari Puncak Alam’
Arahan yang diterima ialah supaya berkumpul di KL sentral dan solat Zohor di Masjid Negara sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

Walaupun ramai pemimpin termasuk Tuan Guru Presiden telah ditahan di KL Sentral, orang ramai meneruskan perjalanan ke Masjid Negara untuk berarak ke Stadium Merdeka seperti yang diarahkan.

Hujan lebat yang turun pada waktu zohor bagaikan satu rahmat dan tidak mematahkan semangat ratusan ribu peserta demonstrasi Bersih yang telah memenuhi setiap inci jalan2 utama di KL seperti Jalan Pudu, Jalan Petaling, Jalan Hang Tuah, Jalan TAR dan bebberapa lagi jalan yang menuju ke Stadium Merdeka.

3.30ptg – Polis menggunakan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan, tetapi gelombang kebangkitan Rakyat ini tidak boleh lagi dibendung dengan ugutan dan kekangan oleh Kerajaan UMNO/BN dan rakyat terus bersemangat untuk berhimpun menuntut hak mereka.

Salah seorang ahli PAS dari Bukit Hijau di tahan oleh pihak polis berhampiran masjid India. Beliau telah dibawa kePusat tahan Jalan Semarak . Pihak PAS kawasan telah menghubungi pihak peguam Dewan Pemuda PAS Pusat yang bertugas di situ. Setelah ditahan selama 4 jam, Sdr Salleh telah dibebaskan pukul 6.45 petang itu juga.

YDP PAS Kawasan, Tn Hj Muhd Rashid Kassim melalui facebook beliau , mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-Ahli PAS Kawasan Kuala Selangor termasuk dari semua cawangan-cawangan yang hadir pada perhimpunan Bersih 2.0 kali ini dan semuga momentum kebangkitan rakyat ini dapat dikekalkan sehingga PRU 13.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular