Dewan Muslimat PAS Kuala Selangor (DMPKS) terus menyatuni rakyat Kuala Selangor
Pelbagai aktiviti diadakan bagi menyahut cabaran Allahyarham Dato Fadhil Noor satu ketika dahulu iaitu memasyarakatkan PAS di setiap sudut muka bumi Malaysia ini.
Antara program yang diadakan adalah ‘Puk Amai-Amai’ iaitu Marhaban serta Cukur Jambul yang diadakan di Surau Abdul Wahid, Kg Bukit kuching Hilir. Program tersebut diserikan dengan penerangan Program TAWAS Negeri Selangor. Naib Ketua DMPN Selangor, Ustazah Mariyam Abd Rashid juga turut bersama dalm menyerikan majlis tersebut.
Amal Nisa menjalankan Program “Make Over’ iaitu membantu membersihkan beberapa buah rumah di sekitar Bukit Kuching Tengah. Sebanyak 5 buah rumah telah dikemaskan dan diperindahkan dengan kerja-kerja membersihkan tingkap, mop lantai, memotong rumput dan bermacam lagi.
Sebagai tanda ingatan, sepohon anak pokok rambutan telah ditanam di kawasan rumah yang telah dijalankan aktiviti ‘Make Over’.
Dalam menyampaikan maklumat terkini, Program ‘Yok Telek Kerayong’ yang diadakan di sekitar Bukit Kerayong. DMPKS bersama jenteranya bergerak dari rumah ke rumah dengan mengedarkan akhbar SelangorKini, Harakah, KualaSelangorKini, Kalender 2012 dan beberapa bantuan asas kepada mereka yang memerlukan. YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja turut bersama dalam program tersebut.Program ‘Sayonara’ iaitu program Pengurusan Jenazah diadakan di Surau Taman Pekerti juga menarik penduduk wanita sekitar kerana program ini adalah program julung-julung kali diadakan di situ. Hasil daripada program ‘Sayonara’ ini, beberapa muslimat telah dikenalpasti untuk menjadi tenaga pengurusan jenazah wanita jika tenaga mereka diperlukan kelak. Program susulan akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Muslimat DMPKS, Ustazah Kalsom menyatakan kejayaan muslimat dalam mengendalikan program-program yang di adakan menyuntik motivasi yang tinggi untuk DMPKS bekerja lebih kuat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Beliau juga berharap agar kesemua muslimat dan wanita Kawasan Kuala Selangor terus menyokong aktiviti yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menjurus ke arah Negara Berkebajikan
JERAM. Kuala Selangor. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Jeram amat perihatin tentang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat DUN Jeram. Oleh yang demikian PKM bersama Jabatan Unit Amal telah turun padang bagi membantu meringankan kepayahan para penduduk setempat.
Baru-baru ini, program gotong royong bersama dalam membantu membina sebuah tandas dan dua buah perhentian bas mini telah diadakan. Tandas dan bilik mandi telah dibina di salah sebuah penduduk miskin Kampung Bukit Cerakah manakala Perhentian Bas mini telah dibuat di Kampung Bukit Hijau dan Kampung Bukit Kerayong.
Pengarah PKM Jeram merangkap YDP PAS Kawasan, Tuan Hj Rashid Kassim berkata kombinasi antara khidmat yang diberikan oleh PKM serta Jabatan Amal, DPPKS amat digalakkan dan bukannya hanya dapat memberi sumbangan sosial kepada masyarakat bahkan merapatkan hubungan antara anak-anak muda bersama pemimpin setempat.
.
BANDAR BARU, Bukit Melawati. Ibunda kepada AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Selangor, Puan Rudziah Bt Abdul Ghani telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Januari 2012, jam 12 malam kerana sakit tua.
Pihak Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor yang diketuai oleh Ketua Pemudanya, Sdr Mohd Azham Abd Rahim serta AJK Pemuda dan juga beberapa Ahli Pemuda Cawangan dan Kawasan telah meluangkan sedikit masa untuk menziarahi rumah Puan Rudziah.
Takziah dari Dewan Pemuda Kuala Selangor. Semoga Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.
Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Kita hanya menunggu giliran masing-masing. Khusnul Khatimah adalah matlamat kita. AL-FATIHAH, Amin.
Kedudukan bilik gerakan ini yang strategik,iaitu dijalan utama laluan 5, Klang - TelukIntan, bersebelah Kedai Makan Ramli di Pekan Assam Jawa. Diharapkan ianya dapat berfungsi semaksima mungkin untukkejayaanPakatan Rakyat di Kg. Assam Jawa khususnya dan di Parlimen Kuala Selangor dan DUN Bukit Malawati Amnya. Kemuncak kepada kejayaan ini ialahIslam dapat didaulatkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.
Akhirnya, pihak PAS Caw Sri Cahaya mengucapkan jutaan terimakasih kepadaKetua Kg Assam Jawa yang memberi laluan kepada PAS cawangan mengerakkan jenterapilihanraya di kedaibeliau. Begitu juga PAS cawangan mengucap jutaanterimakasih kepada semua tetamu dan penyokong yang hadir. Kepada para petugas didoakan segala usaha tuan/puan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Segala kelemahan, pihak penganjur mengucapkan jutaan kemaafan.

Sebahagian peserta bergambar bersama TYPD PAS Kawasan Sdr Ir Ghani dan Ketua Pemuda PAS Kawasan, Sdr Azham. Turut kelihatan ialah Ketua Muslimat PAS Kuala Selangor, Puan Kalsom.
Album penuh di sini.

YDP PAS Kuala Selangor sempat singgah di Gerai Jabatan Amal Malaysia cawangan Kuala Selangor sempena Karnival Jom Ke Surau anjuran Surau At-Taufiqiyyah, Shah Alam 2.
Album penuh di sini.
Catatan Popular
-
Ikuti wawancara bersama Prof Madya Hamid Yeop Zainuddin. Tajuk "Pakar matematik syor turunkan harga minyak" rasanya lebih sesuai berbanding...
-
Para peserta berikrar sebelum konvensen berakhir. Lagi gambar di sini. 21 November 2010 : Ahli PAS Kuala Selangor berikrar dan berjanji ...
-
Download versi penuh dalam format .pdf di sini.
-
FORUM PERDANA pd 22 Okt 2010, Jam 8.00 malam di Masjid Baru Bukit Badong. Ahli Panel YB Dr. Hassan Ali, Ust Zahazan Mohamaed & Dr O...
-
PAS KAWASAN KUALA SELANGOR Lot 1374 Jalan Kuala Selangor, Batu 8 Ijok, 45620 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel/Fax : 03-32793127 ...
-
Panelis : Datuk Dr Hassan Ali, Ust Hasrin Baharin dan Dr Azhar Yaakob. Album penuh di sini .
-
MB Tan Sri Khalid turun dari pentas untuk menyampaikan ceramah. Lihat album penuh di sini. Penduduk Bukit Badong pelbagai kaum membanjir...
-
Pantai Remis 21/2/2010. Syabas di ucapkan kepada semua Pemuda PAS Kuala Selangor yang telah bersama membantu seorang penduduk India yang...
-
Latihan kawad selepas kuliah subuh. Lihat juga video Doa Wehdah di sini dan 'Video khas' di sini. Video salam perpisahan di sini. B...
-
Rakyat Selangor menjadi mangsa kebobrokan Kerajaan BN sebelum ini yang menyerahkan pengurusan air kepada syarikat konsesi yang mangaut k...















