KLIK UTK BESARKAN


PAS Kuala Selangor mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk Kaum Cina khususnya di Kuala Selangor.



YDP PAS Kuala Selangor turut berkempen dari rumah ke rumah pengundi.
Album penuh di sini.

Terima kasih kepada semua petugas yang membantu dalam Pilihanraya Kecil N05 DUN Tenang baru-baru ini. Dianggarkan lebih 30 orang petugas dari Kuala Selangor yang melaporkan diri di Rumah Kontinjen PAS Selangor di UPU Bandar Labir Timor. Jumlah tersebut termasuk termasuk YDP, TYDP, AJK PKKS serta DPPKS yang turut serta bertugas termasuk berkempen dari rumah ke rumah walaupun dalam keadaan hujan.

Secara keseluruhannya kami berpuas-hati dengan jentera dari PKKS kerana majoritinya hadir untuk membantu dan bertugas, bukan sekadar menjadi 'pelancong pilihanraya' semata-mata. Ini termasuk tugas khas yang dilaksanakan dengan baik oleh petugas dari DPPKS yang diamanahkan oleh JPP Pusat.

Terima kasih dan tahniah buat semua. Semoga menjadi perangsang buat kita untuk merampas DUN Jeram selepas ini.



Calon PAS, Cikgu Mala dan suami perihatin menziarahi mangsa banjir termasuk rumah penyokong dari pihak lawan. Lagi gambar oleh Bro Dhamam di sini.



Dari jauh kelihatan tuan rumah ingin bersalam dengan tuan guru.
Lihat lagi gambar di sini.

Tenang : Dato' Seri Tuan Hj Abdul Hadi Awang sendiri turun padang menziarahi warga pengundi di DUN Tenang. Tanpa mengira latar belakang parti politik, Tuan Guru juga sempat menziarahi pengundi-pengundi UMNO.

Selain menziarahi penduduk, Tuan Guru Presiden juga hadir di gotong royong membaiki rumah seorang penduduk. Turut menemani ialah isteri beliau Datin Seri Zainab Awang Ngah.



Lagi gambar di sini.



Siap sedia untuk bertempur.
Lihat album penuh di sini.

DUN Tenang jangan disangka tenang kerana merupakan terletak di negeri Johor, negeri terkuat UMNO. BN pernah menang di Tenang pada tahun 2004 dengan majoriti lebih 5000 undi.

Ini terbukti kerana setiap kali petugas melakukan kerja-kerja rutin harian seperti memasang bendera dan mengedar risalah, ada halangan dan provokasi dari pihak lawan. Terbaru petugas kami dihalau oleh seorang makcik penyokong tegar UMNO kerana ingin memasang bendera di lorong rumah beliau. Beberapa tempat lain terutamanya di kawasan felda, kami menerima laporan bendera PAS dicabut dan dibakar.

Namun, pihak kami menerima sambutan baik oleh pengundi bukan Melayu. Mereka menyambut kami dengan mesra bila petugas kami melakukan kerja rayuan undi dari rumah ke rumah. Semoga PAS mampu menang di Tenang.



Ikuti wawancara bersama Prof Madya Hamid Yeop Zainuddin. Tajuk "Pakar matematik syor turunkan harga minyak" rasanya lebih sesuai berbanding di atas.

Klik gambar untuk besarkan.




Barisan komando sedia berjuang.
Lihat album penuh di sini.

20 Jan 2011 (Kuala Selangor) : Unit Amal Kuala Selangor yang diketuai oleh Sdr. Hakim, telah berjaya menganjurkan pertandingan Paintball di Pusat Paintball Kuala Selangor, bersebelahan Stadium Kuala Selangor. Pertandingan ini anjuran bersama PeBT Kuala Selangor, ianya bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang.

Kehadiran YDP PAS Kawasan Kuala Selangor Tn. Hj. Mohd Rashid b. Kassim merasmikan pertandingan kali ini telah menaikkan semangat para peserta untuk berjuang mendapatkan hadiah yang ditawarkan, selain itu semangat ukhwah, kerjasama dan ketahanan fizikal yang tinggi penting dalam mengharungi cabaran sukan extreme ini. Sukan diharap dapat melahir pemuda-pemuda Islam yang aktif dan berkarisma.

Kegembiraan para peserta turut dikongsi bersama orang lama dalam PAS kaw, antaranya yang turut hadir ialah Tn. Hj. Yusuf Bagan, Tn. Hj. Misnan dan Abg Arifin Yusuf. Disamping itu tuntutan syariat tidak ditinggalkan apabila para peserta sama-sama solat Zohor berjamaah di atas padang di tapak Paintball tersebut.

Pasukan JIHAD dari Kg. Assam Jawa (Sri Cahaya) Kuala Selangor, yang dianggotai Arbaei, Duan, Ust Ismail, Akram, Suhail dan Us. Helmi telah berjaya menjadi juara. Tempat kedua disandang oleh pasukan BRAVO B dari Bestari Jaya dan Tempat ke-3 dirangkul oleh pasukan AL-JABAR dari Bdr. Malawati. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Us. Hisamudin, Naib Ketua Pemuda PAS kawasan Kuala Selangor.

Harapan penganjur, program ini dapat menarik minat pemuda-pemuda untuk meningkatkan kualiti diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, lebih-lebih lagi dalam mengharungi cabaran dunia yang begitu hebat. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan Paintball kali ini, TAHNIAH bagi yang berjaya.

Dilaporkan oleh
Setiausaha Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor.


Gambar ehsan : Wan Ros Wab
Lagi gambar di sini.

Pasukan Bola Dun Melawati yang mewakili Parlimen Kuala Selangor telah di nobatkan sebagai Juara Sulung bagi Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Antara Dun Selangor 2011 Bagi Merebut Piala Kp Dppns. Pasukan ini telah mengalahkan Dun Lembah Jaya dengan jaringan 3-0 di perlawanan akhir serta membawa pulang wang tunai RM1500 + medal + Piala Iringan Ketua Pemuda DPPNS. Pasukan menang kesemua perlawanan termasuklah DUN Gombak, DUN Setia Seri Setia dan DUN Balakong.

Sebuah lagi pasukan dari Parlimen Kuala Selangor iaitu dari DUN Jeram tidak kurang hebatnya melangkah ke pusingan kedua setelah menundukkan DUN Kinrara dan DUN Sg Pinang serta Seri dengan DUN Batang Kali dan DUN Morib. Pasukan ini akhirnya kalah di pusingan kalah mati dengan DUN Bangi

Sasaran pasukan yang akan menyertai kejohanan ini adalah 56 team mewakili 56 dun dalam selangor tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan hanya 40 dun sahaja yang menghantar penyertaan pada kejohanan kali ni.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Ust Hasbullah Ridwan sendiri selaku Ketua Pemuda Pas Negeri Selangor dan acara penutupnya disempurnakan oleh Saudara Zaidi ( Timbalan Ketua Pemuda DPPNS ).

Laporan oleh AF Romeo. DPPKS.

SHAH ALAM, 19 Jan: Selangor berjaya mengutip sebanyak RM336.8 juta zakat pada tahun lepas, berbanding RM283.7 juta pada 2009.

“Jumlah ini meningkat sebanyak 19 peratus dengan perbezaan sebanyak RM53.1 juta,” ujar Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada sidang media Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2010 di sebuah hotel, di sini hari ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM319.5 juta dikutip daripada zakat harta manakala RM17.3 juta daripada zakat fitrah.

Pada tahun lepas, ujarnya, kutipan zakat di negeri ini meningkat sebanyak 20 peratus daripada kutipan pada 2009.

Beliau menambah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengutip zakat harta sebanyak RM267.1 juta pada 2009 berbanding RM319.5 juta tahun lepas.

Menurutnya, jumlah pembayar zakat bagi tahun lepas seramai 167,990 orang iaitu meningkat lapan peratus berbanding 155,300 orang pada tahun sebelumnya.

Mengenai zakat fitrah pula, tambahnya, Masi melalui LZS berjaya mengutip sebanyak RM17.3 juta pada tahun 1431 Hijrah berbanding RM16.6 juta pada tahun sebelumnya.

“Bilangan umat Islam yang membayar zakat fitrah pada tahun lepas ialah seramai 2.5 juta orang,” jelasnya.

Tambahnya, LZS meletakkan sasaran kutipan pada tahun ini sebantak RM350 juta dengan mengambil faktor keadaan ekonomi yang stabil dan kesedaran membayar zakat yang semakin meningkat.

Sumber : Harakahdaily




Keratan akhbar Selangorkini (Edisi Ke 2 Disember)

Lidah rasmi Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor perihatin dengan masalah terhadap lebih 10 ribu pembeli rumah yang terbengkalai sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato'Seri Khalid Ibrahim sendiri telah mengambil inisiatif untuk membela nasib pembeli dalam proses pengambil-alihan semula tapak projek yang terbengkalai dan membangunkan semula. Antara tapak projek yang diambil alih ialah Bukit Botak dan Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor yang didakwa hampir 10 tahun terbengkalai dan tiada pembelaan.

Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat harus dipuji kerana membela nasib rakyat yang bertahun-tahun menanggung kerugian.
Posted by Picasa

SHAH ALAM, 18 Jan – Larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung umat Islam daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

Menurut satu kenyataan hari ini, kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat .

Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan,wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan. Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain.

Kepada mereka yang berminat boleh terus ke Tingkat 5, Bahagian Sektoral, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mereka juga boleh menghubungi pegawai di Bahagian Sektoral di talian 03-5544 7115 atau 03-5544 7965.


Admin : Tahniah kepada Kerajaan Pakatan Selangor yang berjaya membela nasib orang Melayu Islam.


YB Dr Dzul sendiri turun padang menyampaikan sumbangan.
Lihat album penuh di sini.

16 Januari 2010 : Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad hari ni sekali lagi turun padang untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak nelayan yang kurang bernasib baik dari Kampung Assam Jawa, Kampung Api-Api dan Kampung Pasir Tuntung.

Turut hadir pada majlis ini ialah YDP PAS Kuala Selangor, Tuan Haji Mohd Rahid Kassim diiringi AJK PAS Kuala Selangor dan Ahli JKKK Kampung Assam Jawa.


YB Dzul menyampaikan sumbangan diperhatikan oleh Hj Khairi Darmo dan YB Ir Muthiah.
Lihat album penuh di sini.

13 Januari 2011 : Jabatan Pengurusan DUN Jeram dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor baru ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Skim Warga Emas di Dewan Orang Ramai Kg Assam Jawa, Kuala Selangor.

Skim Warga Emas merupakan salah satu program Kerajaan Negeri Selangor untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan slogan 'Hasil Negeri Untuk Rakyat'.

Turut hadir pada majlis ini ialah Hj Khairi Darmo selaku mantan Penyelia JPP, YB Dr Dzulkefly Ahmad dan ADUN Bandar Melawati, YB Ir Muthiah.

Dengan adanya skim ini diharapkan hasil negeri yang banyak dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat terbanyak khususnya di Kuala Selangor.



Selangor Terkini berniat jahat menjejaskan keharmonian rakyat.

14 Jan 2011 (Jeram) : Pihak kami menerima laporan cubaan untuk mengedarkan 'Selangor Terkini' yang diterbitkan secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Jeram, Kuala Selangor telah berjaya dihalang.

Menurut Hj Ibrahim, salah seorang aktivis PAS di Pekan Sg Buloh mengesyaki cubaan edaran akhbar palsu ini telah didalangi oleh JKKP dan beberapa individu bersama kenderaan yang berlegar-legar sekitar Masjid Pekan Sg Buloh sekitar 10 pagi.

Cubaan mereka telah berjaya digagalkan apabila beberapa AJK masjid sekitar telah dimaklumkan untuk berjaga-jaga kerana telah mendapat maklumat awal.

Selangor Terkini telah dicetak secara haram dan menyerupai akhbar rasmi Selangorkini dipercayai mempunyai niat jahat untuk mengelirukan dan menjejaskan keharmonian rakyat Selangor.



YDP PAS Kuala Selangor bersama anak kedua (tengah) Sdr Kamarudin
yang mengidap masalah jantung berlubang. Lagi gambar di sini.

Puncak Alam, 11 Jan 2011 : YDP PAS Kuala Selangor, Tn Hj Rashid Kassim hari ini berkesempatan menziarahi Sdr Kamarudin kerana anak kedua beliau mengidap masalah jantung berlubang.

Semasa lawatan tersebut, anak kedua beliau sudah selesai menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Anak beliau kelihatan sihat tetapi agak kekok dengan kunjungan kami.

Pada lawatan tersebut, YDP sempat mengulurkan sedikit sumbangan peribadi bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh Sdr Kamarudin yang memangku jawatan Ketua Cawangan PAS Astana Alam, Fasa 3, Puncak Alam.




Lihat album penuh di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular