KLIK UTK BESARKAN




KUALA SELANGOR. Sempena Tahun Baru Cina 2012, YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan isterinya Puan Hezlin Hezri, dan rombongannya turut mengunjungi pemimpin-pemimpin tempatan di kalangan kaum Tiong Hua. Baginya ziarah ini begitu penting untuk merapatkan silaturrahim antara pemimpin di pelbagai peringkat seterusnya memberi dan mengekalkan motivasi yang tinggi kepada semua pemimpin bagi bekerja lebih kuat dalam mempertahankan Kerajaan Selangor pada pilihanraya yang akan datang.



Di antara rumah pemimpin tempat yang sempat dikunjungi oleh pihak YB ialah En Kik Meng Tan, Pengerusi DAP Bestari Jaya, En Danny, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mr Tang, Setiausaha Kelab Kebajikan Ijok, Mr Tan Huat Pegawai di Pejabat Ahli Parlimen, Mr Khoo, Pengerusi Tokong Sg Janggut, Mr Yap Ahli Majlis Zon 4B, Mr Ong Kiat AJK JKKK Kg Baru Ijok dan lain-lain.




BESTARI JAYA, Kuala Selangor. Sempena Tahun Baru Cina tahun baru-baru ini, Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad meluang masa mengunjungi penduduk-penduduk Tionghua di sekitar Bestari Jaya.

YB menyatuni sebanyak lebih kurang 40 buah rumah di sekitar bandar Besatri Jaya. Beliau ditemani oleh En Kik Meng Tan yang merupakan Pengerusi DAP Bestari Jaya, En Danny selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Mohd Noh Huzir iaitu Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyrakatan Pas Kuala Selangor Huzir serta rombongannya.

Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Cina dan berahmahmesra dengan penduduk, YB juga tidak ketinggalan memberi angpow dan kuih muih kepada penduduk sekitarnya.

Menurut En Mohd Maskor Tumiran, Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor, kesemua penduduk yang dikunjungi oleh pihak YB menyatakan kegembiraan kerana dapat bertemu YB Dr Dzul secara berdepan dan ada yang menyatakan beberapa masalah yang boleh disemak kembali untuk penambaikan.




SAUJANA UTAMA. Kuala Selangor. Bagi menyahut cabaran motto kerajaan Negeri 'Hasil Negeri Untuk Rakyat', Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram dengan kerjasama Ahli Majlis Zon 6D, Saujana Utama terus mempromosikan produk-produk Kerajaan Negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Mesra Usia Emas serta Skim Mikro Kredit Selangor dan lain-lain. Bertempat di Pejabat Ahli MDKS Zon 6D, penduduk Saujana Utama dan kawasan sekitar hadir untuk mendapat maklumat terkini berhubung produk-ini. Kebanyakkan dari yang hadir berasakan puas hati terhadap perkhidmatan Kerajaan Negeri setakat ini.

Seorang penduduk veteran yang hadir menyatakan jutaan terima kasih kepada PKM Dun Jeram serta Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang sentiasa memberi perihatian terhadap masalah rakyat terutama pemberian Bekalan Air Percuma bagi 20m3, walaupun pemberian ini sikit tapi ianya adalah pemberian yang banyak kepada mereka yang berpendapatan rendah. Beliau juga turut menambah, jika beginilah prestasi kerajaan Pakatan Rakyat, maka kerajaan Selangor perlu dikekalkan pada penggal yang akan datang

Satu majlis bagi pemberian bantuan kepada mereka yang berpendapatan rendah di sekitar Dun Jeram bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat juga turut diadakan. Ia di sampaikan oleh Tn Haji Rashid Kassim Pengarah PKM Jeram serta Ahli Parlimen Kuala Selangor YB Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Majlis MDKS Zon 6D, Tn Hj Fakarudin Ismail berkata, bermula awal tahun 2012, pejabatnya yang terletak di No 22F-1, SU Mall akan terus dibuka dari setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6 petang, dan hari Sabtu dari 9 pagi sehingga 12 tengahari. Ia bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk terjaga dan diuruskan dengan baik. Beliau juga bercita-cita agar moto PAS iaitu menjadi Malaysia sebuah negara yang berkebajikan akan menjadi realiti satu hari nanti.

Setakat ini Kerajaan Selangor telah membelanjakan sebanyak lebih RM540 juta bagi pelbagai program untuk rakyat negeri Selangor


LENSA KUALA SELANGORKINI : YB Dr Dzulkefly Ahmad dan YB Khalid Samad bersama pelajar-pelajar bagi program potong rambut percuma di Kampung Parit Mahang, Jeram.

JERAM. Dewan Muslimat Kuala Selangor tidak ketinggalan juga dalam memberi khidmat masyarakat yang terbaik kepada setiap lapisan penduduk di DUN Jeram, Parlimen Kuala Selangor

Pelbagai aktiviti diadakan bagi menyahut cabaran Allahyarham Dato Fadhil Noor satu ketika dahulu iaitu memasyarakatkan PAS di setiap sudut muka bumi Malaysia ini.

Antara program yang diadakan adalah ‘Puk Amai-Amai’ iaitu Marhaban serta Cukur Jambul yang diadakan di Surau Abdul Wahid, Kg Bukit kuching Hilir. Program tersebut diserikan dengan penerangan Program TAWAS Negeri Selangor. Naib Ketua DMPN Selangor, Ustazah Mariyam Abd Rashid juga turut bersama dalm menyerikan majlis tersebut.

Amal Nisa menjalankan Program “Make Over’ iaitu membantu membersihkan beberapa buah rumah di sekitar Bukit Kuching Tengah. Sebanyak 5 buah rumah telah dikemaskan dan diperindahkan dengan kerja-kerja membersihkan tingkap, mop lantai, memotong rumput dan bermacam lagi.

Sebagai tanda ingatan, sepohon anak pokok rambutan telah ditanam di kawasan rumah yang telah dijalankan aktiviti ‘Make Over’.

Dalam menyampaikan maklumat terkini, Program ‘Yok Telek Kerayong’ yang diadakan di sekitar Bukit Kerayong. DMPKS bersama jenteranya bergerak dari rumah ke rumah dengan mengedarkan akhbar SelangorKini, Harakah, KualaSelangorKini, Kalender 2012 dan beberapa bantuan asas kepada mereka yang memerlukan. YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja turut bersama dalam program tersebut.

Program ‘Sayonara’ iaitu program Pengurusan Jenazah diadakan di Surau Taman Pekerti juga menarik penduduk wanita sekitar kerana program ini adalah program julung-julung kali diadakan di situ. Hasil daripada program ‘Sayonara’ ini, beberapa muslimat telah dikenalpasti untuk menjadi tenaga pengurusan jenazah wanita jika tenaga mereka diperlukan kelak. Program susulan akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Muslimat DMPKS, Ustazah Kalsom menyatakan kejayaan muslimat dalam mengendalikan program-program yang di adakan menyuntik motivasi yang tinggi untuk DMPKS bekerja lebih kuat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Beliau juga berharap agar kesemua muslimat dan wanita Kawasan Kuala Selangor terus menyokong aktiviti yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menjurus ke arah Negara Berkebajikan




DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA SELANGOR SERTA JABATAN AMAL MALAYSIA, KUALA SELANGOR MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TAHNIAH KEPADA YB DR. AHMAD YUNUS DI ATAS PERLANTIKAN AHLI MAJLIS MESYUARAT (EXCO) KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG BARU BAGI MENGGANTIKAN DATUK DR. HASSAN MOHAMED ALI DAN MENDOAKAN SEMOGA YB AKAN MELAKSANAKAN AMANAH INI DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB. DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA SELANGOR SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENGHULURKAN BANTUAN SEKIRANYA DIPERLUKAN. SEMOGA YB DR. AHMAD YUNUS AKAN MELAKSANAKAN TUGASAN BELIAU DENGAN BAIK DAN CEMERLANG. ALLAHUAKHBAR ! ALLAHUAKHBAR ! ALLAHUAKHBAR !



Semua dijemput hadir




Y.B. Tuan Dr Ahmad Yunus bin Hairi, ADUN Sijangkang juga turut bersama dalam majlis perletakan papan tanda. Lihat album penuh di sini.

JERAM. Kuala Selangor. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Jeram amat perihatin tentang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat DUN Jeram. Oleh yang demikian PKM bersama Jabatan Unit Amal telah turun padang bagi membantu meringankan kepayahan para penduduk setempat.

Baru-baru ini, program gotong royong bersama dalam membantu membina sebuah tandas dan dua buah perhentian bas mini telah diadakan. Tandas dan bilik mandi telah dibina di salah sebuah penduduk miskin Kampung Bukit Cerakah manakala Perhentian Bas mini telah dibuat di Kampung Bukit Hijau dan Kampung Bukit Kerayong.

Pengarah PKM Jeram merangkap YDP PAS Kawasan, Tuan Hj Rashid Kassim berkata kombinasi antara khidmat yang diberikan oleh PKM serta Jabatan Amal, DPPKS amat digalakkan dan bukannya hanya dapat memberi sumbangan sosial kepada masyarakat bahkan merapatkan hubungan antara anak-anak muda bersama pemimpin setempat.

.

AL-FATIHAH

Posted by pkks | 5:50 PG





BANDAR BARU, Bukit Melawati. Ibunda kepada AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Selangor, Puan Rudziah Bt Abdul Ghani telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Januari 2012, jam 12 malam kerana sakit tua.

Pihak Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor yang diketuai oleh Ketua Pemudanya, Sdr Mohd Azham Abd Rahim serta AJK Pemuda dan juga beberapa Ahli Pemuda Cawangan dan Kawasan telah meluangkan sedikit masa untuk menziarahi rumah Puan Rudziah.

Takziah dari Dewan Pemuda Kuala Selangor. Semoga Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.

Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Kita hanya menunggu giliran masing-masing. Khusnul Khatimah adalah matlamat kita. AL-FATIHAH, Amin.





Lihat album penuh di sini.

Assam Jawa, Kuala Selangor. 30 Dis 2011. PAS Sri Cahaya telah melancarkan Bilik Gerakan bagi JPrU (UPU) Kg. Assam Jawa. BilikGerakan tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Dzulkefly Ahmad AJK Kerja PAS Pusat merangkap AhliParlimen P096 Kuala Selangor. Antara jemputan yang hadir pada majlis perasmian pada malam tersebut ialah YDP PAS Kaw.Kuala Selangor Tuan Haji Rashid b. MohdKassim, TYDP Ir. Abd.Ghani merangkap pengarah pilihanraya Kaw. Kuala Selangor, Ketua Kampung Assam Jawa (tuanrumah), Penghulu Mukim Api-api/Ijok, Ketua Kg. Pasir Tuntung, Nazir-nazir masjid, Ahli Majlis dan ahli-ahli serta penyokong-penyokong PAS. Kehadiran para penyokong PAS amat mengalakkan. Majlis ini juga diserikan dengan pertunjukanSilat yang dibimbing oleh En.Zul. Selain itu sedikit jamuan BBQ disediakan oleh pengajur untuk tetamu yang hadir.

Kedudukan bilik gerakan ini yang strategik,iaitu dijalan utama laluan 5, Klang - TelukIntan, bersebelah Kedai Makan Ramli di Pekan Assam Jawa. Diharapkan ianya dapat berfungsi semaksima mungkin untukkejayaanPakatan Rakyat di Kg. Assam Jawa khususnya dan di Parlimen Kuala Selangor dan DUN Bukit Malawati Amnya. Kemuncak kepada kejayaan ini ialahIslam dapat didaulatkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.

Akhirnya, pihak PAS Caw Sri Cahaya mengucapkan jutaan terimakasih kepadaKetua Kg Assam Jawa yang memberi laluan kepada PAS cawangan mengerakkan jenterapilihanraya di kedaibeliau. Begitu juga PAS cawangan mengucap jutaanterimakasih kepada semua tetamu dan penyokong yang hadir. Kepada para petugas didoakan segala usaha tuan/puan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Segala kelemahan, pihak penganjur mengucapkan jutaan kemaafan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular