KLIK UTK BESARKAN

Pesta Ponggal DUN Jeram Meriah

Posted by PAS KUALA SELANGOR | 8:37 PTG


Pada 24 Januari 2010 yang lalu telah berlangsung sambutan Pesta Ponggal bagi DUN Jeram bertempat di Taman Permai, Simpang 3 Jeram. Majlis tersebut telah berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri oleh pelbagai peringkat ahli masyarakat. Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut ialah YB Dr. Xavier (Exco Kerajaan Negeri Selangor), YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor), YB SK Manikavasagam dan pimpinan PAS Kawasan Kuala Selangor... PAS FOR ALL..


SHAH ALAM, 9 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan seluruh kepimpinan parti di seluruh peringkat agar terus memberi penerangan kepada masyarakat khususnya berkaitan isu-isu semasa yang melanda negara.

Berucap sewaktu merasmikan program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi ini beliau memberitahu tugas menyedarkan masyarakat bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang besar malah ianya juga prasyarat mencapai kemenangan.

"Kewajipan kita lebih banyak menerang, bukan menyerang, sebab itu kita namakan lajnah penerangan, bukan penyerangan," ujarnya.

Apatah lagi katanya, perkembangan teknologi sekarang khususnya kemunculan blog yang kadang kala melaporkan maklumat yang tidak benar boleh memberi kesan buruk jika tidak pandai ditangani.

Namun apa yang penting ujarnya, adalah iltizam dan istiqamah pimpinan parti memberi keterangan sebenar kepada masyarakat berdepan maklumat yang salah yang dilapor dalam blog.

"Maklumat yang betul tidak apa, maklumat salah menimbulkan masalah kadang kadang menimbulkan masalah dalaman.

"Sebab itu tugas penerangan sangat besar dalam hal ini," katanya lagi.

Menyentuh isu semasa, beliau turut mengutuk keras serangan membakar gereja yang dianggap bukan dari ajaran Islam.

"Kenapa berlaku bakar gereja, serang gereja? Ajaran mana mereka dapat?

"Ini punca sikap jahil terhadap agama Islam itu sendiri, jahil feqah dan jahil politik," katanya lagi.

Lebih 500 pemimpin PAS khususnya jentera penerangan di segenap peringkat hadir menyertai taklimat anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat hari ini.

Mereka terdiri dari Ahli Majlis Syura Ulama, AJK Pusat, pimpinan dan AJK Dewan Ulama’, Pemuda dan Muslimat Pusat, Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah, Ketua dan Setiausaha Penerangan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, AJK Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.

Program sehari ini antara lain akan membentangkan secara khusus isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam program ini juga semua jentera penerangan akan didedahkan cara berdepan dengan beberapa isu yang dimanipulasi media dan parti pemerintah.

Mereka juga akan dibentangkan isu-isu nasional dan isu-isu di sekitar negeri Pakatan Rakyat sama ada Kelantan, Kedah, Selangor dan termasuk juga isu Perak.

Program hari ini juga dijangka berakhir jam 5.30 petang ini dengan perasmian penutup akan disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Petikan : Blog Presiden PAS.

Penceramah:

YB KHALID SAMAD,
YB DR DZULKEFLY AHMAD
UST GHANI ABDUL RAHMAN

DI DATARAN BALAI RAYA SAUJANA UTAMA KUALA SELANGOR

15 JAN 2010

9 malam.

Semua dijemput hadir.




Gambar: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkata sesuatu kepada dua Penyambut Tetamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya ketika lawatannya petang tadi. Calvin Jacob (dua dari kanan).

Baca berita lanjut di Harakahdaily.Net

Hubungi Kami

Posted by PAS KUALA SELANGOR | 11:44 PTG

PAS KAWASAN KUALA SELANGOR
Lot 1374 Jalan Kuala Selangor,
Batu 8 Ijok,
45620 Bestari Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel/Fax : 03-32793127

Emel : [email protected]


Yang Dipertua
Tuan Haji Mohd Rashid bin Mohd Kassim
No 20, Lorong Teratai 2/1B, Bandar Baru,
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

Setiausaha
Sdr Zubir Sazali
No. 20 Lorong Teratai 2/18, Bandar Baru,
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

Ketua Penerangan
Fakarudin bin Ismail
Saujana Utama, Sungai Buloh
42300 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

PAS menolak sebarang tindakan agresif dan provokatif berhubung isu penggunaan kalimah Allah kerana dikhuatiri boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan dalam masyarakat. Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan kalimah Allah bagi mengelirukan masyarakat atau menjadikannya modal politik murahan untuk meraih sokongan.

Katanya,PAS bersedia menjelaskan isu tersebut kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni,berdasarkan prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara dan agama Islam. Katanya,"PAS ingin menyatakan pendirian bahawa dalam Islam,pada asasnya nama Allah adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Namun begitu, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini."

Presiden PAS juga menegaskan bahawa PAS amat menghormati prinssip kebebasan beragama seperti yang dituntut oleh Islam dan termaktub dalam perkara 11 dalam perlembagaan persekutuan.Menurutnya, dalam konteks Malaysia, realiti setempat perlu diambil kira untuk kepentingan awam bagi memelihara keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Justeru, PAS kawasan Kuala Selangor meminta semua hli PAS di semua peringkat mematuhi keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti yang sudah tentu keputusan yang dibuat atas prinsip Islam yang mengutamakan keseimbangan,kesederhanaan dan kesempurnaan. "Jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang bercakap atas nama individu bukan atas nama jamaah," nasihat YDP PAS Kawasan Kuala Selangor.

Ayuh...!! Bersama Perkasakan PARTI..

Posted by PAS KUALA SELANGOR | 8:16 PTG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
2009 telah melabuhkan tirainya. Tirai 2010 dibuka dengan anak-anak telah kembali bersekolah. Senyum ceria menhiasi wajah mereka, tak kurang ada yang menangis. Tahun 2009 telah berjaya kita tempuhi dengan jayanya walaupun pelbagai cabaran dan ranjau ditempuhi khususnya bagi PAS dan Pakatan Rakyat. Mungkin 2009 boleh dikatakan tahun yang agak mencabar bagi PAS dan juga Pakatan Rakyat terutama di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga bagi PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Selangor. Pelbagai cabaran terpaksa kita hadapi terutama melalui serangan media baru yang ditunjangi oleh UMNO dan Barisan Nasional yang bertujuan untuk meruntuhkan TEMBOK Pakatan Rakyat yang utuh kita bina. Namun semua itu tidak melemahkan semangat pimpinan kita di pelbagai peringkat yang mana akhirnya kita jadikan cabaran itu sebagai penambah kekuatan kita. PAS masih dan setia bersama PAKATAN RAKYAT.. itulah pendirian pimpinan kita dari atas hinggalah ke akar umbi. Melalui Seminar Memperkasakan Pakatan Rakyat kita buktikan bahawa kita amat serius di dalam pakatan ini. Di peringkat PAS sendiri. khususnya di negeri Selangor kita telah adakan Seminar Memperkasakan PARTI. Hasil seminar tersebut, menunjukkan masih banyak kerja yang perlu kita lakukan demi memastikan kita terus mendapat tempat di hati rakyat. Ingatlah bahawa kemenangan yang kita perolehi hari ini tidak akan kekal selamanya jika kita hanya duduk goyang kaki tanpa memikirkan apa yang perlu dilakukan.. Kemenangan ini hanyalah pinjaman dari ALLAH semata-mata..

Kami di warga kerja blog ini menerima segala komen dan cadangan dari sidang pembaca budiman di ruangan chat di sebelah. Tindakan telahpun diambil oleh pimpinan PAS Kawasan terhadap cadangan dari sidang pembaca antaranya turun padang untuk bertemu dengan ahli dan pimpinan cawangan-cawangan atas dasar untuk MEMPERKASAKAN PAS KAWASAN KUALA SELANGOR. Mungkin ketika artikel ini ditulis, beberapa cawangan telahpun kami lawati dan bertemu muka dengan pimpinan dan juga ahli... dan kepada cawangan yang belum dilawati oleh kami, tunggulah kedatangan kami.. kepada ahli dan pimpinan cawangan yang tidak mendapat maklumat tarikh kunjungan Jawatankuasa PAS Kawasan ke cawangan anda, risik-risiklah dengan Ketua Cawangan ataupun Setiausaha.

Hasil kunjungan kami ke beberapa cawangan, menunjukkan kita masih lemah dari sudut urus tadbir organisasi. Perkara ini perlu segera diatasi demi ke arah memperkasakan parti yang amat kita sayangi ini. Kepada semua pimpinan PAS Kawasan dan juga cawangan teruskan bekerja membina kekuatan dengan menambah ahli, melaksanakan program untuk masyarakat setempat, bekerjasama dengan kerajaan negeri dengan niat yang ikhlas demi menegakkan agama Allah di muka bumi Malaysia ini dan demi memastikan Islam Terus Memimpin Perubahan..
Sekian.. wassalamualaikum wrt.. dan sejahtera sejahtera.. TAKBIR!!!

SELAMAT TAHUN BARU

Posted by PAS KUALA SELANGOR | 4:38 PTG

Selamat Tahun Baru 1431 Hijriah dan Tahun Baru 2010 Masihi buat semua pembaca dan penyokong budiman... Terlebih dahulu saya mewakili warga kerja blog ini memohon maaf jika terdapat kekurangan dan kelemahan dalam mengurus tadbir laman blog ini... kekangan waktu dan tugas lain menjadi faktor utama kelemahan urus tadbir ini... Apapun alasan yang diberikan "AMANAH TETAP AMANAH... TANGGUNGJAWAB YANG DIBERI HARUS DILAKSANAKAN..." Mungkin itulah pandangan sidang pembaca budiman sekalian... Saya mewakili warga kerja blog ini mengucapkan terima kasih kepada sidang pembaca yang sudi melontarkan komen dan juga cadangan demi kebaikan parti yang amat kita sayangi ini... Komen dan juga cadangan kalian menunjukkan betapa sayangnya kalian pada jamaah ini... Itulah yang kami harapkan... Insyaallah, bertitik tolak tahun baru 2010 ini kami berdoa dan mengharapkan semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya kepada kita semua, khususnya kepada PAS dan juga PAKATAN RAKYAT terutama di kawasan Kuala Selangor... Sebagai ahli gerakan Islam, kita perlu sentiasa berfikir bagaimana untuk memberi sumbangan yang terbaik untuk kesinambungan perjuangan Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a. Berusahalah sedayalah mungkin untuk menegakkan kalimah La Ilaha Illallah di muka bumi ini khususnya di Malaysia. Takbir!!! Baca selanjutnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular