KLIK UTK BESARKAN




Aksi Juara Sajak PASTI peringkat Kuala Selangor.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan pusat pendidikan peringkat pra-sekolah yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda PAS. Sistem pendidikan PASTI kini terbukti dengan pembelajaran seimbang dunia dan akhirat. Antara objektif sistem pendidikan PASTI ialah:

1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh/ berilmu dan mengamal.

2. Mendidik jiwa dan akal Kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

3. Membimbing Kanak-kanak supaya menghayati ibadah/ akhlak dan cenderung melakukan makruf dan meninggalkan mungkar.

4. Melatih Kanak-kanak membaca/ menghafaz dan menghayati Al-Quran/ doa dan zikir.

5. Memberi pengetahuan kepada Kanak-kanak asas-asas bahasa/ matematik dan komunikasi ke arah kebolehan dan keupayaan membaca/ mengira / menulis dan menghafaz.

Sila hubungi PASTI cawangan terdekat untuk mendaftar. Pendaftaran dibuka untuk pelajar 4, 5 dan 6 tahun.

1 comments
  1. hawa masjid sultan ibrahim 22 Disember 2010 pada 5:48 PTG  

    mohon dewan pemuda buat banner besar2 iklan untuk pasti kaw kuala selangor, biar orang tahu pasti ujud, makin ramai pelajar pasti makin ramai yang berjiwa Islam dan guru pasti dapat elaun lebih sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular