KLIK UTK BESARKAN

Fiesta Orang Muda Meriah

Posted by izali | 7:31 PG



Aksi YDP Kuala Selangor, Hj Mohd Rashid Kassim meyepak bola.
Lagi gambar di sini.

Bukit Kuching Tengah, Jeram. 29 May 2011. Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor telah berjaya mengadakan program Fiesta Orang Muda Geng Kita. Kemuncak bagi program tersebut adalah menonton pertandingan akhir Piala Juara-Juara di antara Manchester United dan Barcelona dengan menggunakan skrin besar iaitu 8x8 kaki di kampung tersebut. Program tersebut bermula pada jam 12.00 pagi dengan pelbagai aktiviti seperti ScoreGoal, Timbang Bola dan cabutan bertuah dan pendaftaran telah dibuat 2 jam sebelum program bermula. Sambutan amat menggalakkan terutamanya dari mereka dari golongan belia. Salah seorang dari peserta yang bernama Halim, mengatakan ini adalah kali pertama program seumpama ini diadakan dan beliau mengusulkan agar ia diteruskan bagi perlawanan-perlawanan utama bolasepak yang akan datang.

Program ini diserikan lagi dengan kedatangan YB Dr Dzulkefli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor serta YDP Kawasan PKKS, Cikgu Rashid. YB juga telah membuat sepakan perasmian pada program tersebut.

Hadiah dan Cabutan bertuah telah diadakan pada rehat separuh masa kedua. Dianggarkan lebih dari 80 orang belia yang hadir bagi bersama-sama dalam program tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh Mohd Azham (KP Kuala Selangor), IR Ghani (TYDP PKKS), En Rahman (Ketua Cawangan) dan Sdr Azmi, Ketua Majlis Pemuda DUN(MPD).

Program ini juga inisiatif bersama DPPKKS, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jeram, Majlis Pemuda DUN DACS DPPKKS dan Unit Amal Kuala Selangor.

Laporan oleh Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular