KLIK UTK BESARKAN




Pekan Ijok. Kuala Selangor. Pada 7 Feb 2011 yang lepas, YB Dr Dzulkefly bin Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangorl telah menyantuni waris kepada seorang warga emas cina yang telah meninggal di Pekan Ijok. Beliau hadir bersama pegawai khasnya pada pukul 11.30pg dan di iringi oleh En Tan Chi Huat, Pegawai Kerja Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Tan Kik Meng, Pengerusi DAP Bestari Jaya. Turut hadir Sdra Ahmad Suhaimi Hussin Pegawai Kerja Pejabat Menteri Besar Ijok.


YB Dr Dzulkefly telah menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas sebanyak RM1,000 kepada waris warga emas yg meninggal tersebut. Sehari sebelum itu, pada 6 Feb YB Dr Dzulkefly juga telah menziarahi keluarga yang kematian ibu nya juga seorang warga emas india di Kg Sg Darah. Beliau bersama Pegawai Khasnya Sdra Mohd Maskor Tumiran tiba di rumah keluarga tersebut tepat pukul 12 tghr.


Beliau sempat beramah mesra dengan keluarga dan sahabat handai yg hadir untuk upacara pengurusan mayat mediang.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular