Majlis Sembang Santai Bersama Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, YB Tuan Iskandar Samad pada 20 Jan 2014, Isnin jam 9 malam bertempat di Dewan Kg Assam Jawa, K.Selangor. Semua ahli PAS Kawasan K.Selangor dijemput hadir.
JELAJAH SELANGORKU DUN JERAM, DUN IJOK DAN DUN B MELAWATI, PARLIMEN KUALA SELANGOR
Posted by
pkks |
4:59 PTG
Kuala Selangor. 24 November 2012.
Program Jelajah Selangorku peringkat Parlimen Kuala Selangor meliputi DUN Ijok,
Jeram dan Bukit Melawati telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat
setempat.
Pelbagai program amal dan kemasyarakatan dijalankan dari pagi
sehingga ke malam. Program dimulakan dengan bersama penduduk setempat menikmati
sarapan dan sesi penerangan di Dataran Pejabat Menteri Besar Selangor oleh YB Dr Dzulkefli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala
Selangor, YB Tuan Muthiah, ADUN Bukit Melawati serta pimpinan
tempatan. Majlis diakhiri dengan simbolik perlancaran t-Shirt Anak Muda Kuala
Selangor yang telah disarungkan kepada kesemua pimpinan anak muda dari kalangan
Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor, Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY.
Para petugas kemudian berpecah
mengikut DUN, menjalankan kerja-kerja amal serta mengedarkan edaran penerangan
di setiap kawasan DUN masing-masing.
Di DUN Jeram
aktiviti penghantaran barangan keperluan telah dihantar kepada penduduk yang
memerlukan bantuan. Bantuan telah diberikan di Kg Parit Mahang, Kg Bukit
Kuching, Kg Bukit Kuching Tengah, Kg Bukit Cherakah, Kg Baru Sungai Buloh, Kg
Nelayan Sg Buloh, Rumah Murah Bukit Jeram, Rantau Panjang. Program amal telah
diadakan bagi membaik pulih sebuah gerai di Tambak Jawa dan mengecat tembok di
Jalan Suara. Gotong royong membersihkan padang
di Sungai Buloh turut diadakan.
Di DUN Ijok aktiviti penghantaran barangan
keperluan turut diadakan di telah dihantar ke penduduk yang memerlukan iaitu Rantau
Panjang, Taman Purnama dan Taman Seri Indah.
Dewan Muslimat PAS serta Wanita Keadilan turut
sama membuat pengedaran Bubur Asyura serta Maruku ke kawasan bandar Ijok dan
sekitarnya
Kerja amal-amal seperti membaiki kerosakkan
rumah serta pembaikan bumbung dijalankan di kawasan Kg Pecah Batu, Sungai Darah
dan di Rantau Panjang yang dipimpin oleh anak muda.
Di DUN Bukit Melawati telah diadakan aktiviti
santai sarapan pagi bersama penduduk di kawasan DUN di Kedai Ramli Hj Yusop.
Permainan Indoor Games seperti Dam AJi, Karom turut diadakan dari pagi sehingga
ke petang yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dari yang muda
sehingga ke peringkat veteran. Pelbagai hadiah juga diadakan di semua kategori.
Di sebelah petang, selepas pengedaran
maklumat penerangan di sekitar Kg Parit Mahang, Kg Bukit Hijau, Kg Bukit
Cerakah, Bukit Kuching, Bukit Kuching Hilir, Bukit Cerakah, Dewan Pemuda PAS
Kuala Selangor bersama Angkatan Muda Keadilan telah mengadakan Jamuan Teh serta
makan durian bersama anak muda kawasan setempat di tepi Padang Bukit Kuching
Hilir. Sesi penerangan tawaran Kerajaan Negeri Selangor seperti TAWAS, MUE,
Hadiah IPT serta SKIMSEL turut diadakan serta mendapat maklumbalas yang positif dari anak
muda-anak muda tersebut.
Program Jelajah Selangorku Kuala Selangor turut menganjurkan
Minum petang dan dialog kaum India
di Dewan JKKK Pekan BB serta di Dewan Simpang 3 Jeram. Pelbagai penerangan yang
dipimpin oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad turut dijalankan.
Program bersama Kaum Cina turut diadakan di Tokong
Tian Seng Keng Jalan Sasaran, Jeram.
Program Jelajah Selangorku Kuala Selangor
diakhiri dengan Ceramah Penerangan Isu Semasa oleh YDP Kawasan Tuan Hj Muhd
Rashid Kassim, YB Dr Rani, Prof Dr Aziz Bari dan Dr Dzul.
Tuan Haji Fakarudin selaku pengarah Jelajah Selangorku menyatakan program ini amat berjaya dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada jentera yang terlibat dalam mengendalikannya.
Lagi gambar : klik FOTO JELAJAH SELANGOR KUALA SELANGOR
Dataran Anak Muda Ijok dan Puncak Alam, Parlimen Kuala Selangor Berjaya Dilancarkan.
Posted by
pkks |
8:48 PTG
Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melancarkan dua buah
Dataran Anak Muda di Bestari Jaya di Dun Ijok dan di Puncak Alam di Dun Jeram
yang berada dalam Parlimen Kuala Selangor pada 6 dan 7 Oktober 2012. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tan
Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Dataran ini memuatkan gelanggang
bola keranjang, futsal serta pentas untuk-untuk program anak muda. Dataran ini dibina
dengan kos RM200,000 setiap dataran dibiayai daripada peruntukkan RM 20
juta Geran Selangorku untuk kemudahan generasi muda. Selain daripada itu
kemudahan seperti tandas dan tempat persalinan pakaian juga dibina bagi
memudahkan urusan persalinan sebelum dan selepas beriadah.
Dalam ucapan Tan Sr Khalid, beliau menekankan akan
melaksanakan aktiviti pembangunan generasi muda yang lebih bermanfaat seperti
kiosk untuk aktiviti keusahawanan generasi muda dan menyediakan kemudahan
internet wifi percuma di masa hadapan. Beliau juga berharap agar pihak berkuasa
tempatan agar dapat memberikan peluang kepada semua anak muda dari pelbagai
latarbelakang untuk menikmati kemudahan ini serta menyediakan peruntukkan untuk
penjagaan dan penyelenggaraan dataran ini.
Kebanyakkan anak muda menunjukkan rasa gembira mereka dengan kemudahan yang disediakan. Amin, salah seorang daripada anak muda yang hadir mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan nerajaan negeri atas pembangunan fizikal dan kerohanian anak-anak muda ini.
Sementara itu, Exco Belia dan Sukan, YB Dr Yunus Hairi, Exco
Negeri Selangor, berharap Penggerak Belia Tempatan (Pebt) akan mengadakan
aktiviti sukan bagi memanfaatkan gelanggang tersebut serta sama-sama menjaganya
dengan baik dan tiada vendalism yang akan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Turut hadir dalam majlis itu, MP PAS Kuala Selangor, YB Dr
Dzulkefly Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini
Roslan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Misri Idris.
Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor juga mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana menyediakan kemudahan anak
muda ini dan memberikan tumpuan kepada ‘value for money’ dalam melaksanakan
projek serta membuat pemantauan teliti bagi mengelakkan ketirisan dalam
pengurusan kewangan.
LAGI GAMBAR DI
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.398912443507366.90920.100001658414390&type=1
TG. MALIM, Jambori Jabatan Amal Negeri Selangor telah diadakan di Lubuk Kawah, Tg. Malim, bermula dari 29 Jun hingga 1 Julai 2012 (3 hari). Jabatan Amal Kuala Selangor tidak ketinggalan menyertai Jambori yang 'sempoi habis' ini dengan menghantar seramai 7 orang peserta yang diketuai oleh komander kawasan Kuala Selangor iaitu Ustaz Nooraziz, beserta Pak Kiyai 'Aidiham' yang merupakan Bendahari Jabatan Amal Pusat.
Jambori yang hebat ini diadakan di dalam hutan di mana peserta mengambil masa setengah jam untuk sampai ke lokasi perkemahan dengan berjalan kaki dari 'parkir' kenderaan. Laluannya hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan empat roda 4x4, skramler' dan motorsikal sahaja. Perkemahan diadakan di tepi sungai, yang airnya amat menyejukkan. Pelbagai program tealah diadakan seperti membina gajet-gajet, 'jungle tracking', menjaring ikan, memasak, malam kebudayaan, taaruf, solat berjamaah dan bermacam lagi.
Bak kata salah seorang peserta Jabatan Amal Kuala Selangor "peh.. syok giler.... rugi sape-sape yang tak pegi" dan ini mengambarkan keseronokan Jambori Jabatan Amal kali ini.
Harapan dari Jabatan Amal Kuala Selangor agar program seperti ini diterus pada masa-masa akan datang kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim, tolong menolong dan menilai kehebatan apabila kita sentiasa bersama Allah.... Subhanallah, SYOK GILER. Itulah hebat alam semula jadi ciptaan Allah SWT yang diadun dengan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan diri kita kepada Allah.
Jelajah Bolasepak Persahabatan bersama Pejabat Parlimen Kuala Selangor peringkat Saujana Utama
Posted by
pkks |
5:02 PTG
.
Saujana Utama 22April2012
Jelajah Bolasepak anjuran Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor YB Dr. Dzulkefly Ahmad untuk edisi ke 14 telah diadakan di Padang Anggerik Saujana Utama 1 dengan kerjasama Ahli Majlis MDKS Zon 6D, Sdr. Mohd. Fakaruddin Ismail.
Tujuan utama perlawanan persahabatan ini ialah merapatkan hubungan diantara penduduk dengan pemimpin terutamanya di kawasan Parlimen Kuala Selangor.
Untuk kali ini adalah giliran penduduk Saujana Utama yang diwakili oleh gabungan penduduk di Saujana Utama yang diwakili oleh pasukan ‘Saujana Utama All Star’ untuk menyambut cabaran dari pasukan yang mewakili Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Turut hadir pada petang tersebut ialah penduduk-penduduk dari komuniti Saujana Utama 2, 3, Sungai Buloh Country Resorts dan Seri Pristana.
Dr. Dzulkefly juga sempat bersama dengan Saujana Utama Football Club (SUFC) yang membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab yang lain untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 dan 10 tahun di kawasan padang yang berhampiran.
YB Dr Dzulkefly dalam ucapan ringkas sebelum perlawanan bermula mengucapkan terimakasih kepada yang hadir dan berharap perlawanan persahabatan seperti ini dapat merapatkan hubungan penduduk dengan pejabat Ahli Parlimen terutama dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan kebajikan penduduk.
Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah selepas perlawanan tersebut telah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Jeram yang juga YDP PAS Kawasan Kuala Selangor Tn Hj Mohd Rashid Kassim.
Saujana Utama 22April2012
Jelajah Bolasepak anjuran Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor YB Dr. Dzulkefly Ahmad untuk edisi ke 14 telah diadakan di Padang Anggerik Saujana Utama 1 dengan kerjasama Ahli Majlis MDKS Zon 6D, Sdr. Mohd. Fakaruddin Ismail.
Tujuan utama perlawanan persahabatan ini ialah merapatkan hubungan diantara penduduk dengan pemimpin terutamanya di kawasan Parlimen Kuala Selangor.
Untuk kali ini adalah giliran penduduk Saujana Utama yang diwakili oleh gabungan penduduk di Saujana Utama yang diwakili oleh pasukan ‘Saujana Utama All Star’ untuk menyambut cabaran dari pasukan yang mewakili Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Turut hadir pada petang tersebut ialah penduduk-penduduk dari komuniti Saujana Utama 2, 3, Sungai Buloh Country Resorts dan Seri Pristana.
Dr. Dzulkefly juga sempat bersama dengan Saujana Utama Football Club (SUFC) yang membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab yang lain untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 dan 10 tahun di kawasan padang yang berhampiran.
YB Dr Dzulkefly dalam ucapan ringkas sebelum perlawanan bermula mengucapkan terimakasih kepada yang hadir dan berharap perlawanan persahabatan seperti ini dapat merapatkan hubungan penduduk dengan pejabat Ahli Parlimen terutama dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan kebajikan penduduk.
Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah selepas perlawanan tersebut telah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Jeram yang juga YDP PAS Kawasan Kuala Selangor Tn Hj Mohd Rashid Kassim.
Kuala Selangor, 15 April :
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Selangor kali ke-24 telah dirasmikan oleh Ustaz
Solehin Mukhyi, Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Selangor yang telah
berlangsung di Inpens Kuala Selangor. Mesyuarat Agung kali ini dihadiri lebih
dari 190 orang perwakilan termasuk 4 perwakilan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS
Kuala Selangor.
Majlis telah dimulakan dengan
doa serta nyayian lagu rasmi PAS oleh seluruh pimpinan dan perwakilan PAS
Cawangan-cawangan. Kemudian diikuti oleh ucapan aluan Sdr Said Asri Said Sohor, Pengerusi Tetap dan Ucapan pembukaan oleh Tn Hj
Rashid Kassim, YDP PAS Kuala Selangor dan meneruskan agenda Mesyuarat Agung Tahunan.
Ucapan perasmian dilakukan lewat
disebabkan Ustaz Solehin Mukhyi tidak dapat hadir pada waktu pagi kerana beliau
juga merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan lain pada pagi itu juga.
Di dalam ucapannya, Ustaz Solehin
Mukhyi meminta PAS menumpukan perhatian
kepada PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang. Dan ahli perlu fokus
jangan diganggu dengan isu-isu sampingan seperti penubuhan JATI dan lain-lain.
Beliau juga mengingatkan tentang mendokong satu-satu keputusan secara syura dan
mengambil Perang Badar sebagai contoh.
Pelbagai isu yang telah
dibahaskan bagi menambahbaikkan prestasi PAS Kuala Selangor. Ucapan
Penggulungan telah disempurnakan oleh Sdr Ir Ghani selakuTimbalan YDP PAS Kuala
Selangor.
Siri Ceramah Penerangan terus di perhebat di sekitar kawasan DUN Jeram dan DUN Ijok. Objektif utama adalah memberi penerangan tentang isu-isu semasa yang hangat diperkatakan. Bukan setakat memberi penerangan malahan menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepada pakatan.
Di Balai JKKK Kg Baru Ijok -Penceramah Y.B. Tuan Ng Suee Lim, Sdr Rafzi Ramli dan YB Dr Dzulkefly Ahmad.
Di Bukit Hijau, Jeram Ust Hj Abdul Ghani Shamsuddin dan YB YB Khalid Samad.
Pelbagai masyarakat dilihat semakin rasional dalam mendengar sendiri hujah-hujah yang diberikan oleh penceramah ini dan sokongan kepada Barisan Nasional kelihatan semakin lemah.
Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Satu program meningkatkan kesedaran muda-mudi ke atas tanggungjawab dan adab-adab di pantai telah diadakan di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor baru-baru ini. Program ini adalah anjuran Pengerak Belia Tempatan Zon 5B, Daerah Kuala Selangor yang dipimpin oleh Sdr Mohd Salleh Bin Shaari, Ketua PEBT Zon 5B dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor, Jabatan Amal Kuala Selangor serta Nisa Kuala Selangor. Program kesedaran ini adalah bertujuan memberi maklumat kepada muda-mudi terhadap program-program kerajaan negeri Selangor, adab-adab bergaul dan bermacam lagi. Program ini juga disertai oleh sebuah sekolah Maahad Tahfiz berdekatan.
Setelah selesai bertemu muda-mudi serta memberi penerangan, berinteraksi dan bertemu, anak-anak muda ini. mereka telah diberikan motivasi oleh Ustaz Nasrul Hadi Bin Rohani (Pegawai Takbir Agama PAID Kuala Selangor) serta jamuan ringkas.
Tuan Hj Ahmad Alang selaku Ahli Majlis Zon 5B berkata aktiviti seumpama ini akan dibuat dari masa ke masa untuk memastikan anak-anak muda mendapat maklumat terkini tentang program-program yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor.
Turut hadir dalam majlis adalah Tn Haji Muhd Rashid Kassim, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram, Tuan Haji Ismail bin Putih, Ketua Kampung Sg Sembilang, Sdr Mohd Azham Abdul Rahim, Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
FORUM PERDANA pd 22 Okt 2010, Jam 8.00 malam di Masjid Baru Bukit Badong. Ahli Panel YB Dr. Hassan Ali, Ust Zahazan Mohamaed & Dr O...
-
Nama : Dr Hj Dzulkefly bin Ahmad Asal : Rembau, Negeri Sembilan Kediaman : 12, Jalan Topaz,7/4, Shah Alam, Selangor Umur : 53 tahun Status: ...
-
Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melancarkan dua buah Dataran Anak Muda di Bestari Jaya di Dun Ijok dan di Puncak Alam di Dun Jera...
-
KUALA SELANGOR 4 JUN - Kawasan terminal bas di pekan baru, di sini kini berwajah baru selepas kerja membaik pulih giat dijalankan Majlis Dae...
-
PAS KAWASAN KUALA SELANGOR Lot 1374 Jalan Kuala Selangor, Batu 8 Ijok, 45620 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel/Fax : 03-32793127 Emel :...
-
Tuan Haji Muhd Rashid Kassim, selaku pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram merangkap YDP PAS Kawasan Kuala Selangor, sentiasa turun me...
-
TG. MALIM, Jambori Jabatan Amal Negeri Selangor telah diadakan di Lubuk Kawah, Tg. Malim, bermula dari 29 Jun hingga 1 Julai 2012 (3 hari...
-
Talk Show Bersama Artis Razis Ismail anjuran PAS Cawangan Sri Pristana telah dia...dakan dengan jayanya di Balai Raya, Saujana Utama. Progra...
-
Ikuti wawancara bersama Prof Madya Hamid Yeop Zainuddin. Tajuk "Pakar matematik syor turunkan harga minyak" rasanya lebih sesuai b...