KLIK UTK BESARKAN






Astana Alam. Jeram. KUALA SELANGOR. Satu majlis 'Jom Makan' telah diadakan di Pangsapuri Astana Alam baru-baru ini oleh PAS Cawangan Astana Alam. Ustaz Imam Shafie, Ketua Cawangan PAS Astana Alam menggangarkan lebih dari 100 orang penduduk di kawasan pangsapuri tersebut hadir di majlis tersebut pangsa. Majlis juga diserikan oleh pemberian sumbangan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Jeram melalui programnya 'Kami Prihatin' kepada warga ibu tunggal serta pelajar cemerlang bagi peperiksaan UPSR dan PMR yang lepas. Kaunter PKM DUN Jeram bagi mempromosikan TAWAS, MUE, Hadiah IPT turut dibuka. Jabatan Amal Kuala Selangor turut menyumbangkan tenaga dalam memastikan program dapat berjalan dengan lancar.

Tn Hj Rashid Kasim, Pengarah PKM DUN Jeram dalam ucapannya menegaskan bahawa kerja-kerja dakwah perlu diperkasakan dari masa ke semasa dan jika penduduk mempunyai masalah, hubungilah PKM Jeram untuk bantuan.

Pegawai PKM DUN Jeram, Saudara Mohd Aris turut hadir bagi penerangan tawaran-tawaran negeri Selangor untuk penduduk bagi memasti konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat difahami oleh semua golongan masyarakat.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular