KLIK UTK BESARKAN




YB Dr Dzulkefly Ahmad. Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor bersama Ustaz Selamat Asir Penghulu Kampung Bukit Hijau dan Azmi Kasmani SU JKKK Bukit Hijau telah menyantuni penduduk serta meredah banjir di Kg berkenaan. Rombongan PAS serta YB Dr Dzul telah menyampaikan bantuan berupa baha-bahan makanan kepada mangsa banjir. Hampir 100 buah rumah di kunjungi selama 3 hari oleh Dr Dzul dan rombongan beliau. Beliau juga turut melahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir.

Pihak Pusat Khidmat Masyarakat melalui Pengarahnya, Tuan Hj Muhd Rashid Kassim yang juga merangkap YDP PAS Kuala Selangor akan mengusahakan dan memastikan bantuan bencana alam drpd Pejabat Daerah akan sampai kpd mangsa banjir. Beliau juga telah mengarahkan Pegawai Khasnya utk memastikan pihak Lembaga Zakat Selangor dapat menghulurkan sumbangan kpd mangsa.

Selain dari itu, Dr Dzul juga telah membantu JKKK Parit Mahang dengan memberi sumbangan kewangan kpd pihak JKKK yang diwakili oleh Hj Baharom Hussain, Penghulu JKKK Partit Mahang untuk meringankan beban JKKK dalam mengendalikan mangsa banjir yg di tempatkan di Balai JKKK.



Begitu juga bantuan kewangan di salurkan kpd JKKK Kg Bkt Kucing Tengah, yg mana 7 keluarga telah berpindah ke pusat pemindahan di Balai JKKK, bantuan ini diterima oleh Shaharudin Zamzam, penghulu JKKK Kg Bkt Kucing Tengah .



Tidak ketinggalan juga bantuan kewangan di salurkan kpd JKKK Kg Bkt Ceraka yg mana Dr Dzul juga melawat pusat pemindahan banjir di Balai JKKK yg menempatkan 3 keluarga setakat ini. Bantuan diterima oleh Hj Arifin Kasraw.

Didoakan dan diharapkan cuaca akan bertambah baik supaya air dapat surut dengan kadar segera dan kerja2 pencucian parit besar akan dapat di laksanakan dengan secepat mungkin.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular