KLIK UTK BESARKAN





Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS PAS Kawasan Kuala Selangor kali ke 22 telah di adakan di Dewan JKKK Kampung Bukit Kuching Hilir pada 11 Mac 2012 yang lepas. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Rashid Muhd Kassim selaku YDP PAS Kuala Selangor.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Tema PAS dan juga Lagu Unit Amal. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor.

Tuan Hj Rashid Muhd Kassim, YDP PAS Kuala Selangor dalam ucapan perasmian mengingatkan dan menitikberatkan peranan pemuda dalam dakwah serta gerak kerja para pemuda di kawasan Kuala Selangor. Beliau juga mengingatkan supaya semua perancangan, strategi serta gerak kerja perlu memfokus kepada Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka tidak lama lagi.


Dalam Mesyuarat Agung Tersebut, Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor turut menganugerahkan kepada seorang aktivis Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor dengan anugerah “Tokoh Pemuda Harapan" kepada Sdr Salleh, Pemuda PAS Cawangan Bukit Hijau, yang juga dilantik sebagai Ketua PEBT, MDKS baru-baru ini.

Usul-usul yang menarik dan bersifat dalam situasi semasa/realiti dibahaskan dengan penuh hikmah dan berintelektual di kalangan perwakilan Dewan Pemuda PAS Cawangan yang hadir. Majlis diakhir dengan penggulungan oleh Sdr Mohd Azham Abdul Rahim, Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor.

0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular