KLIK UTK BESARKAN





Remaja Upahan Umno Didakwa Cuba Sabotaj Karnival Terima Kasih Rakyat



dipetik dari : http://www.selangorku.com/?p=4308

Video boleh didapati dari : http://www.youtube.com/watch?v=KoOwmMhRQtA

KUALA SELANGOR 26 MAC : Tindakan ganas dan cuba menimbulkan kekecohan ketika sambutan Karnival “Terima Kasih Rakyat” semalam didakwa didalangi Umno-BN.

Bertempat di Stadium Kuala Selangor, kekecohon tersebut tercetus apabila kumpulan terbabit secara tiba-tiba membuat bising dan membaling batu ke arah para hadirin sambil membawa sepanduk yang tertulis ‘Anwar Yahudi’ dan ‘Anwar sokong Israel’ ketika ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Kumpulan yang terdiri daripada enam orang itu juga bertindak menyerang kereta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja beredar untuk ke program lain selepas memberi ceramah di majlis itu.

Karnival itu diadakan sempena ulangtahun ke empat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai bertindak mengejar kumpulan terbabit yang menaiki tiga buah motorsikal.

Bagaimanapun, salah seorang daripada ahli kumpulan itu berjaya ditahan orang ramai menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang remaja itu dari dipukul manakala lima remaja lain berjaya melarikan diri.

Keadaan itu bagaimanapun kembali tenang sepenuhnya selepas remaja itu ditahan oleh polis.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan kumpulan terbabit.

Katanya, seperti biasa Umno-BN akan menghantar samseng upahan untuk menganggu setiap majlis Pakatan Rakyat.




ATURCARA KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT

TARIKH: 25 MAC 2012
MASA: 7.00 pagi – 12.00 malam
TEMPAT: STADIUM KUALA SELANGOR

7.00am - 8.30am :
- Program Senamrobik

8.30am - 12.30pm :
- Pertandingan Futsal
- Pertandingan Sukan Tradisional
- Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-kanak
- Pertandingan Bayi Sihat
- Pertandingan Gubahan Bunga
- Pertandingan Hiasan Kek
- Pertandingan Jahitan
- Acara Memanah

11.30am - 12.00pm :
- Cabutan Bertuah

- Kuiz Selangorku bersama DJ Mansor

12.00pm - 2.00pm :
- Sesi bersama Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

2.00pm - 2.30pm :
- Kuiz Selangorku bersama DJ Mansor

2.00pm - 3.00pm :
- Sesi Demonstrasi Masakan Bersama Chef Selebriti Yang Jamil

2.30pm - 5.00pm :
- Konsert Mini artis popular Fify Emielia, OAG & Sixth Sensebersama Buddi Hekayat, penulis lirik lagu Awan Nano.

5.00pm - 7.00pm :
- Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor Tan SriDato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.
- Persembahan Tarian Tradisional Berbilang Kaum
- Lion Dance (Juara Dunia Lion Dance)
- Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri: Silat dan Silambam

7.00pm - 7.15pm :
- Cabutan Bertuah

7.30pm - 8.30pm :
- Majlis Kesyukuran Rakyat: Solat Maghrib berjemaah, Tahlil &Solat Hajat berjemaah.

8.45pm - 11.45pm :
- Tayangan Video Montaj "Terima Kasih Rakyat"
- Rapat Rakyat bersama YAB Dato' Menteri Besar Selangor Tan SriDato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Datuk SeriHaji Hadi Awang & YB Lim Kit Siang.

11.45pm - 12.00am :
- Cabutan Bertuah

12.00am :
- Bersurai

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT

5.00 PM : Kehadiran Jemputan & Persembahan Kebudayaan

5.30 PM : Ketibaan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor & Isteri

5.45 PM : Nyanyian Lagu Negeri Selangor & Negaraku

6.00 PM : Bacaan Doa

6.15 PM : Ucapan oleh YB Ronnie Liu

6.30 PM : Ucapan Perasmian oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor
6.50 PM : Pelancaran dan Persembahan Nyanyian Lagu Selangorku

7.00 PM : Jamuan

7.30 PM : Solat Maghrib Berjemaah





Ijok. Pelbagai aktiviti OPKIM telah berjaya diadakan pada kali ini di Dewan Bukit Badong, Ijok. Program adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor di bawah YB Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan, yang juga ADUN PAS Selat Kelang dengan kerjasama JKKK Kg Bukit Badong.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pg dimulai dengan kayuhan basikal ke Kg Jalan Keretapi Lama. Perlepasan telah disempurnakan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor. Beliau turut bersama menuju Kg tersebut. Program gotong royong bagi membersihkan Dewan Kg Keretapi Lama dibuat bersama penduduk kampung dan di bantu oleh Siswa-Siswi dari pelbagai IPT di negeri Selangor. Penyampaian sumbangan bahan makanan kepada 6 keluarga berpendapatan rendah juga telah disempurnakan.

Y.A.B. Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Ilham Marzuki, Pengurus Besar Yayasan Selangor serta Datuk Maidin, Pengerusi Industri Pendidikan Negeri Selangor (Inpens) turut bersama dalam program tersebut.

Lain-lain aktiviti adalah pertandingan bola 9 sebelah, servis motor percuma, pertandingan gubahan hiasan pengantin, sukan rakyat, pertandingan merwarna kanak-kanak.

Pelajar-pelajar Inpens juga telah memberi sumbangan dalam mengendalikan perkhidmatan rawatan kesihatan percuma yg merangkumi rawatan muka, kuku dan gunting rambut kepada penduduk-penduduk wanita.

Di Masjid Ar-Rahman lama juga mengadakan Kursus Haji serta kerja-kerja membaik pulih pendawaian masjid yang diajalankan oleh pelajar2-pelajar Inpens sendiri.

Program penyampaian Skim Mesra Usia Emas fasa 2 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor yang ditemani oleh YB Dr Dzul di Dewan Taman Muhibbah Bestari Jaya.

Sambutan yang di berikan oleh penduduk dan pengunjung amat membanggakan dan salah seorang penduduk secara santai mengatakan program seumpama ini perlu di teruskan lagi di masa-masa akan datang.





Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS PAS Kawasan Kuala Selangor kali ke 22 telah di adakan di Dewan JKKK Kampung Bukit Kuching Hilir pada 11 Mac 2012 yang lepas. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Rashid Muhd Kassim selaku YDP PAS Kuala Selangor.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Tema PAS dan juga Lagu Unit Amal. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor.

Tuan Hj Rashid Muhd Kassim, YDP PAS Kuala Selangor dalam ucapan perasmian mengingatkan dan menitikberatkan peranan pemuda dalam dakwah serta gerak kerja para pemuda di kawasan Kuala Selangor. Beliau juga mengingatkan supaya semua perancangan, strategi serta gerak kerja perlu memfokus kepada Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka tidak lama lagi.


Dalam Mesyuarat Agung Tersebut, Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor turut menganugerahkan kepada seorang aktivis Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor dengan anugerah “Tokoh Pemuda Harapan" kepada Sdr Salleh, Pemuda PAS Cawangan Bukit Hijau, yang juga dilantik sebagai Ketua PEBT, MDKS baru-baru ini.

Usul-usul yang menarik dan bersifat dalam situasi semasa/realiti dibahaskan dengan penuh hikmah dan berintelektual di kalangan perwakilan Dewan Pemuda PAS Cawangan yang hadir. Majlis diakhir dengan penggulungan oleh Sdr Mohd Azham Abdul Rahim, Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor.





Bekas YDP PAS Kuala Selangor, Cikgu Awang b. Ahmad atau dikenali juga sebagai Cikgu Awang Ansori telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Bukit Cerakah pada hari Isnin 12 Mac 2012. Usia beliau ketika kembali ke Rahmatullah adalah pada umurnya 92 tahun.

Beliau boleh dikategorikan orang-orang awal yang berjuang atas dakwah PAS di Kuala Selangor. Allahyarham juga pernah bertanding dalam pilihanraya atas tiket PAS di Dun Jeram satu masa dahulu.


Bekerja keras untuk menguatkan PAS, di Cawangan PAS Sri Alam yang mana Alllahyarham di lantik sebagai Ketua Cawangannya. Ramai sahabat-sahabat seperjuangannya seperti Allahyarham Hj Mohd Yusof, Tn Hj Nurhadi(Shah Alam), Tn Hj Muhsinun (Banting)


Allahyarham juga menerima anugerah Veteran PAS Selangor dari Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS semasa Majlis Sumbangan Komplek PAS 2011.


Allahyarham yang meninggalkan 20 orang anak dan lebih 70 orang cucu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Simpang Parit Mahang selepas solat Zohor semalam dan ia turut dihadiri oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor YB Dr Dzulkefly Ahmad antara yang menziarahi jenazah Allahyarham.




YB Dr Dzulkefly Ahmad. Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor bersama Ustaz Selamat Asir Penghulu Kampung Bukit Hijau dan Azmi Kasmani SU JKKK Bukit Hijau telah menyantuni penduduk serta meredah banjir di Kg berkenaan. Rombongan PAS serta YB Dr Dzul telah menyampaikan bantuan berupa baha-bahan makanan kepada mangsa banjir. Hampir 100 buah rumah di kunjungi selama 3 hari oleh Dr Dzul dan rombongan beliau. Beliau juga turut melahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir.

Pihak Pusat Khidmat Masyarakat melalui Pengarahnya, Tuan Hj Muhd Rashid Kassim yang juga merangkap YDP PAS Kuala Selangor akan mengusahakan dan memastikan bantuan bencana alam drpd Pejabat Daerah akan sampai kpd mangsa banjir. Beliau juga telah mengarahkan Pegawai Khasnya utk memastikan pihak Lembaga Zakat Selangor dapat menghulurkan sumbangan kpd mangsa.

Selain dari itu, Dr Dzul juga telah membantu JKKK Parit Mahang dengan memberi sumbangan kewangan kpd pihak JKKK yang diwakili oleh Hj Baharom Hussain, Penghulu JKKK Partit Mahang untuk meringankan beban JKKK dalam mengendalikan mangsa banjir yg di tempatkan di Balai JKKK.



Begitu juga bantuan kewangan di salurkan kpd JKKK Kg Bkt Kucing Tengah, yg mana 7 keluarga telah berpindah ke pusat pemindahan di Balai JKKK, bantuan ini diterima oleh Shaharudin Zamzam, penghulu JKKK Kg Bkt Kucing Tengah .



Tidak ketinggalan juga bantuan kewangan di salurkan kpd JKKK Kg Bkt Ceraka yg mana Dr Dzul juga melawat pusat pemindahan banjir di Balai JKKK yg menempatkan 3 keluarga setakat ini. Bantuan diterima oleh Hj Arifin Kasraw.

Didoakan dan diharapkan cuaca akan bertambah baik supaya air dapat surut dengan kadar segera dan kerja2 pencucian parit besar akan dapat di laksanakan dengan secepat mungkin.








Jeram, Kuala Selangor 3/3/2012. Seramai lebih daripada 20 buah keluarga telah terlibat dalam mangsa banjir semalam.

Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Bukit Kuching, Kampung Bukit Hijau, Kg Bukit Kuching Tengah dan Kg Bukit Cerakah, Jeram, Kuala Selangor serta Kg berhampiran.

Banjir adalah di sebabkan limpahan air dari kawasan Puncak Alam ke dalam parit-parit laluan air bagi pertanian di kawasan kampung berikutan hujan lebat yang berterusan.

YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor bersama Tuan Hj Muhd Rashid Kasim, Pengarah, Pusat Khidmat Masyarakat telah menziarahi mangsa-mangsa banjir yang mana rumah mereka sudah dimasuki air serta menyampaikan sedikit sumbangan. Beberapa nasihat juga telah diberikan seperti berhati-hati dalam penggunaan perkakasan elektrik, penyimpanan dokumen-dokumen penting serta menyimpan air bersih untuk minuman.

Menurut kenyataan Sdr Saharudin, Ketua Kampung, walaupun air semakin surut tetapi semua agensi perlu bersiap sedia kerana cuaca yang tidak menentu serta hujan yang berterusan boleh mengakibat keadaan semakin teruk.



Satu tindakan pro-aktif yang dilancar oleh Pusat Khidmat Masyarakat bersama Jabatan Amal Malaysia Kuala Selangor bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang diberi nama Ops Banjir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular